Lima Bulan Bekerja Siang Malam, ALHAMDULILLAH Frontliner KKM Diberi Cuti Rehat
Kredit foto : msn.com

Ini berita gembira untuk diraikan oleh petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila setelah berhempas pulas selama lima bulan tanpa cuti rehat, akhirnya mereka diberikan cuti rehat dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi secara bergiliran.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menjelaskan, frontliners KKM ini juga akan menerima khidmat kaunseling bagi memulihkan kembali semangat pada petugas ini.

Lima Bulan Bekerja Tanpa Cuti Rehat

Para petugas ini mempertaruhkan segalanya. Sehingga ada yang tidak pulang ke rumah bertemu anak isteri mahupun suami. Dan bermacam kisah terjadi dalam perjalanan mereka ‘berperang’ dengan wabak Covid-19.

Lima bulan bekerja siang malam, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja.” Itulah gambaran tentang mereka.

Dan hasil pengorbanan mereka menampakkan keputusan penurunan kes. Yang mana, penggunaan wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) pun semakin berkurang.

Ads

Keadaan ini membolehkan, warga kerja KKM ini diberi cuti rehat seminggu dua secara bergilir-gilir.

Kemungkinan Peningkatan Kes, Frontliners Persiapkan Diri

Khidmat kaunseling ini juga turut diberikan, bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes. Jadi, dapatlah petugas KKM bersiap sedia dengan ketahanan diri untuk menghadapinya.

Ads

Dalam tempoh seminggu dua ini juga, KKM bakal menyusun semula strategi dari segi tenaga kerja, peralatan, hospital, makmal dan kesihatan awam.

Katanya lagi, “inilah pertahanan terakhir kami untuk mengelakkan daripada bencana yang besar berlaku kepada Malaysia.”

Ads

Sehingga Selasa 12 tengah hari semalam, Malaysia mencatatkan 30 kes positif baru dengan jumlah kes Covid-19 sebanyak 6,386 kes di negara ini.

MW : Biar pun PKP sudah diberikan sedikit kelonggaran, tidak bermakna Malaysia sudah menang. Ingat! untuk ambil langkah keselamatan, kebersihan dan sentiasa berjaga-jaga bila berada di tempat awam.

Sumber/Foto : Harian Metro, Astro Awani

https://www.mingguanwanita.my/penularan-jangkitan-kluster-pasar-borong-kkm-mulakan-saringan-pkp-mungkin-dilaksana/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI