Liyana Jasmay kehilangan bapa tercinta, salam takziah diucapkan buat pelakon serba boleh, Liyana Jasmay di atas pemergian bapa tercinta.
Perkhabaran duka tersebut dikongsi oleh Liyana menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Liyana Jasmay Kehilangan Bapa Tercinta
Allahyarham Jasmay Md Shah, 68, dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ulu Klang, Selangor tengah hari tadi akibat kanser paru-paru.
“Semoga babah diampunkan segala dosa, semoga babah ditempatkan bersama orang beriman, semoga babah dijauhi azab kubur.
Arwah Bapa Terbaik Kepada Keluarga
“Anda adalah bapa terbaik kepada keluarga, rakan. Anda bawa cahaya dan kegembiraan kepada orang lain. Awak seorang pemberi.
Ads
“Babah beri saya macam-macam dan saya bersyukur kerana babah sudah besarkan saya dengan baik. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang.
“Adik harap dapat jumpa babah di Jannah nanti. Insya-ALLAH,” luah Liyana.
Jenazah arwah bapa Liyana akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Selangor petang ini.
Allahyarham yang merupakan seorang ahli perniagaan semasa hayatnya meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak, Juzaili Jasmay, 44, Faradilla Jasmay, 41, Adriana Jasmay, 39, dan Liyana, 33.
Leia Az Zahra Justin seorang muslimah yang pernah mengalami zaman gelap dalam hidupnya. Namun setelah mengenali agama Islam, sedikit demi sedikit ada sinar dalam hidupnya. Kini, wanita yang berasal dari Sabah ini berharap masa hadapannya lebih baik daripada sebelum ini.
Ditambah pula kini dia telah berkeluarga dan memiliki seorang anak perempuan bernama Ayra Gabriella, Leia berazam mahu jadi seorang ibu yang terbaik buat anaknya. Bergelar Islam sesungguhnya telah mengubah menjadi insan yang lebih baik.
Kisah hidup Leia penuh pancaroba. Sebelum dirinya mengenali agama Islam, boleh dikatakan hidupnya tidak ada arah tuju. Zaman remaja yang penuh dengan kesedihan adalah permulaan sikap memberontak dalam dirinya.
“ Saya memeluk Islam pada bulan Oktober 2007. Saya memeluk Islam bukan sebab didakwah oleh sahabat atau kenalan. Saya memeluk Islam atas kerelaan sendiri. Emak yang membantu saya memeluk agama Islam. Namun perjalanan sebelum bergelar saudara baru amat memeritkan.
” Sebenarnya saya membesar dalam keadaan keluarga yang berpecah-belah. Ayah dan emak saya telah berpisah semasa saya kecil. Saya kemudiannya hidup bersama ayah yang juga seorang pendakwah Kristian.
” Selalu juga saya mengikut ayah ke gereja. Ayah suka menyanyi dan dia ada buat album kerohanian. Ketika di gereja juga saya suka menyertai koir gereja. Saya suka ke gereja kerana saya suka hal-hal keagamaan.
” Namun saya tidak tinggal lama dengan ayah setelah dia berkahwin baru ketika saya berusia 14 tahun. Saya tidak suka ibu tiri dan akhirnya saya dihantar tinggal bersama nenek. Jiwa saya memberontak kerana berpisah dengan ayah.
” Ketika hidup bersama nenek, saya rasa hidup tidak ke mana. Untuk mengisi masa saya aktif dengan aktiviti di gereja. Malah saya pernah mengikuti kursus asas untuk jadi biarawati tetapi saya gagal,” cerita Leia panjang lebar.
Minta Petunjuk Dari Tuhan
Tidak tamat pengajian menyebabkan Leia mula bekerja. Ketika itu jugalah hidupnya semakin teruk kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan minuman keras. Melihatkan keadaan dirinya yang semakin tidak ada arah tuju pada ketika itu sering membuatkan Leia bermonolog sendirian.
“ Saya sering tanya pada diri sendiri apa hendak jadi pada diri saya. Umur sudah bertambah tetapi saya semakin teruk. Sepatutnya saya ada inisiatif untuk hidup lebih baik. Saya betul-betul stress. Saya mahu Tuhan beri petunjuk pada diri saya.”
Hidayah Allah itu datang dengan pelbagai cara. Leia mendapat hidayah melalui mimpi. Dia masih ingat mimpi tersebut.
“ Dalam mimpi tersebut saya berjalan di kawasan gelap. Di penghujung jalan saya terjumpa cahaya. Semakin saya mendekati cahaya itu saya mendengar suara orang bercakap dalam bahasa Arab. Saya juga nampak dia memegang kitab seperti Al-Quran. Tiba-tiba hati saya rasa tenang melihatkan situasi tersebut.”
Sebaik terjaga, Leia sedar jika ini adalah petunjuk yang diberikan oleh Tuhan, dia perlu mencari jalan bagi merungkai mimpi tersebut.
“ Setiap kali mendengar azan, saya jatuh cinta dengan azan. Akhirnya saya ambil keputusan menelefon emak dan beritahu pada dia yang saya mahu masuk Islam. Emak pula pada ketika itu sudah lama memeluk Islam.
Emak beli tiket kapal terbang untuk saya balik ke Sandakan, Sabah.Emak bawa saya ke pejabat agama di sana untuk mengucap dua kalimah syahadah. Selepas masuk Islam, saya kembali semula ke Semenanjung, “ tambah Leia lagi.
Rahsiakan Pengislaman
Perjalanannya untuk menjadi muslimah yang baik juga banyak cabarannya. Sebaik bergelar Islam, dia tidak memberitahu perkara tersebut bapa dan rakan serumahnya. Selama setahun dia menyembunyikan pengislamannya.
Walau sudah Islam pada ketika itu, Leia tetap berpakaian seksi dan mengambil minuman keras. Dia terpaksa berlakon dua watak demi mahu menyembunyikan pengislamannya.
“ Saya penat hidup begitu. Akhirnya pada bulan Ramadan 2008 saya tekad untuk istiqomah dan jihad melawan nafsu untuk meninggalkan minuman keras. Saya fikir apa guna masuk Islam jika tidak ikut ajaran Islam. Selepas itu saya mula belajar agama.
” Sehingga kini saya masih lagi belajar agama. Setiap kali pergi kelas agama saya rasa ketenangan. Belajar agama juga adalah terapi bagi saya menghadapi tekanan dan kemurungan, ” sambungnya.
Aktif Nyanyi Nasyid
Penghijrahan hidup menjadi seorang saudara baru juga telah menemukan Leia dengan industri seni. Pada tahun 2012, Leia dan kumpulan nasyidnya yang diberi nama Safiya telah menghasilkan satu album penuh. Semua ahli kumpulan nasyid ini adalah saudara baru sama seperti Leia.
Namun perkahwinan telah menghentikan aktiviti seni mereka. Bukan itu sahaja, salah seorang ahli kumpulannya juga telah berhenti. Pada bulan Oktober 2018 lalu, kumpulan nasyid Safiya mula melakukan comeback.
Kali ini Leia dan Nur Ain Tinungul serta ahli baru kumpulan mereka iaitu Julia Sakinah telah menghasilkan single terbaru mereka bertajuk Mudah-mudahan.
“ Saya amat mengharapkan peminat nasyid dapat menerima kehadiran kumpulan nasyid saya ini semula.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai peminat yang menumpang rasa gembira dan turut bersyukur dengan berita kehamilan penyanyi kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza Tarudin baru-baru ini. Ternyata penantian selama 11 tahun penyanyi ini untuk hamil bukanlah perkara yang mudah. Laluan dan pengorbanannya penuh berliku, demi mendapatkan cahayamata yang diimpikan. Namun berkat kesabaran dan usaha tanpa henti, rezeki penyanyi ini untuk hamil dan bakal bergelar ibu bakal menjadi kenyataan.
Perkongsian catatan peribadi oleh Pengurus Peribadi yang juga merupakan kakak ipar Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak di laman instagramnya, menceritakan ‘perjalanan’ dan pengorbanan yang perlu dilalui oleh penyanyi ini sebelum berjaya disahkan hamil.
Rozi merupakan antara individu yang paling rapat dengan Datuk Siti Nurhaliza, sepanjang tempoh 20 tahun bersama Siti sejak tahun 1999. Rozi juga bertanggungjawab menyelenggara jadual persembahan nyanyian, acara undangan, strategi syarikat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan sudah pasti penasihat utama Siti.
Berikut merupakan catatan tersebut;
“Sebelum @ctdk berkahwin, kami merancang untuk bercuti ‘pantang’ bersama-sama. Maklum saja, kami sering bekerja bersama dan bercadang untuk bercuti pantang juga bersama. Memang agak lucu tetapi begitulah perancangan kami.
Bulan demi bulan, tahun demi tahun, belum ada rezeki beliau untuk dikurniakan cahayamata dan anak bongsu saya juga kini sudah berusia 10 tahun. Saya ringkaskan cerita panjang @ctdk, beritahulah apa saja cara, namakan petua dan rawatan, sebut saja kaedahnya, beliau terus mencuba, ya, tanpa henti.
Perubahan Saiz Badan
Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan mengalami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan, mungkin anda boleh ‘google’ jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum.
Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya, malah beliau aktif beriadah, senaman dan menjaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa yang sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan akan bertambah.
Pengorbanan
Beliau berkorban jika ada acara besar seperti konsert, mengenepikan rawatan dan kembali melangsingkan badan untuk lebih ‘presentable’ di atas pentas. Kemudian beliau mencuba lagi, lalu kembali fokus kepada acara besar dan meninggalkan sebulan dua rawatan. Begitulah rutin beliau selama 11 tahun ini.
Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak mengatur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang di dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa.
Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahayamata dan zuriat. Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan. Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahayamata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang Allah uji kita ada hikmahnya”.
Semoga ia mampu menjadi inspirasi buat wanita yang masih menanti kehadiran cahayamata agar tidak henti berputus asa.
Azhar Sulaiman naik angin, lelaki buat statement biadap nak pinjam Leona satu malam. Tindakan seorang lelaki yang mahu “pinjam” anak kesayangannya, Kasih Iris Leona satu malam ternyata mengundang amarahnya.
Memahami maksud negetif di sebalik komen negetif itu, selepas melihat komen dilemparkan lelaki tersebut atas nama Ariff Ghani, bapa yang sering terpalit kontroversi dengan tindakan Leona yang sering meraih perhatian di media sosial itu bertindak menyebarkan gambar lelaki tersebut yang jelas nyata berstatus suami orang.
Azhar Sulaiman Naik Angin
Melihat komen tersebut amat biadap dan dia sebagai bapa tidak dapat menerima kenyataan ini, Azhar membalas komen tersebut dengan menulis “bro nak saya cuba ke? Selain menulis nak gaduh dengan saya ker bro, moh jumpa.
Lelaki Buat Statement Biadap Nak “Pinjam” Leona Satu Malam
Tulis Azhar lagi, “ayat dia sangat menyakitkan hati Mami and rasa dia memang nak bergasak dengan Mami…
Tidak habis begitu saja, selepas dia memuat naik status biadap lelaki berkenaan, netizen terus membantunya. Bukan saja kad pengenalan lelaki itu berjaya dijejaki tetapi juga kenderaan dimilikinya selain gambarnya suami isteri.
Difahamkan, selepas insiden ini tular, lelaki ini bertindak memadamkan semua identitinya di media sosial.
Ada yang menyuruh Azhar Sulaiman menyaman komen biadap begini tetapi kata Azhar, dia tidak perlu menyaman kerana “seseorang” akan menamparnya kelak sambil memaklumkan kaum kerabat anaknya itu besar.
Sebagai bapa, dia mungkin boleh menerima apa saja kritikan malah dirinya pernah mengajak anaknya itu menjadi bijak sepertinya. Iaitu apa saja tindakan dibuat, sama ada bersosial dan sebagainya, tak perlu di postkan ke media sosial kerana ia akan terus menerima kecaman ramai.
Malah tiada ibu bapa yang boleh menerima komen biadap sebegini biar seteruk mana pun perangai anak kerana manusia itu boleh berubah saat Allah mencampakkan hidayah ke dalam hatinya.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.