Dalam resah dan panik tak kesudahan tentang statistik Covid-19 di Malaysia, sebagai rakyat yang bertamadun dan waras… kita perlu akur dengan langkah pencegahan yang diambil kerajaan.Inilah ruang waktu yang baik, untuk kita meningkatkan amalan sambil berdoa agar tularan penyakit menggerunkan ini, segera lenyap dan Malaysia kembali sejahtera.
Ramadan pun bakal hadir tak lama lagi. Moga adanya doa berterusan serta mengikuti semua langkah pencegahan seperti yang disarankan. Doakan juga kita masih diberikan ruang untuk menjalani ibadah puasa dengan tenang dan menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan tanpa perlu bimbang lagi dengan sebaran virus serius ini.
Mungkin ada yang secara tidak sengaja tersedar, dan terbangun di kala jam menunjukkan angka 4 pagi.Pandang dari sudut positif, mungkin ada hikmahnya anda dibangkitkan di waktu dinihari ini. Bersihkan diri dan buat mereka yang beragama Islam mungkin boleh mengambil wudhu serta menunaikan solat tahajud.
Usai menunaikan solat, apa kata panjangkan doa dan basahkan bibir dengan zikir. Di kesempatan ‘cuti’ rasmi yang diberikan kerajaan. Manfaatkan ia dengan memohon doa supaya dilindungi dari ancaman penyakit berbahaya.
Kerana sesungguhnya Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan. Berikut adalah Bismillah 5 yang boleh diamalkan :“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim”
Bismillah5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
Fadhilat Bismillah 5
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut: