Lihat Bagaimana Lelaki Ini Hadiahkan Rumah Pada Isteri Setiap Tahun Dan Balas Budi Ibu Dengan Cara Paling Ohsem!

Share

Kisah macam ini memang jarang nak jumpa. Lagi-lagi dari seorang suami yang tak berkira dengan harta. Bila tiba hari lahir atau anniversary, isterinya akan dihadiahkan sebuah rumah. “Dua buah rumah untuk dia setiap tahun aku reservedkan sebagai pengganti aku memusnahkan impian dia yang ingin bekerjaya selepas tamat belajar.”

Haa… ini memang kisah benar daripada Muhd Farid jatuh bangun,susah senang ditemani isteri yang tak pernah berkira pun time dia susah. Jadi bila ada rezeki yang tuhan beri, dia kongsi sama-sama dengan isteri. Lagi best bila Muhd Farid ini kerja keras renovate rumah ibunya sebagai hadiah sempena Hari Raya Aidilfitri baru ini. Layan rumah sebelum dan selepas, kagum dengan kerja tangannya itu.

4 Tahun Yang Lalu

Aku melamar kawan baik aku di zaman Universiti menjadi isteri aku,

Aku gentle berjumpa ayah isteri aku ini menyatakan hasrat di hati ingin menikahi anaknya sebelum menghantar rombongan keluarga,

Time ni isteri aku bekerja sebagai Engineer Intel di Penang, Aku plak bekerja pencacai di Singapore.


Memang hubungan ketika ini secara jarak jauh, sebelum dan selepas berkahwin.

Time ni memang aku tak ada budget nak kahwin secara besar-besaran. Buat majlis pun 1 belah pihak sahaja iaitu belah pihak perempuan. Janji kahwin!

Part hantaran plak, orang sibuk viral kalau kelulusan Degree minima RM 15,000. Aku rileks je nego minta RM 8,000 je. Mujur isteri aku tak kisah dan terima kewangan aku ketika itu.

Mas kahwin aku bagi 6 Dinar emas yang aku kumpul sejak mula bekerja. Dalam masa yang sama, timbul 1 idea untuk beri hantaran sebuah rumah kepada isteri aku ini.

Aku minta dokumen dari isteri aku. Dan aku carikan sebiji rumah untuk beliau sebagai backup untuk diri dia sendiri.


Kos deposit + kos lawyer + baik pulih rumah + kemasukan penyewa semuanya di uruskan oleh aku.


Nak belikan kereta memang bukan keperluan memandangkan dia ada kereta kebal arwah atuk dia. Time ni memang strungle habis, ikat perut * buat OT + side income, sebab kumpul deposit rumah + duit Kahwin sebab tak mengharapkan Personal Loan.

Alhamdulillah kami di kurniakan cahaya mata setahun kemudian. Time tu aku minta dia berhenti kerja dan aku menyara keluarga seorang diri.


Duduk di rumah kecil jenis 2 bilik 1 bilik air. Gaji tak besar tapi cukup untuk kami sekeluarga hidup.
Kami hidup macam rakyat marhaen biasa.

Ini kisah 4 tahun lepas.

Alhamdulillah tahun ni, aku di kurniakan lagi cahaya mata yang baru. Dua-dua lelaki.
Oklah boleh meneruskan perjuangan aku nanti.

Rumah yang aku berikan pada isteri aku, aku minta dia jual. Sebab dah masak ranum. Untung RM 130,000 dalam tempoh 4 tahun.


aDi mana kalau nak simpan sendiri secara manual perlu menyimpan sekitar RM 2708/bulan. (Boleh ke korang konsisten menyimpan macam ni)

Kalau aku belikan dia kereta time tu, agak-agak mesti dah separuh harga kereta isteri aku ni.

Terpulang kepada dia nak buat apa duit itu,

Beli handbag LV,
Beli mini cooper cash,
Simpan sahaja dalam ASB,
Beli rumah lagi dan lagi,
Melancong ke Oversea,
Beli emas sampai lengan,
@ apa sahaja.

Sebab setiap tahun pun aku masih hadiahkan dia sebuah rumah sempena anniversary dan besday dia. 2 rumah untuk dia setiap tahun aku reservekan sebagai pengganti aku memusnahkan impian dia yang ingin bekerjaya selepas tamat belajar. Dalam masa yang sama, pasif income dia jugak setiap bulan

Tak perlu ikut cara aku 100% tapi ambil ilmu yang cuba aku sampaikan dan praktiskan dalam kehidupan rumah tangga korang.

*Gambar kenangan ketika kami masih bertiga sebelum muncul pihak keempat. Kami pernah hujan basah bersama ketika menunggang motorsikal suatu ketika dahulu dan isteri aku sanggup korbankan hanya aku sahaja yang memakai baju hujan ketika itu memandangkan hanya ada 1 baju hujan sahaja.

Hadiah Raya Untuk Mak

Dah lebih 7 tahun rasanya mak aku beraya dengan perabot lama. Sofa lama tu pembelian arwah abah aku. Dah terkoyak-koyak pun tapi mak masih setia menggunakannya. Dengan keadaan cat dinding yang usang menambahkan lagi suasana pilu bila melihatnya. Iyelah dengan pendapatan mak sekadar menoreh getah, mana mungkin dapat membeli perabot baru.

Kalau dulu mak sanggup gadaikan barang kemas nya sehingga habis untuk pembiayaan pelajaran aku, apa salahnya Raya kali ini aku berikan sedikit senyuman di wajah mak walaupun aku tahu aku tak mungkin dapat membalas segala pengorbanan mak pada kami adik beradik.
Dan, inilah hasilnya….

Rumah Mak Sebelum

Rumah Mak Selepas Diubahsuai

Sumber/Foto: FB Muhd Farid via Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer