‘LOW CLASS Shopping Barang RM2’ Realitinya Yang Murah Itulah Terselit Rezeki Orang Lain

Share

Orang perempuan dengan aktiviti membeli belah ini, macam satu hiburan yang menenangkan hati. Lagi-lagi kalau suami dapat bawa masuk shopping kedai yang ramai orang perempuan suka jejak, tapi tempat ‘mendebarkan’ bagi suami. Tentulah kedai barang RM2 itu.

Tapi, ada pula sesetengah pandangan mengatakan yang kedai harga murah ini ‘low clas’ tak ada kualiti. Bagi suami ini, Muhammad Yusof dia memberikan pandangan yang berbeza.

Bukan low class itu menjadi pertikaian, sebaliknya nilai rezeki yang ada di sebalik harga RM2 itu sendiri. Hadamkan perkongsiannya.

Ada Orang Kata Barang RM2 Low Class, Tak Berkualiti

Tadi saya teman bini pi shopping. Alaa pi kedai Eco 2.10 je. Bini bagi alasan ‘shopping kan terapi’, padahal macamlah saya tak tahu perempuan dan shopping tak boleh dipisahkan, ibarat aur dengan tebing.

Masuk-masuk kedai penuh orang, mostly perempuanlah, bagai dikata.

Sebenarnya bila fikir-fikir balik, banyak jugak manfaatnya kedai RM2.10 ni walaupun sebelum ni saya pernah terbaca, ada orang yang ‘jijik’ nak masuk kedai RM2.10 ni. Tak berkualitilah. Low classlah, katanya.

Tapi sebelum kita nak kata ‘jijik’ tu cuba kita fikir;

Di sebalik harga RM2.00 ni, entah ramai mak cik pak cik yang beli selipar untuk wakafkan kat masjid dan surau.

Di sebalik harga RM2.00 ni, entah berapa ramai ibu tunggal yang beli barang-barang untuk buat bunga hiasan untuk dijual sebab nak besarkan anak-anak mereka.

Di sebalik harga RM2.00 ni, entah berapa ramai cikgu-cikgu sekolah keluar duit beli alat tulis untuk bantu murid sekolah yang susah.

Di sebalik harga RM2.00 ni, entah berapa banyak anak orang susah yang tak pernah nak dapat mainan, boleh merasa main mainan macam orang lain bila masuk kedai RM2 ni.

Di sebalik harga RM2.00 ni, entah berapa banyak keluarga susah dan miskin bandar, yang tak pernah terfikir nak deko rumah, bila ada kedai RM2.00 ni dorang dapat beli wallpaper, beli bunga, beli pasu untuk hias rumah mereka dengan harga marhaen.

Betullah Orang Kata Kedai Eco Berhantu

Saya dan bini kalau masuk shopping kompleks mahal-mahal kami jadi macam kekok. Tapi bila masuk kedai RM2.00 ni, jarang kami masuk kedai ni tak beli. Mesti ada je beli 2-3 barang yang mula-mula kami tak nak beli tapi entah macamana boleh pulak terbeli.

Betullah sebelum ni ada orang kata kedai Eco ni berh4ntu.

Berh4ntu sungguh! Niat nak beli plastik hitam je tapi bila masuk entah saka mana entah yang hasut beli sampai berplastik-plastik bila keluar.

Tapi itulah dengan hanya berbekalkan RM20.00 banyak jugak barang yang kita boleh beli. Jimatttt!!!!

p/s: kawan-kawan followers saya selalu shopping kat mana? Shopping-shopping jugak, musim-musim PKP ni SOP jangan dilupa ya. Boleh juga follow Muhammad Yusof seorang marhaen, yang selalu menulis tentang kehidupan marhaen.

Wanita ini kongsi 10 barang nak jadikan dapur lebih kemas dan sistematik.

Sumber/Foto : Muhammad Yusof

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer