Lima Tahun Kumpul Duit Syiling Beli Motosikal, Siap Susun, Bungkus Agar Mudah Dikira

Share

Seorang wanita sanggup habiskan masa selama lima tahun kumpul duit syiling untuk beli motosikal. Dia juga siap susun dan bungkus agar mudah dikira oleh penjual.

Benarlah bila hati betul-betul nekad, mak ayah sanggup lakukan apa sahaja untuk mencapai impian yang dihajati. Betul tak?

Lima Tahun Kumpul Duit Syiling Beli Motosikal

Seorang wanita di Jakarta, Indonesia mengumpul duit syiling selama lima tahun untuk mencapai impian membeli sebuah motosikal dengan menggunakan wang tersebut, lapor portal berita Suara.com semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik @siwipanca, kelihatan seorang wanita memakai tudung merah berada di dalam sebuah kedai motosikal dengan membawa duit syiling yang begitu banyak.

Siap Susun & Bungkus Agar Mudah Dikira

Bagi memudahkan wang tersebut dikira, wanita itu sudah menyusun dan membungkus duit syiling yang dibawa.

Beberapa pekerja kedai motosikal dilihat mengeluarkan wang itu untuk dikira.

Menurut keterangan dalam klip video tersebut, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu mahu membeli motosikal jenis Honda Scoopy berharga 19.7 juta Rupiah (RM5,675).

Kumpul Untuk Mencapai Impian

Dia mengumpulkan duit syiling itu selama lima tahun untuk mencapai impiannya.

“Wanita ini menabung syiling selama lima tahun untuk membeli motosikal,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Netizen yang menonton rakaman tersebut mengagumi kesungguhan wanita itu mengumpul syiling demi membeli sebuah motosikal.

Baca Juga Di sini:

Beli Motorsikal Harga RM8,742 Guna 31 Beg Plastik Berisi Duit Syiling!

Terlalu Rindukan Kota Mekah, Pasangan Ini Sanggup Menempuh 9000 Kilometer Dengan Menunggang Motosikal

“Saya Kesempitan Wang’, Ibu Tunggal Sanggup Larikan Motosikal Untuk Membayar Kos Perubatan Anak

“Bagaimana ya wang itu dibawa? Pasti sangat berat,” tulis seorang netizen.

“Tak terbayang saya bagaimana wanita ini berjuang, tabik,” tulis seorang lagi netizen.

Video tersebut sehingga kini sudah mencatat lebih 1.2 juta tontonan. – Agensi

Mingguan Wanita : Selagi kita tidak mencuri atau menggunakan duit orang apa salahnya. Tahniah pada wanita ini, dia memang hebat. Ternyata bukan satu usaha yang kecil untuk mengumpul duit dalam tempoh lima tahun.

Sumber: Kosmo Online

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Published by
Nur Syazwani Mehat