Dalamresah dan paniktakkesudahantentangstatistik Covid-19 di Malaysia, sebagairakyat yang bertamadundan waras…kitaperluakurdenganlangkahpencegahan yang diambilkerajaan.Inilah ruangwaktu yang baik, untukkitameningkatkanamalansambilberdoa agar tularanpenyakitmenggerunkanini, segeralenyap dan Malaysia kembalisejahtera.
Ramadan pun bakalhadirtak lama lagi. Moga adanya doa berterusan serta mengikuti semua langkah pencegahan seperti yang disarankan. Doakan juga kita masih diberikan ruang untuk menjalani ibadah puasa dengan tenang dan menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan tanpa perlu bimbang lagi dengan sebaran virus serius ini.
Mungkin ada yang secaratidaksengajatersedar, dan terbangun di kala jam menunjukkanangka 4 pagi.Pandang darisudutpositif, mungkinadahikmahnyaandadibangkitkan di waktudinihariini. Bersihkan diri dan buatmereka yang beragama Islam mungkinbolehmengambilwudhusertamenunaikansolattahajud.
Ads
Usai menunaikan solat, apa kata panjangkan doa dan basahkan bibir dengan zikir. Di kesempatan ‘cuti’ rasmi yang diberikan kerajaan. Manfaatkan ia dengan memohon doa supaya dilindungi dari ancaman penyakit berbahaya. Kerana sesungguhnya Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan. Berikut adalah Bismillah 5 yang boleh diamalkan :
Surah Al-Fatihah merupakan surah yang wajib dibaca didalam solat. Ia juga sering dibaca untuk disedekahkan pada orang yang telah meninggal dunia.Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Rupanya banyak kesan positif dan manfaat yang boleh dirasai jika kerap mengamalkan niat sedekah Al-Fatihah untuk diri sendiri, setiap hari. Terutamanya dibaca banyak kali ketika mempunyai masa terluang, seperti sedang memandu dan sebagainya.
Baca perkongsian ini;
Saya di sini nak berkongsi hasil eksperimen saya setelah mengamalkan sedekah Al-Fatihah sebanyak-banyak yang mungkin semasa saya memandu pergi atau balik dari tempat kerja.
Buat masa ini, sudah lebih seminggu saya amalkan dan Alhamdulillah terlalu banyak manfaat yang saya dapat rasakan dan merasa terpanggil untuk mengajak semua pembaca untuk cuba eksperimen yang sangat mudah ini.
Anda cuma perlu mulakan dengan niat sedekah A-Fatihah untuk DIRI SENDIRI, Rasulullah, ibubapa, keluarga, sahabat, saudara mara ataupun dan sesiapa sahaja termasuklah orang yang awak tak selesa contohnya macam bos atau rakan kerja yang tak ngam ke.
Saya tekankan untuk sedekah diri sendiri sebab kebanyakan kita terlupa untuk buat benda-benda macam ni. Lazimnya, sedekah al-Fatihah selalu diamalkan untuk yang meninggal je kan.
Pastikan radio tutup ye dan fokus baca Al-Fatihah sebanyak-banyak yang mungkin sepanjang masa memandu. Kenapa saya pilih waktu memandu? Sebab waktu sebegini masa banyak terbuang begitu sahaja semasa memandu (ataupun naik pengangkutan awam) So no excuses la ye.
Cuba amalkan setiap hari ye. Istiqamah is the key dan saya nak awak share pengalaman awak di ruang komen. I am excited to know your personal experience on this simple experiment. Share di ruang komen ye.
Let me share you my personal experience selepas kerap amalkan sedekah Al-Fatihah;
1. SAYA RASA LEBIH CERIA
Bila sampai pejabat, mood sangat baik dan rasa seronok dan bersemangat sangat nak mulakan hari.
Untuk pengetahuan, saya ni dah lebih 12 tahun kerja maka faham-faham jelah ada hari kita rasa macam sangat malas. Bila amalkan Al-fatihah, memang terasa lain macam auranya.
2. SAYA DAPAT BANYAK BERITA GEMBIRA
Tiba tiba ada orang belanja makan, saya dapat baucar, dapat pujian. Best best best.
3. SAYA KURANG RASA NAK MARAH-MARAH ORANG
Saya dah ada anak lelaki 2 orang yang masih pakai lampin lagi maka faham-fahamlah kadang terjadi raksasa tapi lepas amalkannya saya rasa lebih chill tenang hadapi situasi yang menggemparkan.
4. KERJA DAN URUSAN SEHARIAN DIPERMUDAHKAN
Bos pun mood baik je senang nak dapat autograf. Kerja pun lancar je. Allah kan ada bantu kita hadapi liku-liku kehidupan.
Setakat ni je lah entry saya buat masa ini. Sebenarnya ada banyak lagi nak kongsi tapi saya akan sambung lagi entry lain jika ada rezeki. Ingat ye, saya nak ajak awak semua buat eksperimen ni dan kongsi pengalaman awak sendiri di ruang komen ye. Terima kasih sudi baca confession saya ni.
Oh, saya gelarkan diri saya makcik i-can sebab pengaruh kampung people. Ikan = i-can 😉 Saya harap saya dapat sebarkan sedikit manfaat dan aura positif untuk awak semua.
– Makcik I-can (Bukan nama sebenar)
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita jadikan amalan kerap niat sedekahkah Alfatihah untuk diri sendiri dan orang lain.
Sekarang nie musiam durian merata-rata. Durian kampung, Musang King, IOI, Udang Merah menjadi kegilaan orang ramai. Harganya pun bukan calang-calang, maklumlah masih baru ada di pasaran. Tunggulah beberapa minggu lagi, harganya mungkin murah sikit.
Dalam membeli durian, ramai yang tidak puas hati tentang harganya. Nasib tak berapa baik, durian saja besar tapi isi dalamnya hanya beberapa ulas. Lebih sedih bila isinya buruk. Naik angin pulak si pembeli. Tapi, menjadi persoalan bila timbang sebiji durian, memang berkilo-kilo tapi isinya hanya berapa ulas sahaja. Sehinggakan kita sebagai pembeli merasa tertipu.
Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menjawab soalan tentang perkara ini.
Assalamualaikum, tuan mufti. Adakah buah durian haram dijual mengikut sukatan kilogram kerana kulitnya lebih banyak dari isi?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Kaedah menyebut:
الأصل في العقود هو التراضي
Maksudnya: Hukum asal dalam akad ialah keredhaan dua belah pihak.
Tidak Redha
Dalam jual beli durian selalu yang menjadi masalah ialah apabila dijual beli mengikut timbangan, dan bukannya jenis dan kualiti durian itu. Justeru, berlakulah situasi contohnya isi durian yang mengkal (tidak masak), busuk dan rosak. Di sini, pembeli menjadi tidak redha kerana manfaat yang dibeli tidak diperolehi.
Situasi ini bertepatan dengan sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW menegur penjual kurma yang meletakkan kurma yang kering di atas kurma yang basah untuk mengelabui pelanggan.
Sabda Rasulullah SAW:
أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ، مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Maksudnya: Apakah engkau sengaja tidak meletakkan yang basah itu diatas takut dilihat orang? Barangsiapa yang menipu maka bukan daripada kalanganku. Hadis riwayat Imam Muslim (102)
Akad Jual Beli
Justeru, digalakkan melakukan akad jual beli durian dengan cara yang lebih jelas. Contohnya, dengan membuka sebahagian durian itu terlebih dahulu diketahui isinya. Cara lain juga seperti yang dilakukan peniaga-peniaga hari ini dengan meletakkan isi buah di dalam bekas yang boleh dilihat oleh pelanggan. Dengan itu, pembeli dan penjual saling meredhai dan hasil jualan juga diberkati.
Wallahua’lam.
Pernahkah kita didatangi kucing? Ketika kita makan di restoran, atau ketika di pasar atau di mana sahaja. Malah, mungkin ada kucing yang mendatangi rumah kita. Menunggu di tepi kereta. Mempamerkan wajah sedihnya dan mengharapkan sesuatu.
Bukan belaian manja. Bukan digomol. Bukan juga ciuman. Tetapi hanya segenggam makanan. Ketahuilah, banyak keberkatan bila murah hati dengan kucing. Ikuti perkongsian daripada Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Pengurus Perundingan Zakat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
Beri Pahala
Saya yakin, semua orang pernah begitu. Punya pengalaman bersama kucing. Mungkin ada yang menyukai kucing. Mungkin ada yang geli. Tidak kisahlah. Namun kucing adalah haiwan paling mudah memberi kita pahala. Mungkin juga sebaliknya. Kucing juga paling mudah menjadikan kita berdosa.
Pengalaman mengajarkan.Menyayangi haiwan seperti kucing, banyak kelebihannya. Mungkin beberapa kisah ini mampu memberikan motivasi. Mengubah persepsi. Menjadikan kita lebih cakna dengan si meow. Ya, si meow yang berdoa.
Cabutan Bertuah
Pertama. Baru-baru ini seorang kenalan berkongsi kisah. Seorang perempuan, pekerja di organisasinya memenangi cabutan bertuah hasil depositnya di sebuah bank. Ini bukan palsu. Tetapi kisah benar dan nyata. Wanita berkenaan menang wang tunai RM1 juta!
Siapa yang tidak terkejut. Namun, ada rahsia di sebalik rahsia. Wanita itu ditanya, apakah amalannya. Mana mungkin hadiah sebesar itu diterima (hakikatnya diberikan Allah SWT) begitu sahaja.
Amalan
Pasti ada sesuatu. Ia menjadi amalan tertentu. Ia membezakan dirinya dengan orang lain. Lalu jawabnya:
“Saya sangat suka dengan kucing. Jika saya menemui kucing terbiar, saya pungut. Saya sediakan sangkar di rumah yang besar. Saya rawat kucing-kucing itu. Saya berhabis RM500 sebulan.” Ujarnya.
Itulah antara amalannya. Menyantuni si meow tanpa merasa rugi. Maka, saya yakin itulah amalan rahsianya. Ia menjadi asbab atas kemenangan RM1 jutanya. Ya, siapa tahu itulah doa si kucing. Siang malam diberi makan. Diselamatkan dari disakiti manusia dan haiwan lain.
Disapa
Kedua, ini juga membuat bulu roma saya berdiri. Kisah benar seorang lelaki. Ibunya sakit di hospital. Menjelang waktu solat, dia meninggalkan ruangan. Kaki dihayun bersama wajah yang sedih. Perasaannya berbaur. Ibu sedang koma. Bergelut antara mati dan hidup. Pasrah. Segala ikhtiar sudah dilakukan. Doktor dan segala kepakaran. Hasilnya, kini terserahlah kepada Allah SWT menentukan.
Kala menuju ke musolla hospital, dia melewati jalanan. Bersama wajah yang tertunduk. Menekur jalan. Namun, ada ‘sesuatu’ yang memberi salam. “Meow…”. Itulah suaranya. Sapaan yang istimewa. Seekor kucing yang bunting tua. Meow itu nampak payah membawa perutnya yang berisi. Dengan bebola matanya yang berkaca. Minta dikasihi.
Santapan Paha Ayam
Lelaki itu terpegun. Langkahnya terhenti. Kebetulan, dia berada berdekatan kafetaria. Rasa kasihan menggayuti kalbunya. Dia membelok langkah. Mencari seketul ayam. Lalu kepada si meow yang bunting tua dihulurkan. Kemudian dia menyambung langkah. Di musolla dia menadah tangan penuh pasrah.
Kala itulah keajaiban berlaku. Si meow yang berbadan dua (malah mungkin lebih, kerana janin kucing selalunya lebih seekor), turut berdoa. Ya, doa si meow yang bunting tua. Kala paha ayam dilahap, dia membisikkan. “Ya Allah, berikanlah kebaikan kepada lelaki ini atas kebaikannya kepadaku…”
Sedar
Di katil hospital. Si ibu yang koma mulai sedar. Dia menggerakkan jari-jemari. Nafasnya mulai teratur kembali. Detak jantungnya mulai bersemangat. Tanpa sedar, itulah doa si meow yang sudah dijawab oleh Allah SWT sebentar tadi.
Ketiga, seorang lelaki dikunjungi seekor anak kucing. Masih kecil untuk berdikari. Bulunya kusam, namun masih berbaki rias comel di lentik bulu matanya. Bulunya tiga warna, hitam, putih dan kuning. Itu tandanya dia kucing betina.
Terbit rasa kasihan. Lalu kucing itu diambil dan dibawa pulang. Diberikan nama Siti. Dibelai dan dimanjakan. Layaknya kucing yang dikasihi sepenuhnya. Bulan berganti bulan. Tahun pun berubah. Siti memberikan banyak anak kepada pemiliknya. Juga doa-doa yang tidak putus. Ya, doa si meow buat tuannya.
Buka Pintu Rezeki
Tanpa duga, dari situlah mulanya. Pintu-pintu rezeki yang kian merekah. Tuannya mengalami perubahan demi perubahan. Bisa memiliki dunia yang dahulunya hanyalah angan-angan. Kereta besar. Juga rumah besar di perbukitan kota. Juga anak-anak yang mendengar kata. Melengkapkan sebuah kehidupan yang sejahtera bersama isteri yang mendamaikan jiwa.
Kini, Siti itu sudah pergi. Namun doanya pasti sudah dijawab Allah SWT. Meninggalkan kesan yang cukup besar kepada tuannya. Yang dahulu mengutipnya di pinggiran jalan. Menyelamatkannya daripada terjangan hidup.
Kesimpulannya apa? Ya, jangan berbuat jahat biar pun kepada seekor kucing. Haiwan adalah makhluk Allah SWT. Mereka juga mampu berdoa. Mereka hidup tanpa dosa. Mereka hidup dihantar Allah SWT ke dunia. Mendatangi kita.
Malah membawa rezeki yang enak-enak kepada kita. Ikan yang segar kita makan isinya. Kepala dan tulang untuk dia. Namun doanya makbul. Itulah yang perlu kita rebutkan. Wallahuallam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...