Letak Majerin Dalam Adunan, LEMPENG KELAPA Elok Tak Melekat Di Kuali

Share

Lempeng memang hidangan tradisi ramai yang suka makan.Lebih-lebih lagi kalau ada lebihan kuah kari, asam pedas atau sardin, rasanya memang ‘ngam’ dan boleh makan bertambah-tambah.

Namun walaupun bahan-bahan nak buat lempeng ni mudah, kalau tak tahu cara yang betul, adunannya mudah melekat di kuali jika tak disapu minyak terlebih dahulu. Malah jika tak pandai sukatan pekat dan cair adunan ini, itu yang membuatkan lempeng ni keras, dan tak membulat cantik.

Nak dapatkan tekstur lempeng yang lembut, sedap, cantik membulat dan tak melekat di kuali rupanya kena tambahkan sedikit marjerin.

Tip dan resipi ini dikongsikan oleh Puan Misza Manap sebagai rujukan;

“Alhamdulillah arini buat lagi lempeng kelapa + sambal sardin. Fav anak-anak.Mintak maaf sangat-sangat sebab lambat edit resepi. Sis seller barangan online. Dari rumah je jadi busy pack dan pos parcel.”

Bahan-Bahan:

3 cawan Tepung gandum
1 biji Telur gred B
1 senduk Kelapa parut
sesudu kecil Garam
2 sudu Marjerin pelangi
Air (cair dia macam buat kueh ketayap/gulung)

Cara Membuat:

Campur semua bahan-bahan, kacau sampai sebati. Ambil bancuhan adunan dan letakkan atas kuali, biarkan sampai masak guna api perlahan.

Info Ekstra!

  • Kalau dah letak marjerin sis tak sapu minyak dekat kuali, memang tak melekat.
  • Sis guna pan kecil je dan guna api paling slow. Takde rahsia lain.

Baca Lagi Di Sini:
Resipi Lempeng Kampung. Tip Penting, TAPIS Dengan Penapis Teh, Baru Tak Pekat Likat
Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!

MW: Jadi bila nak buat lempeng, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Jangan lupa tambahkan sedikit marjerin, jadi adunannya elok tak melekat dekat kuali tak perlu sapu minyak.

Sumber: Misza Manap

Published by
Suhaidah Abd Wahab