Mee Goreng Mamak memang ada penggemar dan resipinya yang tersendiri. Mee ini memang istimewa kerana rasanya yang tersendiri, disamping dicampur dengan bahan lain seperti cucur kucai, tahu goreng dan ubi kentang goreng. Rupanya Pes KACANG DAL lah yang membezakan rasa MEE GORENG Mamak dengan mee-mee yang lain.
Agak renyah nak buat MEE GORENG Mamak ni, namun memang berbaloi dan puas hati hasilnya nanti. Apatah lagi lebih jimat untuk makan sekeluarga malah terjamin kebersihannya.
Boleh cuba resipi MEE GORENG Mamak yang dikongsikan oleh Adnan Bin Mat Abu. Resipi yang sering mendapat tempahan pelanggan dan dibuat niaga.
Jom kita sama-sama masak MEE GORENG MAMAK. Resepi ada kat gambar.
Bahan-Bahan Di Perlukan:
(Penyediaan pes)
Kacang dal
kacang tanah (tak perlu rendam)
cili kering
udang geragau
Bahan Lain:
5 ulas bawang putih
hirisan daging ayam
fishcake dan fishball
Udang kertas
4 biji telur
4 sudu sos cili
2 sudu kicap pekat
Garam & Ajinomoto
Sawi
4 bungkus Mee Kuning
Bahan Goreng:
*Cucur Udang Kucai
Tahu goreng
Fishcake goreng
Ubi kentang
Resipi *Cucur Udang Kucai
2 cawan tepung gandum dicampur dengan 1/2 paket mauripan, sesudu gula, sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit. Bancuh dengan air paip je. Rehatkan selama setengah jam. Bila nak digoreng baru dicampur dengan kucai dan taugeh. Boleh juga letak hirisan udang segar.
Cara Membuat:
1. Goreng semua bahan-bahan pes, kemudian semuanya dikisar bersama dengan air.
2. Panaskan minyak dan masak semua bahan dikisar hingga naik minyak. Jangan lupa isi garam ya.
3. Tumbuk bawang putih dan tumis. Bila dah kekuningan masukkan hirisan daging ayam, fishcake dan fishball.
4.Bila ayam dah masak, masukkan udang kertas yang dah dikisar. Masak seketika baru dimasukkan telur.
5.Jangan kacau biar telur mengeras seketika baru dikacau. Masukkan sos cili dan kicap pekat. Perasakan dengan garam dan aji.
6.Masukkan batang sawi yang dah dipotong.
7.Bila batang sawi dah layu masukkan mee, daun sawi dan PES KACANG TANAH dan KACANG DAL. Gaul rata.
8.Masukkan *cucur udang kucai, tahu goreng, fishcake goreng dan ubi kentang goreng dipotong kecil.
9.Gaul rata. Tuang kicap lemak manis dan cuka makan mengikut citarasa masing-masing.
Ads
10.Akhir sekali masukkan taugeh. Gaul seketika dan tutup api.
11.Siap dah sekawah mee goreng mamak versi Abah.
12.Hidangkan dgn hirisan cili besar, limau kasturi dan bawang goreng.
13.Alhamdulillah… masih ada yang sudi menempah.
Info Ekstra!
4 bungkus mee boleh dapat 30 bekas.
Kacang dal yang membezakan rasa mee mamak dengan mee-mee yang lain.
Mingguan Wanita : Sedapnya Mee Goreng Mamak ni, boleh buat sendiri di rumah lebih puas hati dan terjamin kebersihannya.Pastikan letak pes kacang dal, barulah membezakan rasa MEE GORENG Mamak dengan mee yang lain.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
DANGAI Kukus Sedap Lembut, Guna 4 Bahan Pakai Acuan Lompang! Bagi peminat kuih-kuih lama tradisional, kuih Dangai ni antara kegemaran ramai. Selalu disediakan sewaktu kenduri kendara, majlis perkahwinan dan sebagainya. Rupanya mudah sahaja nak buat kuih Dangai ni. Hanya guna 4 bahan.
Namun jika selalu kuih dangai ini dibakar, rupanya ia juga boleh dikukus. Malah lebih sedap dan lembut. Pertama kali buat pun boleh jadi. Boleh buat makan sendiri untuk keluarga mahupun untuk jualan.
Cuba resipi Dangai Kukus yang dikongsikan oleh Puan Anie Japri ini sebagai panduan;
Bahan-Bahan:
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut
Sedikit garam
Gula merah @ gula melaka secukupnya
Cara Membuat:
1. Gaul sebati kelapa parut, tepung pulut dan garam.
2. Sediakan acuan lompang (acuan tak perlu sapu minyak)
3. Sudukan adunan tepung tadi dalam acuan, tekan tengah dan masukkan gula merah @ gula melaka ditengah.
4. Sediakan periuk kukus, masukkan daun pandan dalam air kukusan untuk aroma.
Mingguan Wanita:Boleh cuba buat sendiri kuih Dangai, kuih lama & tradisional ni. Mudah rupanya nak buat sendiri guna 4 bahan je. Jika selalu kita makan yang dibakar, boleh cuba yang kukus pula.Memang sedap elok lembut.
Kebiasaan yang mak-mak buat bila roti yang dibeli tamat tempoh dengan membuat puding roti. Tak adalah rasa ralat atau membazir, dibuang begitu saja. Masih ada cara untuk elak daripada ia dibuang kerana tamat tempoh.
Sebenarnya, ada macam-macam cara yang mak boleh buat dengan roti yang tamat tempoh. Salah satunya adalah puding roti. Anak-anak pun mesti laju bila makan.
Satu perkara yang sering menjadi igauan buat mak-mak, bila masa untuk tukarkan loyang puding ke dalam bekas lain. Silap cara boleh ‘hancur’ dan tidak cantik ‘kejadiannya’.
Jadi, salah satu tip yang dikongsikan oleh Merysona Edrson agar puding roti ‘menjadi’ adalah dengan basahkan loyang dengan air. Mungkin ada sesetengah mak-mak yang tidak tahu tip ini.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bosan rasanya dah berhari-hari makan hidangan berasaskan daging dan ayam. Jemu rasa makan rendang kan? Ha.. Jom kita beralih pada hidangan tradisi pula. Tak ada istilah bosan memakan masakan tradisi biarpun pelbagai hidangan viral bertukar ganti dan menjadi ikutan ramai.
Kalau ada stok udang di dalam peti sejuk, bolehlah cuba masak udang tumis tempoyak atau asam rebus keladi udang ini. Peh..mesti terangkat.
Bosan Makan Rendang, Kita Masak Ni Pula!
UDANG TUMIS TEMPOYAK
Bahan-Bahan:
500 gram udang saiz XL | buang kepala
2 sudu makan tempoyak
1 helai daun kunyit | mayang halus
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
Bahan Kisar:
20 batang cili padi
2 cm kunyit hidup
6 biji bawang merah
Cara Memasak:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan udang dan kacau rata.
Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan tempoyak yang dibacuh dengan sedikit air.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah pekat dan timbul minyak. Masukkan hirisan daun kunyit.
Tutup api dan udang sedia dihidangkan.
Anda juga boleh gaulkan bahan kisar dengan tempoyak dan tumis sekali. Udang digoreng dahulu berasingan. Selamat mencuba!
ASAM REBUS BATANG KELADI & UDANG
Bahan-Bahan:
2 batang keladi | buang kulit ari dan potong 3-4 cm
4-5 ekor udang
3-4 keping asam gelugur
2 batang serai | titik
3-4 pucuk daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bahan Kisar:
10 batang cili padi
2 batang cili merah
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci hirisan halia
3 cm kunyit hidup
Cara Memasak:
Panaskan air dalam periuk, setelah air mendidih masukkan batang keladi dan celur seketika.
Selepas 2-3 minit angkat dan tos airnya.
Dalam periuk lain, masukkan air lebih kurang dua cawan kemudian campurkan dengan bahan kisar.
Kacau rata, renehkan di atas dapur. Setelah mendidih masukkan asam keping, serai titik dan daun kesum.
Seterusnya masukkan batang keladi yang telah dicelur tadi bersama udang.
Setelah udang bertukar warna kemerahan, perasakan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup masak, tutup api.
Asam rebus batang keladi sedia dihidangkan bersama nasi putih panas. Hidangan ini juga lebih menyihatkan kerana tidak mengandungi minyak dan santan. Tak rasa bosan menikmatinya.