Kerja yang ramai mak-mak ‘bercinta’ nak buat bab lipat baju atau kain. Ada yang sanggup tunggu seminggu baru nak kumpul kekuatan mula melipat. Tapi, keseronokan itu datang bila mak-mak dapat lipat baju sama saiz, susun di rak pun kemas teratur.
Kongsi Rose Kamarina, “Cuti sambung lagi, jom lipat kain. Ni baru T-shirt Waiz, umur 6 tahun. Anak 4, campur umi abah.. fengsan nak perabih
.”Bagi ibu anak empat ini, Rose miliki skill lipat baju sama saiz. Kemas betul setiap satu baju yang bersusun di rak. Macam susunan kain dekat mall cantiknya. Rupanya ada rahsianya.
Dan, ini yang Rose buat sehingga dapat hasil lipatan yang kemas.
“Boleh pakai apa-apa sebagai ukuran.. buku, kad, kertas, kertas keras, kotak.. ikut suka nak saiz mana. Lapik dengan kertas A4 putih, lipat macam biasa
Boleh DIY dengan kertas keras/kad/kotak/buku.. ikut saiz yang nak.
Saya pakai yang ni, plastik lipat baju yang dah uzur sebagai ukuran, kertas A4 putih.
Lapik dengan kertas A4, plastik ukuran tadi.
Lipat macam biasa.
* kertas A4 akan ditinggalkan dalam T-shirt. Sediakan satu bekas untuk letak kertas. Nanti boleh pakai ulang-ulang kertas tu.
Dah siap lipat, tarik keluar ukuran tadi.
Saya biasa lipat T-shirt sahaja. Seluar gulung, towel pun gulung. Dan yang lain-lain hanger. Asal cepat siap, nampak cantik gitu.
Sumber/Foto : Rose Kamarina