Hiburan

Lisdawati Bangga Suami Genggam Diploma Pada Usia 51 Tahun, “Jadi Contoh Pada Anak-anak”

Share

Lisdawati bangga suami genggam diploma pada usia 51 tahun, “jadi contoh pada anak-anak.” Ternyata kesibukan kerja bukan penghalang buat pelakon Fauzi Nawawi menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Meatech Creative Academy.

Lisdawati Bangga Suami Genggam Diploma Pada Usia 51 Tahun

Memetik laporan mStar, Fauzi yang kini meniti usia 51 tahun itu meluah rasa syukur. Dalam masa sama juga, dia berasa sangat terharu kerana isterinya, Lisdawati sentiasa memberi semangat. Kejayaan itu juga secara tidak langsung dapat memberi contoh terbaik buat anak-anaknya atas kejayaan tersebut.

Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.

“Jadi Contoh Pada Anak-anak”

“Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.

Ujar bapa kepada lapan cahaya mata itu, dia berharap keputusannya menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir pihak berkaitan selebriti tidak mementingkan akademik.

“Ramai artis berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga mahu merasa seperti itu. Walaupun sibuk berlakon, pelajaran tak pernah tinggal.

“Mungkin ramai anggap orang yang tidak berjaya dalam pelajaran lebih memilih menjadi artis. Saya mahu perbetulkan tanggapan sebegitu dan menjadi bukti golongan artis juga berpelajaran,” ujarnya.

Fauzi juga mengakui perjalanan untuk menghabiskan dua tahun pengajian bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ada cabaran yang perlu dihadapi.

“Biasalah bila usia semakin meningkat, rasa malas nak belajar itu memang ada. Itu perlu saya lawan selama tempoh pengajian ini.

“Dalam masa sama saya juga sibuk dengan penggambaran dan jadual kerja lain. Perlu susun masa dengan betul supaya dapat seimbangkan semua perkara,” jelasnya.

Sumber: Instagram Fauzi Nawawi

Baca artikel lain juga: Majlis Nikah Serba Sederhana, Fauzi Nawawi  Lisdawati Terima Menantu Sulung

Kata Fauzi, DATING Dengan Isteri Itu Cara Perbaharui Lesen Cinta, Barulah Sweet

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq

 

 

 

 

 

Published by
Has