Lontong dan Kuah Lodeh selalu dihidangkan ketika sarapan pagi atau juga hidangan di hari raya. Memang sedap nasi impit dimakan bersama kuah lodeh dan sambal tumis ikan bilis mahupun kuah kacang. Menu ini sangat terkenal di negeri Johor.Nak buat lontong ni agak renyah, tapi bila masak bersama-sama dan makan beramai-ramai memang seronok dan berbaloi.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan oleh Puan Afieyza Isahak. Menurutnya, lontong ini adalah gabungan beberapa resipi dan rasanya memang sedap dan puas hati.
“Lontong kali kedua sempena Syawal.Kali pertama buat masa hari raya pertama. Dalam keadaan demam panas, syukur ada mak saudara yang sudi tolong kisar rencah sebab tak larat sangat. Kemudian gagahkan diri untuk masak makan ramai-ramai. Alhamdulillah.”
“Cuma tekak orang demam, tak berapa nikmat sangat bila menjamah. Jadi, hari ni buat kembali dan alhamdulillah, puas hati.”
“Cik Fieyza kongsi resipi andai ada yang belum pernah cuba buat.Resipi ni hasil gabungan daripada beberapa resipi”
Nasi Himpit (direbus)
Bahan Kisar :
Bawang besar
bawang putih
serai
lengkuas
halia
buah keras
kunyit hidup
udang kering
ikan bilis
Ads
Sayur-Sayuran:
Lobak merah
kacang panjang
tauhu(goreng terlebih dahulu)
udang
pucuk(rendam sekejap)
tahun(suun)-basuh sahaja
Ads
Santan sekotak besar
kiub ikan bilis
asam keping
bahan perasa
Telur rebus
Sampingan : Sambal tumis ikan bilis/kuah kacang
Ads
Cara Membuat :
1.Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2.Masuk air untuk kuah.
3.Masukkan lobak merah, kacang panjang dan asam keping.
4.Masak hingga mendidih, masukkan kiub ikan bilis, udang dan tauhu goreng yang dipotong dadu.
5.Tuang santan dan sayur pucuk serta bahan perasa.
6.Bila mendidih, masukkan tahun (suun) dan tutup api. Boleh tabur hirisan cili besar.
•••Sediakan mangkuk, masukkan beberapa ketul nasi himpit, tuang kuah kemudian letak sambal tumis dan telur rebus. Dah boleh ngap setelah bismillah.
Selamat Mencuba!
MW: Sedapnya makan lontong. Memang berbaloi buat makan ramai-ramai.Sesuai untuk majlis makan-makan rumah terbuka.
Sedapnya minum air cincau. Dicampur dalam sirap bandung atau air soya pun sedap. Cincau banyak kelebihannya untuk kesihatan seperti mampu menyejukkan badan, dapat mencegah gangguan pencernaan, memiliki zat kalsium dan fosfur yang tinggi, mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan membantu menurunkan tekanan darah.
Rupanya hanya guna 3 bahan je nak buat cincau sendiri di rumah, caranya pun cukup mudah!
Boleh cuba cara buat cincau yang dikongsikan oleh Puan Parizah Mohd Lani ini.
150gm daun cincau kering (boleh beli di kedai sengse/herba)
4 sudu makan tepung ubi
1.5 liter air biasa
Cara Membuat:
1. Rendam daun selama lebih kurang 2 jam.
2. Kemudian tapis airnya.
3. Bancuh tepung ubi dengan 200ml air. Campurkan dalam air yang dah ditapis.Masak dalam 15-20 minit sampai mendidih dan nampak berkilat.4. Sejukkan sebentar, kemudian bubuh dalam bekas.Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 10 jam. Baru boleh dipotong-potong.
Siap! Selamat mencuba.
Tip Ekstra!
Jika nak lebih kenyal tambah sedikit agar-agar.
Kalau nak elok lagi warnanya, reneh/rebus daun cincau dengan api pelahan selama 2 jam. Hasilnya lagi cantik.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang suka minum air cincau, boleh buat sendiri je di rumah ikut cara ni. Lebih sedap, jimat, berbaloi, halal dan terjamin kebersihannya.
Sambal Hitam cukup popular dimakan dengan nasi putih. Namun nak buatnya memang agak renyah, apatah lagi perlu direbus berjam-jam lamanya. Sangat makan masa dan memang boleh rosak kuali yang digunakan.
Rupanya ada cara yang mudah untuk masak sambal hitam ni. Tak perlu susah payah nak rebus, hanya perlu kisar buah belimbing dan masak seperti biasa. Ia tahan lebih lama, rasanya sangat sedap dan 30 minit dah siap!
Boleh cuba cara dan resipi yang dikongsikan oleh Puan Habib Izzah ini sebagai rujukan;
Masak Sambal Hitam simple 30 minit tapi rasa dia ‘marvellous’.Mummy share resepi dekat setiap gambar. Sambal hitam ni makan dengan nasi panas memang mables.Mak mentua lalu sebelah pun tak perasan.
Bahan-Bahan:
Cili api
Cili besar
Belimbing
Bawang besar
Ikan bilis
*sukatan agak-agak je
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dulu, supaya bahan-bahan tadi tak lama berenang dalam kuali.
2. Minyak panas je masukkan bawang besar dan ikan bilis yang di kisar kasar. Tumis sampai agak kekeringan.
3.Kisar cili dan belimbing tadi. Jangan blend halus sangat. Campur air sikit je sebab blimbing akan keluar air sendiri.
4. Bila bawang dan ikan bilis dah hampir kering masukkan cili blender tadi.
5. Kacau rata.
6. Kacau lagi. Bila nampak sambal hampir kering tambahkan perisa garam sedikit.
7. Taraaa!.. Dah siap. Dia punya rasa memang mables. Yang ni
daripada kita rebus dulu belimbing tu. Lagi satu buat macam ni je simple sebab kalau kita rebus blimbing tu, biasanya kuali kita akan rosak, kalau buat ikut resepi mummy ni kuali memang suci murni je.
MW:Mudah sangat nak buat sambal hitam ikut cara yang dikongsikan ni. 30 minit dah siap, boleh makan dengan nasi. Tak perlu nak rebus belimbing lama-lama, rasanya tetap sedap dan paling penting kuali pun tak rosak!.
Bila masuk dapur, nak goreng telur mata kerbau pun ada caranya, barulah hasilnya cantik molek dan boleh menggoda orang yang nak makan.
Dan kali ini seorang lelaki, saudara Wan Luqman, yang mana kerjanya sebagai tukang goreng telur berkongsi ilmu untuk hasilkan telur mata kerbau yang elok sangat rupanya.
Nah, jemput godek ilmu masaknya…
Tip Goreng Telur Mata Kerbau
Saya nak kongsikan sikit tip nak buat telur mata kerbau. Pertama, kena gua kuali kecik dan ke dalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tu tak merebak ikut saiz kuali.
Tips kedua, minyak kena lebih supaya dia akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan direct terus ke kuali tau.
Jangan risau, kita tos dulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus. Bila keliling putih tu dah start garing sedikit, boleh angkat dah.
Tip ketiga, guna lah telur saiz D ataupun E. Ianya lebih afdal. Selalu kita order kat kedai, bila mintak telur mata kerbau, dibaginya telur mata jin mata satu, telur mata kerbau buta sebelah dan paling teruk telur mata dajal, musibah namanya tu.
Bila telur mata kerbau, macam ni. Kuning-kuning tu sama ada cair atau separa cair. Baru berselera.
Nota:
Sengaja pecahkan kuning tu, boleh jadi kes bunuh nanti tau!
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!