Lufya Bertuah Sebagai Ibu Tunggal Mampu Didik Anak Dengan Baik & Mudah Dengan Sokongan Keluarga

Share

Lufya bertuah sebagai ibu tunggal mampu didik anak dengan baik & mudah dengan sokongan keluarga. Bergelar ibu tunggal bukanlah satu perkara mudah. Apatah lagi perlu menjaga dan mendidik anak sendirian.

Terbaru untuk rekod, kemelut tuntutan nafkah Lufya terhadap bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz untuk anaknya seakan tiada kesudahan apabila kes sudah ditutup pihak Mahkamah Syariah sejak Mac lalu. Malah Lufya juga menyatakan perkara tersebut berlaku akibat kesilapan peguam yang mewakilinya apabila tidak muncul di mahkamah untuk perbicaraan.

Walaupun berlakunya kekecohan namun Lufya mampu berkongsi kisahnya sebagai ibu tunggal yang mendapat sokongan padu dari keluarga.

Lufya Bertuah Sebagai Ibu Tunggal Mampu Didik Anak Dengan Baik

Malah Lufya juga akui dirinya bertuah kerana keluarga berganding bahu membantu dirinya menjaga anak tunggal kesayangan Haura.

Malah Lufya juga menasihati masyarakat di luar sana sokonglah ibu tunggal di luar sana agar mereka terus tabah dalam harungi kehidupan seharian. Paling penting jangan persendakan ibu tunggal ya!

“Haura sudah ada 6 emak. Saya, mama dan 4 adik perempuan saya telah sama-sama berganding tangan menjaga Haura sepenuh hati kami sejak dari lahir lagi. Saya terhutang budi dan hormati mereka kerana sanggup korbankan masa, duit, berkongsi tekanan dan susah senang bersama. Kakak tak pernah cakap ni. Tapi harini akak bersyukur mama didik kita semua adik beradik bersatu hati dan ikhlas menjaga satu sama lain.

“Alhamdulillah she’s a happy kid and blessed with love 💖 #laanahaura

“Kami usaha dari dia ada trauma masa kecik (selalu pukul muka) , speech delay, dan hyperactive dan sekarang Haura berubah menjadi anak yang suka senyum, positif, baik dan strong. Perubahan yang sangat banyak. Lufya bawak pergi terapi untuk bantu Haura. Alhamdulillah dah lancar bercakap. Fya tak pernah share ini kepada umum. Tapi apa fya nak share ni sebenarnya walaupun kita ini Ibu Tunggal kita pasti boleh mendidik anak dengan baik dan lebih mudah dengan sokongan keluarga.

Jangan Persenda & Menekan Ibu Tunggal

“Bantulah ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalami masalah seperti saya. Jangan dipersalahkan dan menekan mereka. Wanita ini nampak zahirnya lemah tetapi jika diberikan dorongan yang positif mereka akan “bangkit” lebih baik dari yang dulu.

“Berikan kata-kata hikmah dan positif bagi mereka yg mengalami penceraian sama ada diceraikan atau memohon cerai. Pasti ada yang tidak benar berlaku dalam perhubungan dalam rumah tangga.

“Sokongan keluarga dan sahabat sangatlah penting. Jika tidak dibantu, itulah yang berlaku sampai ibu buang anak,kes bunuh anak dan kejadian yang mengerikan berlaku. Kita tak nak tengok masyarakat kita jadi begini kan?.. berikanlah sokongan kepada ibu2 ini untuk bangkit meneruskan kehidupan. Mendoakan lebih baik dari mencela kerana kita masing-masing tidak tahu ujian apa yang Allah siapkan untuk kita di masa hadapan. Wallahuaklam,” kongsi Lufya.

“Anak Mahukan Ibu Yang Mentally & Physically Sihat” Farah Asyikin

Menerusi ruangan komen rakan artis dan peminat memberikan kata-kata semangat buat Lufya.

Baca Disini : “LUFYA IBU TUNGGAL” Kecewa Dianiaya Peguam Sendiri, 2 Tahun Kes Nafkah Anak Tak Selesai  

Dr Che Hafiz Tidak Hairan Jika Lufya Sanggup Berbohong “Isu Pemberian Nafkah Anak, Saya Tidak akan Abaikan Anak Sendiri”

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mingguan Wanita :  Semoga diberikan kecekalan buat Lufya mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal.

Sumber : Instagram Lufya Alaana

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh