Lisa & Yusry Bakal Timang Anak Ketiga “Alhamdulillah,Dua Anak Kami Akan Dapat Adik”

Share

Tahniah diucapkan buat Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim yang bakal timang anak ketiga tidak lama lagi.

Berita gembira tersebut disahkan sendiri oleh Yusry. Menurutnya yang pernah menganggotai kumpulan trio KRU, semuanya bermula secara kebetulan selepas memuat naik gambarnya bersama Lisa semalam bersempena ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka.

Lisa & Yusry Bakal Timang Anak Ketiga, “Semoga Dipermudahkan”

Kata Yusry, ada mata tajam yang memandang dan seolah olah dapat menebak perut isterinya mempunyai ‘isi’. Bagaimanapun, Yusry belum bersedia mendedahkan berapa usia kandungan isterinya.

“Gambar kami berdua semalam yang dimuat naik nampaknya mengundang spekulasi itu ini. Tak apa benda baik, jadi lambat laun akan tahu juga.

“Ya, Alhamdulillah, dua anak kami, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne nampaknya akan dapat adik tak lama lagi.

“Semoga dipermudahkan. Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Doa yang baik juga kami panjangkan untuk semua,” ujarnya.

“Berita Isteri Saya Hamil Sudah Dikongsi Sesama Ahli Keluarga”

Kemudian Yusry turut memuat naik gambar potret berupa abjad mewakili dua anaknya di akaun Instagramnya. Malah sekali gus, Yusry turut meleraikan persoalan isterinya yang dikatakan hamil.

“Ikutkan berita isteri saya hamil sudah dikongsi sesama ahli keluarga. Cuma tidak secara terbuka sebelum ini.

“Dalam hati, soal ini, kami tak boleh mementingkan diri. Ada pasangan yang ditakdirkan lambat beroleh rezeki. Kami juga pernah melalui fasa berkenaan.

“Ia bukan sesuatu yang senang. Saya dan isteri mendoakan semoga Allah makbulkan berita gembira buat yang masih berharap untuk mendapat cahaya mata. Insya-Allah,” kata Yusry.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012.

Baca Disini Juga:

Pastikan Jadual Harian Lancar, Lisa Surihani Seimbangkan Tanggungjawab Sebagai Isteri, Ibu & Seni

Tiga Tahun Tunggu Zuriat Pertama, Rupanya Lisa Surihani Pernah Hamil Kembar

Kanta Lekap Pernah Pecah Dalam Mata, Lisa Surihani Kini Bersyukur Penglihatan Sudah Terang

Panjat Kesyukuran

Sementara itu, Lisa juga memanjat kesyukuran kerana diberi kesempatan dan nikmat sekali lagi untuk hamil.

“Moga dipermudahkan segala galanya. InsyaAllah,” kata Lisa.

Sumber Foto: Instagram Yusry Abdul Halim
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh