joy revfa

Hijrah mempunyai pengertian yang pelbagai dan seharusnya ia membawa kearah perubahan yang lebih baik.Usahawan kosmetik Joy Revfa berkongsi khabar gembira bahawa dia kini dalam proses berhijrah atau berpindah ke kediaman baharu yang lebih selesa.

Perkara tersebut dikongsikan didalam Instagramnya baru-baru ini;

Menurut Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 31, berkata, biarpun tidak besar, namun dia boleh bercucuk tanam dan menghirup udara yang lebih bersih.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dan Arryan berpindah ke sini. Sekarang sibuk pemindahan masuk ke rumah baru. Rumah kami tak la besar macam istana orang lain tapi cukup untuk kami berdua rasa bahagia seperti sebuah istana.

“Lama kami berdua duduk di kondo yang berlif sebelum ni, letih dah berebut-rebut lif dengan orang lain. Sekarang baru ada kesempatan untuk beli rumah bertanah sendiri. Senang nak bercucuk tanam kat halaman rumah,” ujarnya.

Letih Berebut Lif, Usahawan Kosmetik Joy Revfa ‘Hijrah’ Ke Rumah Baru Banglo 7 Bilik

IKLAN

7 Bilik & Tema Fairytale

Sementara itu Joy yang turut memuat naik foto kediaman itu memberitahu rumah berkenaan mempunyai tujuh bilik.Dia juga meminta khidmat ibunya untuk menghias rumah berkenaan dengan tema Fairytale.

“Rumah ini ada tujuh bilik, senang nak letak ‘adik-beradik’ Arryan yang lain nanti (haha jangan kena beranak ramai dah la lepas ni.)

IKLAN

“Al maklum pesakit asma macam saya kena dekat dengan pohon-pohon yang menyegarkan dan udara bersih. Rumah ini juga dekat dengan rumah kak long,” ujarnya.

Joy juga berharap penghijrahan itu bakal memberi kehidupan yang lebih baik buat dirinya.

IKLAN
View this post on Instagram

Alhamdulillah, akhirnya saya & Arryan berHIJRAH kesini. Skrg busy pemindahan masuk ke rumah baru ? Rumah kami tak la besar mcm istana mcm orglain tapi cukup la utk kami berdua rasa bahagia seperti sebuah istana ☺️ . Lama dh kami berdua stay di condo yg berlif sebelum ni, letih dah berebut2 lif dgn orglain.. ? skrg baru ada kesempatan utk beli house landed sendiri. Senang nk bercucuk tanam kat halaman rumah. Rumah ni ada 7 bilik, senang nk letak ‘adik beradik’ Arryan yg lain nanti (haha jgn kena beranak ramai dah la lepas ni) ? Al maklum pesakit asthma mcm sisjoy ni kena dekat dgn pohon2 yg menyegarkan & udara bersih.. ? Lagipun sini dekat dgn rumah kaklong saya, jd dia boleh tengok2 kan jugak.. ☺️ . . Utk decoration rumah ni, Ibunda saya adalah org yg bertanggungjawab mendeco & menghias rumah ni indah seperti Fairytale ? ibu saya mmg pakar interior, hebat melukis dan pandai mendeco, saya nk dlm rumah ni semua seni & karya dari ibunda tercinta ? walaupun ibu stay di rumah lain tapi ibu selalu dtg jenguk kami disini.. terima kasih ibu.. ? . Doakan semoga HIJRAH kami berdua disini menjadikan kehidupan kami lebih baik & bahagia hingga ke syurga Allah swt.. amin! . Hari ni saya nk ucapkan juga Selamat Tahun Baru Islam, 1 Muharram 1440 Hijriah kepada semua kawan2 disini. Semoga kita semua mendapat Hidayah dan dimudahkan untuk ber HIJRAH menjadi lebih baik dari sebelum ini.. InshaALLAH, Amin.. ??

A post shared by Founder of MERVE Cosmetics (@joyrevfa) on

Nama Joy Revfa menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei tahun lalu dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah. Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober 2017.

Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Joy Revfa, diatas perpindahan ke rumah baru ini yang ternyata lebih besar dan selesa. Alhamduillah, murah rezeki!

Sumber: mstar & Jov Revfa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI