Lufya Kongsi Cara Paling Selamat Masuk Raudhah, Dapat Solat Saf Depan

Share

Rezeki selebriti Lufya Omar dapat solat di Raudhah semalam selepas Isyak. Lufya kini sedang menunaikan umrah. Masuk ke Raudhah ini perlu ada strategi juga kerana bukan kita seorang sahaja yang ingin solat di situ, malahan jutaan orang berpusu ke Raudhah.

Apatah lagi Raudhah untuk wanita hanya dibuka pada waktu tertentu sahaja. Lufya antara insan yang bertuah dan dia teruja berkongsi pengalaman pertama kalinya menjejaki Raudhah.

Ikuti luahan lufyalaana ini:

Sekadar perkongsian pengalaman masuk ke dalam Raudhah semalam selepas Isyak.

Raudhah dibuka dua kali sehari iaitu pada waktu selepas Subuh dan waktu selepas Isyak sahaja melalui pintu 25. Jutaan manusia berpusu-pusu ingin solat di sini kerana Raudhah tempat mustajab untuk berdoa.


Syukur Alhamdulillah Allah rezekikan Lufya solat di saf depan berdekatan tiang 119 (tiang aisyah).

Berkongsi Tip

Syukur dengan rezeki ini, Lufya kongsikan sedikit tip untuk jemaah yang pertama kali ingin solat dan berdoa di Raudhah, Madinah.

1. Pakai pakaian jubah hitam serta khimar hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal arab kerana mereka ingat kita orang Arab, Pakistan dan sebagainya.

2. Pakai baju berlapis dan tebal sikit supaya badan tidak sakit sangat apabila dirempuh dan diasak (rasa macam main raghbi pun ada) Pakai stokin yang tebal. Makan banyak sikit sebelum masuk ke Raudhah supaya ada tenaga.

3. Orang di sini berkejar dan berlari-lari untuk masuk ke Raudhah. Pastikan anda sentiasa awas dan jangan sampai jatuh kerana dikhuatiri akan dipijak-pijak. Tidak perlu tolak-tolak orang. Sabar adalah kunci kejayaan melepasi ujian untuk solat di saf terbaik di dalam Raudhah

.

4. Hadiahkan zikir, doa dan bacaan al-Quran kepada ibu bapa kita untuk mudah mendapat bantuan yang tidak disangka-sangkakan.

5. Perbanyakkan berselawat dan mintak Allah beri pertolongan untuk mendapat peluang solat di saf depan.

6. Sabar dan yakin akan dapat solat di saf depan. Jangan terkejut pulak ketika solat biasa orang berdiri atau lalu ketika kita solat. Dalam keadaan orang terlalu ramai keraskan sikit kaki supaya utuh dalam keadaan berdiri dalam solat dan tidak tertolak ke tempat lain.

7. Jangan ikut perbuatan yang melebih-lebih seperti cium tiang, sapu badan pada tiang, cukup sekadar solat dan berdoa mohon ampun di sana.

Semoga bermanfaat. Terima kasih @amwajtravel membimbing Lufya dan jemaah lain dengan ilmu yang cukup padat. Sampai sini kami sudah bersedia dari segi ilmu, mental dan fizikal. Rezeki Allah bagi. I’m bleesed.

lufyalaana

MW: Alhamdullilah rezeki Lufya dapat tunaikan umrah dan dalam masa yang merasai untuk masuk, solat dan berdoa di Raudhah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Harapnya kita semua berpeluang menjejakkan kaki ke sana suatu hari kelak.

Published by
Nur Syazwani Mehat