Lima beradik kini anak yatim piatu, ibu bapa maut elak babi melintas. Gara-gara mengelak seekor babi yang melintas secara tiba-tiba, lima beradik menjadi yatim piatu!
Kejadian malang tersebut yang berlaku sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh tiang elektrik berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini awal pagi semalam.
Lima beradik kini anak yatim piatu
Kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal Mohd. Norzianal Mohd. Ainol, 46, mahu mengelak seekor babi yang melintas secara tiba-tiba.
Mohd. Norzianal dan isterinya, Suhana Othman, 43, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
Menurut anak sulung pasangan tersebut, Fatin Hanani, 23, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa ibu bapanya selepas dimaklumkan anggota polis yang datang ke rumah sewa mereka di Taman Pahlawan di belakang IPD Kuala Muda.
Ibu bapa maut elak babi melintas
Memetik laporan Kosmo, pada mulanya dia tidak percaya selepas anggota polis terbabit menunjukkan MyKad ibu bapanya.
“Kami kemudian dibawa ke lokasi kejadian yang terletak tidak jauh dari rumah dan melihat bapa di bawah motosikal manakala ibu terbaring tidak sedarkan diri disebelahnya.
“Saya dan adik-adik hampir rebah melihat keadaan mereka tambahan selepas dimaklumkan yang ibu bapa kami telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.
Menurut Fatin, ekoran kejadian itu dia dan adik-adiknya iaitu Aida Batrisya,17; Alya Batrisya, 16; Adlin Irfan,15, dan Adib Iman, 6, bagaikan hilang arah kerana hilang tempat bergantung.
Sementara itu, Aida Batrisya berkata, bapanya yang bekerja sebagai pengurus jualan dalam perjalanan untuk membeli makanan sambil ditemani ibunya yang merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.
“Sebelum itu bapa mengadu lapar. Tak sangka kami akan menjadi yatim piatu sekelip mata,” ujarnya.
Jenazah kedua-dua mangsa telah selamat dikebumikan petang dalam satu liang di Tanah Perkuburan Sungai Batu, Merbok. Anak sulung pasangan ini sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, anak kedua, tiga dan empat merupakan pelajar SMK Bandar Sg. Petani dan yang bongsu tahun 1, SK Tasik Apong Sg. Petani. Al Fatihah.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Luluh Hati Nenek Cucu 8 Tahun Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata!
BAYI Yatim Piatu Lahir Di Bawah Runtuhan SIHAT, REZEKI Disusukan Isteri Pengarah Hospital
“Ibu Dah Tak Ada Kan?” Kemalangan Di Setiawan 2 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI