Bapa ini, Syukor Hashim ajar anak-anaknya ada simpanan emas sebagai aset di masa hadapan. Hebatnya didikan sebegitu mula diberikan kepada anak-anaknya sejak mereka masih kecil.
Bagaimana bapa ini memulakan pendidikan menyimpan emas kepada lima orang anaknya? Bila mana setiap anak diberikan satu gold card folder. Dan anak-anak akan mula ada simpanan emas masing-masing di dalamnya.
Dalam masa yang sama, ayah menetapkan sasaran, cara buat simpanan emas
dan kepentingan membuat simpanan emas di masa hadapan. Ternyata, anak-anak seronok menyimpan. Malah, anak keduanya sudah pun memiliki dua gold card folder sendiri.Saya ada 5 orang anak.
Semuanya saya simpankan emas sebagai harta mereka.
Namun anak nombor 2 nie (Fadzil) lebih terrer simpan emas.
Kakak dan adik-adik dia cuma ada satu gold card folder setiap seorang, namun dia dah sampai 2 gold card folder.
Adik-adik dia ada masalah tak tahan nak shoping beli beyblade dan perabis duit namun Fadzil nie steady mekdi simpan duit.
Gais, cuba bayangkan.
Walaupun saya mendidik orang untuk simpan emas, namun saya tahu ianya sangat mencabar.
Ini kerana nafsu manusia secara semulajadi bukanlah menyimpan tapi cenderung perabis duit.
Baca : Kalau Susah Nak Menabung, Belilah Emas Pelaburan Jangka Panjang, Bukan Ikut Trend
Anak-anak saya nie saya slow-slow ajar simpan duit jadi emas.
Lepas tu saya bagitau kat diorang satu perkara.
“Korang target simpan emas sampai boleh beli rumah sendiri”
Dengan kata lain, saya kena kaitkan simpanan emas nie dengan kemampuan membeli rumah di masa hadapan.
Logiknya seperti berikut:
Rumah = mahal.
Diorang simpan emas sikit-sikit dari sekarang. Nanti dah besar diorang boleh beli rumah yang mahal.
Saya dan CikJun siap bagi pesanan kat anak-anak.
Semua harta mak abah, itu kami punya.
Korang kena cari harta sendiri.
Tapi kalau bab belajar. Itu semua kami tanggung.
Korang belajarlah setinggi mana korang boleh pergi. Kami akan cari duit untuk korang.
Mingguan Wanita : Hebat didikan ayahnya. Tak perlu memaksa, cuma tunjuk cara saja.
Sumber/Foto : Syukor Hashim