Inspirasi

Luar Setinggan Dalam Kondo, Wanita Kongsi Deko PPR Lembah Subang 1 Dah Macam Lobby Hotel Mewah

Share

Luar setinggan dalam kondo, wanita kongsi  deko PPR Lembah Subang 1 dah macam lobby hotel mewah. Jiran sepakat bawa berkat. Inilah yang sering kita dengar bila hidup berjiran.

Satu perkongsian di Tik Tok @suliezasulaiman mengenai ruang siar kaki kediaman tempatnya menginap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 yang seperti lobby hotel mewah mengundang rasa kagum netizen.

Luar Setinggan Dalam Kondo

Bermula dari video dikongsikannya, kelihatan kesan-kesan contengan di dinding yang sering kita lihat di PPR namun hasil muafakat semua jiran-jiran setingkat, mereka mengecatnya kembali sebelum memasang lantai marble berwarna kehitaman berkilat sekaligus menjadikan tingkat 6 itu umpama lobi hotel mewah. Semua ini dilakukan  sempena pertandingan kebersihan dan keceriaan dijalankan PPR tersebut.

Bahkan dengan kreativiti gotong royong penduduk, mereka memasang kayu panel yang dicat cantik sekaligus menjadikan tingkat enam PPR Lembah Subang 1 itu sangat cantik.

Wanita Kongsi Deko PPR Lembah Subang 1 Dah Macam Lobby Hotel Mewah

Berdasarkan komen orang ramai di Tik Toknya sebaik hal ini dimuat naik,ramai menzahirkan rasa kagum.

Kata mereka, luar setinggan dalam kondo. Dan sememangnya ianya sangat-sangat nampak berbeza dari kebiasaan PPR.

@nsulieza Kerjasama sesama jiran setingkat #Pertandingankebersihandankeceriaan #kitauntukkita #k2k #thinkcity #pprlembahsubang1 #kediamankitatanggungjawabkita #blokd #fyp #pprtolobbyhotel ♬ original sound – suliezasulaiman

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Duit ‘Berkepok’ Dalam Bank, Anak Makan Lauk Telur’, Janganlah Berkira & Kedekut Bab Makanan

‘Makan Harta Anak Yatim’, 5 Tahun Naik Turun Mahkamah, Berjaya Tuntut Hak Berjumlah RM2J

Mak Ayah Depan Mata Tak Mampu Didik Anak, Bercerai Berai Tak Semestinya Anak Bermasalah!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros