Letih Berebut Lif, Usahawan Kosmetik Joy Revfa ‘Hijrah’ Ke Rumah Baru Banglo 7 Bilik

Share

Hijrah mempunyai pengertian yang pelbagai dan seharusnya ia membawa kearah perubahan yang lebih baik.Usahawan kosmetik Joy Revfa berkongsi khabar gembira bahawa dia kini dalam proses berhijrah atau berpindah ke kediaman baharu yang lebih selesa.

Perkara tersebut dikongsikan didalam Instagramnya baru-baru ini;

Menurut Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 31, berkata, biarpun tidak besar, namun dia boleh bercucuk tanam dan menghirup udara yang lebih bersih.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dan Arryan berpindah ke sini. Sekarang sibuk pemindahan masuk ke rumah baru. Rumah kami tak la besar macam istana orang lain tapi cukup untuk kami berdua rasa bahagia seperti sebuah istana.

“Lama kami berdua duduk di kondo yang berlif sebelum ni, letih dah berebut-rebut lif dengan orang lain. Sekarang baru ada kesempatan untuk beli rumah bertanah sendiri. Senang nak bercucuk tanam kat halaman rumah,” ujarnya.

7 Bilik & Tema Fairytale

Sementara itu Joy yang turut memuat naik foto kediaman itu memberitahu rumah berkenaan mempunyai tujuh bilik.Dia juga meminta khidmat ibunya untuk menghias rumah berkenaan dengan tema Fairytale.

“Rumah ini ada tujuh bilik, senang nak letak ‘adik-beradik’ Arryan yang lain nanti (haha jangan kena beranak ramai dah la lepas ni.)

“Al maklum pesakit asma macam saya kena dekat dengan pohon-pohon yang menyegarkan dan udara bersih. Rumah ini juga dekat dengan rumah kak long,” ujarnya.

Joy juga berharap penghijrahan itu bakal memberi kehidupan yang lebih baik buat dirinya.

Nama Joy Revfa menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei tahun lalu dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah. Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober 2017.

Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Joy Revfa, diatas perpindahan ke rumah baru ini yang ternyata lebih besar dan selesa. Alhamduillah, murah rezeki!

Sumber: mstar & Jov Revfa

Published by
Suhaidah Abd Wahab