Rezeki selebriti Lufya Omar dapat solat di Raudhah semalam selepas Isyak. Lufya kini sedang menunaikan umrah. Masuk ke Raudhah ini perlu ada strategi juga kerana bukan kita seorang sahaja yang ingin solat di situ, malahan jutaan orang berpusu ke Raudhah.
Apatah lagi Raudhah untuk wanita hanya dibuka pada waktu tertentu sahaja. Lufya antara insan yang bertuah dan dia teruja berkongsi pengalaman pertama kalinya menjejaki Raudhah.
Sekadar perkongsian pengalaman masuk ke dalam Raudhah semalam selepas Isyak.
Raudhah dibuka dua kali sehari iaitu pada waktu selepas Subuh dan waktu selepas Isyak sahaja melalui pintu 25. Jutaan manusia berpusu-pusu ingin solat di sini kerana Raudhah tempat mustajab untuk berdoa.
Syukur Alhamdulillah Allah rezekikan Lufya solat di saf depan berdekatan tiang 119 (tiang aisyah).
Ads
Berkongsi Tip
Syukur dengan rezeki ini, Lufya kongsikan sedikit tip untuk jemaah yang pertama kali ingin solat dan berdoa di Raudhah, Madinah.
1. Pakai pakaian jubah hitam serta khimar hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal arab kerana mereka ingat kita orang Arab, Pakistan dan sebagainya.
2. Pakai baju berlapis dan tebal sikit supaya badan tidak sakit sangat apabila dirempuh dan diasak (rasa macam main raghbi pun ada) Pakai stokin yang tebal. Makan banyak sikit sebelum masuk ke Raudhah supaya ada tenaga.
Ads
3. Orang di sini berkejar dan berlari-lari untuk masuk ke Raudhah. Pastikan anda sentiasa awas dan jangan sampai jatuh kerana dikhuatiri akan dipijak-pijak. Tidak perlu tolak-tolak orang. Sabar adalah kunci kejayaan melepasi ujian untuk solat di saf terbaik di dalam Raudhah.
4. Hadiahkan zikir, doa dan bacaan al-Quran kepada ibu bapa kita untuk mudah mendapat bantuan yang tidak disangka-sangkakan.
5. Perbanyakkan berselawat dan mintak Allah beri pertolongan untuk mendapat peluang solat di saf depan.
Ads
6. Sabar dan yakin akan dapat solat di saf depan. Jangan terkejut pulak ketika solat biasa orang berdiri atau lalu ketika kita solat. Dalam keadaan orang terlalu ramai keraskan sikit kaki supaya utuh dalam keadaan berdiri dalam solat dan tidak tertolak ke tempat lain.
7. Jangan ikut perbuatan yang melebih-lebih seperti cium tiang, sapu badan pada tiang, cukup sekadar solat dan berdoa mohon ampun di sana.
Semoga bermanfaat. Terima kasih @amwajtravel membimbing Lufya dan jemaah lain dengan ilmu yang cukup padat. Sampai sini kami sudah bersedia dari segi ilmu, mental dan fizikal. Rezeki Allah bagi. I’m bleesed.
MW: Alhamdullilah rezeki Lufya dapat tunaikan umrah dan dalam masa yang merasai untuk masuk, solat dan berdoa di Raudhah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Harapnya kita semua berpeluang menjejakkan kaki ke sana suatu hari kelak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Macam-macam cara boleh cantikkan deko dan hiasan rumah. Malah tak perlu keluarkan kos yang besar pun, paling mudah ‘make over’ pintu rumah jadi luarbiasa cantiknya.
Berikut cara-cara dan hasil deko bajet tersebut yang dikongsikan oleh Zahid Zai ini sebagai panduan;
“Projek geli-geli sempena PKPB.Deko bajet make over “plywood flush door”
Material : kayu kambi siling
Alat : gergaji, sesiku L, pembaris “spirit level”, masking tape & gam “construction joint / adhesive no nail”
Cat : Nippon Jenis : Timber shade (matte finish) Kod : Expresso
Ketam antara makanan lauk yang disukai ramai. Sedap masak lemak cili padi, goreng cili, kari dan sebagainya. Dengan harganya yang agak mahal, sangatlah rugi jika mak-mak tak pandai pilih ketam yang segar, banyak isi dan telur.
Puan Siti Aminah Yousoffada kongsikan tips memilih ketam agar puas hati bila beli.Ia dipelajari berdasarkan pengalaman ayahnya yang merupakan seorang nelayan.
Berikut perkongsian daripada wanita ini sebagai panduan;
“Ok harini saya nak bagi tips untuk pilih ketam yang isinya padu dan penuh dengan telur.Mungkin ramai yang dah tau, tapi harini saya nak share pada yang belum tau.”
1.Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat, kecik tak pe yang penting berat.
2.Gambar nie saya pinjam, sebab saya nak bagitau perbezaan diantara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar. Jadi kalu nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina. Ketam betina isi lebih manis dan sedap.
3.Lihat tempat bertanda tu, pastikan tempat tu berwarna kuning atau keorenan.Maksudnya dalam tu memang ada telur dan isi memang padu.
4.Saya beli 4 ekor ketam tadi.Nampak tak telur ketam tu. Memang tak mengecewakan. Tak sabar nak masak untuk berbuka nanti.
5.Setelah dicuci dan dibersihkan.Ni la hasil nya.Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak.
6.Ini la hasilnya, ke 4 ketam yang saya pilih memang padu isi nya. Kalau rasa tips saya berguna, boleh la try nanti.Alhamdulillah.#SayaAnakNelayan
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka makan ketam dan selama ini tak tau macam mana nak pilih ketam yang banyak telur serta isinya padu, boleh lah jadikan tips ini sebagai panduan.Memang puas hati bila beli ketam macam ni.
Sebenarnya tak perlu rabus lama-lama pun, dalam 2 hingga 3 minit dah cukup agar isi kerang cantik dan elok berkilat macam cermin. Bukan apa, kerang jika terlebih rebus isinya akan liat, kecut dan sebagainya. Malah nak buat sambal, kerabu atau masukkan dalam mee pun jadi kurang sedap kerana dah kurang rasa ‘manis’ kerang tu.
Perkongsian tip cara rebus kerang daripada Yatie Kicthen ini boleh dijadikan panduan.
Tips rebus kerang bagi cantik elok macam cermin
Bahan Di Perlukan:
1 Sudu kecil Garam
Air secukupnya
Ais
Cara Membuat:
1.Rebus air bagi mendidih.
2.Kemudian, masukkan garam.
3.Apabila air dah mendidih masukkan kerang dan rebus dalam 2-3 minit cukup.
4.Kemudian, toskan selepas itu terus rendam dalam air yang letak ais.
5.Selepas itu, kopek la kulit tu sebelah ka, kopek semua ka ikut suka. Kita dah share lama dah tips ni tahun dulu-dulu. Ni refresh balik kot la hangpa lupa.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...