Doa akan jadi pelindung paling selamat buat suami isteri sebab hidup selepas berkahwin tidak akan selalu bahagia, kadang diuji dengan macam-macam hal yang langsung anda tak jangka.
Dulu masa bercinta selalu mesej tanda khabar, ‘caring’, hujung minggu luangkan masa bersama anda, tetapi sekarang berubah, jangan kata nak luangkan masa pada hujung minggu, telefon pun sebulan sekali.
Saat anda meminta untuk melihat telefon bimbit pasangan, wajahnya terus berubah, melenting tidak tentu pasal. Kenapa perlu takut jika tidak buat salah betul? Selalunya telefon bimbit inilah boleh membuat pasangan anda pecah tembelang. Telefon bimbit penuh dengan ‘password‘, nak buka ada ‘password‘, nak buka sosial media pun ada ‘password‘?
Kalau anda lihat perangai pasangan anda berubah secara mendadak, berhati-hati, berkemungkinan pasangan anda sudah mempunyai kekasih lain di hatinya. Lagi haru bila ada lelaki yang sanggup naik tangan bila ditegur oleh isteri bab solat yang langsung tidak terjaga. Allah… memang dilema!
Ada sesetengah orang pula diuji dengan perangai anak-anak yang cukup nakal, suka usik orang lain. Pergi ke mana-mana anak suka buat hal. Ini salah siapa? Boleh ke marah anak dan hentam depan orang ramai?
Macam mana nak selesaikan masalah ini?
Kali ini MW kongsikan penawar mujarab untuk bina keluarga bahagia, mungkin ini sangat berguna untuk anda. Ya, hanya dengan mengamalkan doa!
Ini antara doa-doa yang patut kita sama-sama amalkan sebagai suami atau isteri dan ibu bapa bagi mendapat rumah tangga bahagia.
1. Surah Al-Ambiya, ayat 87
2. Surah Al-A’raf, ayat 23
3. Surah Al-Furqan, ayat 74
4. Surah Ibrahim, ayat 40
5. Surah Al-Ahqaf, ayat 15
“Amallah 5 doa ini bila suami, isteri dan anak-anak buat perangai, melawan, tak nak solat, menyakitkan hati, buat dosa dan sakit jiwa. Doa daripada Al-Quran. Sangat mujarab. Sangat ajaib. Mak ayah jangan tak amal. Mulakanlah dan lihatlah kesannya…” -Ebit Lew-
Moga perkongsian kali ini bermanfaat buat anda yang baru bina mahligai mahu pun sudah lama berumah tangga, usahalah dan yakinlah, in shaa Allah anda akan dapat apa yang anda impikan.