Bercakap pasal lubuk membeli-belah ini memang menarik minat kakak-kakak dan mak-mak sekalian. Lagi-lagi pula mereka yang mempunyai hobi membeli-belah ini. Tapi dimanakah tempat membeli-belah kegemaran mak-mak dan kakak-kakak sekalian? Ada juga yang lebih utamakan harga dari kualiti dan ada juga yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk jenama dan kualiti.
Kalau nak tahu dekat negara kita pelbagai tempat membeli-belah yang menarik yang boleh kita jadikan “hot spot” untuk aktiviti membeli-belah ini. Bagi mereka yang bijak mengurus kewangan dan membeli-belah mengikut bajet yang telah diatur pasti mereka akan lebih berhati-hati dalam memilih barangan yang mereka kehendaki. Ada juga yang akan membeli-belah ketika jualan murah sahaja.
Dalam membeli-belah itu kita sebagai seorang wanita, ibu dan isteri perlu juga memandang dari sudut dan sisi yang pelbagai seperti, adakah ini keperluan atau kehendak semata. Bukan itu sahaja, kalau kakak-kakak dan mak-mak dah tahu lubuk membeli-belah mereka juga menjana pendapat dari situ. Biasa dengarkan orang berniaga secara online. Ada yang sanggup terbang ke negara China semata-mata untuk memborong baju, peralatan dan pelbagai lagi barangan untuk diniagakan secara online di Malaysia.
Tip untuk membeli-belah:
- Tetapkan bajet kewangan anda
- Tetapkan keperluan dan kehendak sesuatu barangan yang dibeli
- Jangan membazir
- Buat perbandingan harga
- Pastikan barangan yang anda beli itu kualitinya setimpal dengan harganya
Ini antara tip yang mungkin boleh menjadi garis panduan buat kakak-kakak dan mak-mak untuk membeli-belah. Jangan sampai terlalu sakan membeli-belah sampai terlebih belanja.
Jangan lupa saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow dengan topik “Lubuk membeli-belah” di Astro Prima 105 & Astro Prima Hd 121, jam 5 petang hari ini. Siti Elizad dan Radin Amir dengan tetamu jemputan akan mengupas lebih lanjut tentang topik ini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI