Sebagai seorang ibu muda yang mendapat anak pertama serta kurang pengalaman dalam perkembangan tumbesaran anak pastinya pelbagai perkara yang perlu dipelajari. Pengalaman daripada orang-orang tua yang lebih ‘makan garam’ adakalanya menjadi rujukan dalam pembesaran anak-anak.Sama ada ia mitos ataupun mungkin hanya satu kebetulan.
Baru-baru ini pelakon Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar,33 ada berkongsi satu status dilaman instagramnya bertanyakan, sama ada benarkan bila bayi dah mula menyembur, memberi kesan pada keguguran rambut si ibu.
“Budak belon ni sekarang suka jelir lidah..sembur-sembur (bubbles) agaknya gusi gatal nak tumbuh gigi. Orang tua-tua cakap kalau baby sembur-sembur ni rambut mummy akan gugur banyak!Tapi memang gugur tak hengat ni. Mommies lain pun mengalami keguguran rambut jugak ke? .”
Rupanya pertanyaan dan pengalaman Lufya ini mendapat respon yang sama daripada para pengikutnya.Rata-rata ramai yang bersetuju dan mempunyai pengalaman keguguran rambut apabila anak mulai ‘menyembur’ dan mahu keluar gigi baru.
aisyah_amanizagent Ya sama la kita.. Aduihh
mimi_iraazni Anak saya 4bulan..duk mennyembur jugak..habih luruh rambut.
syazleenzawawi @lufyalaana aah..gugur…tiap kali anak nak keluar gigi baru…rambut saya gugur.
aimi.munirahh Samaa @lufyalaana..macam orang leukimia dah..sedih tengok rambut sendiri,pastu bersepah satu rumah.
izzatihaifasirat
Saya anak first rambut gugur banyak sampai rambut depan dah jadi botak sebab banyak sangat gugur. Nak sikat rambut pun takut.syafa Betul, baby aaqil dah masuk 5month now, suka sembur-sembur, rambut mama ya ampun macam dah kena kimo.
fauziahgeeyah Sama sis,sampai potong pendek dah rambut,macam musim luruh dah anak saya pun asyik main air liur pastu jelir-jelir lidah, rupanya tumbuh gigi sebatang dah.
Terdahulu pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 26 November 2016, setelah bertunang selama 4 bulan pada tahun yang sama. Lufya telah berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom,28 dan dikurniakan seorang puteri yang comel Laana Haura yang kini berusia 7 bulan.
Mungkin ia hanya satu kebetulan. Tidak dapat dipastikan kaitan dan kajian saintifik bila anak mulai menyembur-nyembur, rambut mak-mak mengalami keguguran. Tapi pengalaman mak-mak sendiri bagaimana? adakah alami perkara yang sama seperti Lufya ini?
Sumber/Foto : Instagram Lufya