Bercakap pasal lubuk membeli-belah ini memang menarik minat kakak-kakak dan mak-mak sekalian. Lagi-lagi pula mereka yang mempunyai hobi membeli-belah ini. Tapi dimanakah tempat membeli-belah kegemaran mak-mak dan kakak-kakak sekalian? Ada juga yang lebih utamakan harga dari kualiti dan ada juga yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk jenama dan kualiti.

Kalau nak tahu dekat negara kita pelbagai tempat membeli-belah yang menarik yang boleh kita jadikan “hot spot” untuk aktiviti membeli-belah ini. Bagi mereka yang bijak mengurus kewangan dan membeli-belah mengikut bajet yang telah diatur pasti mereka akan lebih berhati-hati dalam memilih barangan yang mereka kehendaki. Ada juga yang akan membeli-belah ketika jualan murah sahaja.

Dalam membeli-belah itu kita sebagai seorang wanita, ibu dan isteri perlu juga memandang dari sudut dan sisi yang pelbagai seperti, adakah ini keperluan atau kehendak semata. Bukan itu sahaja, kalau kakak-kakak dan mak-mak dah tahu lubuk membeli-belah mereka juga menjana pendapat dari situ. Biasa dengarkan orang berniaga secara online. Ada yang sanggup terbang ke negara China semata-mata untuk memborong baju, peralatan dan pelbagai lagi barangan untuk diniagakan secara online di Malaysia.

IKLAN

Tip untuk membeli-belah:

  1. Tetapkan bajet kewangan anda
  2. Tetapkan keperluan dan kehendak sesuatu barangan yang dibeli
  3. Jangan membazir
  4. Buat perbandingan harga
  5. Pastikan barangan yang anda beli itu kualitinya setimpal dengan harganya

Ini antara tip yang mungkin boleh menjadi garis panduan buat kakak-kakak dan mak-mak untuk membeli-belah. Jangan sampai terlalu sakan membeli-belah sampai terlebih belanja.

IKLAN

Lubuk Membeli-belah Dan Harga Berpatutan?

Jangan lupa saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow dengan topik “Lubuk membeli-belah” di Astro Prima 105 & Astro Prima Hd 121, jam 5 petang hari ini. Siti Elizad dan Radin Amir dengan tetamu jemputan akan mengupas lebih lanjut tentang topik ini.

IKLAN

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI