Lihat Kepayahan Mengandung Dan Melahirkan, Nazrief Nazri Tekad Jaga Isteri Berpantang

Share

Akui pelakon Nazrief Nazri, dia bukanlah suami yang pandai buat kerja rumah. Sebaik saja melihat isteri kepayahan mengandung anak sulungnya selama 9 bulan. Bertarung nyawa melahirkan cahaya mata, dia kuatkan hati menjaga isteri berpantang.

Sepanjang tempoh isteri berpantang di confinement center, Nazrief menemani isterinya selama sebulan. Tak kekok suami ini menguruskan keperluan isteri dari membantu menyediakan mandian isteri, Aizatul Aqma Hamdan sehinggalah urusan berbengkung.

Inilah yang dikongsikan Nazrief dalam video berdurasi seminit 3 saat. Dan tentunya, mengundang pelbagai reaksi. Ada yang seronok, bersyukur melihat baiknya suami melayan isteri berpantang. Namun, ada pula sebaliknya.

TAK PERLU IRI HATI DENGAN KEBAHAGIAN ORANG LAIN

Baru-baru ni posting video isteri pasal saya jaga dia berpantang viral dekat beberapa platform social media. Bila dah viral ni biasalah, ada ribuan komen-komen dari netizen yang memberikan reaction mereka.

Ada yang memuji, tapi ada juga yang mengeji, diorang kata kami menunjuk dan ada macam-macam lagi tohmahan yang ditujukan pada saya dan isteri.

Kepada yang memuji, Alhamdulillah, saya doakan anda pun hidup bahagia dalam rahmat Allah, kepada yang mengkeji saya doakan anda supaya Allah hilangkan kesusahan anda dan Allah kurniakan anda kebahagian dunia dan akhirat.

Saya Lihat Isteri Kepayahan Mengandung, Melahirkan..

Tujuan kami buat sesuatu posting mesti ada sebab. Saya nak mengajak suami di luar sana, sila hargai isteri anda yang telah bertarung nyawa melahirkan cahaya mata anda.

Saya sedih bila ada isteri-isteri yang komen mengeluh, mengadu yang suami mereka biarkan mereka lalui tempoh berpantang seorang diri.

Jangan macam tu, saya ni ikutkan langsung tak pandai buat kerja rumah. Tapi lepas saya lihat betapa payahnya isteri saya mengandung dan melahirkan anak, saya terus kuatkan hati untuk ubah diri saya.

Dari zero Alhamdulillah saya dah pandai memasak, mengemas dan buat semua kerja rumah semata-mata utk ringankan beban isteri dan keselesaan anak.

Nasihat saya, bila kita tengok satu-satu posting di social media, sila pandang dari sudut positif. Kalau positif yang kita tengok maka positif lah yang kita dapat, begitulah juga sebaliknya.

Allah sayang kita.

Isteri Berhak Dapat Yang Terbaik

Because my wife deserves THE BEST.

Pengalaman yang cukup manis teman isteri berpantang selama sebulan kat sini, only the best for my wife. Alhamdulillah tak salah pilih tempat berpantang. Thank you @tyhpostnatalmy

Nazrief, 30 mendirikan rumah tangga dengan Aizatul, 27 pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki pada Julai lalu.

Baca juga : Isteri Nazrief Nazri hamil ‘Saya akan menjadi bapa tidak lama lagi, Alhamdulillah rezeki’

Mingguan Wanita : Beruntung suami yang menjaga isterinya berpantang bersalin. Malah menyediakan keperluan isteri dengan sebaiknya. Semoga lebih ramai suami punya kesedaran sebegini.

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer