Letak Kacang Hijau Satu Lapisan, Bergelap Bawah Sinki, TAUGEH Bercambah Elok!

Share

Taugeh memang sedap dicampur dalam mee goreng, buat masak lemak putih atau ditumis begitu sahaja. Jika nak tuai taugeh segar dan buat aktiviti dengan anak-anak, boleh cuba tip ini. Guna besen biasa je tak perlu berlubang, biarkan bergelap bawah sinki, elok taugehnya bercambah. Namun penting letak kacang hijau satu lapisan sahaja tak perlu banyak-banyak.

Cara ini memang mudah, tiga hari semai dah boleh tuai hasilnya. Malah taugehnya juga rangup,segar, manis, serta tahan lebih lama. Jimat lah sikit bahan dapur. Paling penting bebas bahan pengawet serta baja kimia.

Boleh cuba semai sendiri taugeh di rumah ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Maz Abdullah ini. Katanya dah bertahun-tahun buat taugeh untuk kegunaan sendiri.

Hasil bergelap bawah sinki 2 malam, dahh biasa sangat duk buat togeh ni. Guna 1 besen biasa je, tak perlu yang ada lubang. Alhamdulillah cambah elok.

Bahan Diperlukan:

Besen
Kacang hijau
Air secukupnya
Tisu dapur

Cara Membuat:

1. Rendam kacang hijau dulu semlman (masa rendam yang ni guna air banyak sebab nak bagi kacang hijau kembang), esok pagi dh bleh start peram.

2. Toskan kacang hijau, mula-mula letak tisu dapur dulu dalam besen.

3. Kemudian letak kacang dan air biar tenggelam biji kacang.

4. Jangan letak banyak kacang, nanti tak cukup ruang untuk bercambah. Letak kacang tu 1 lapis je.

5. Selepas itu tutup besen tadi dengan tudung periuk atau apa-apa yang tak dapat masuk cahaya dan letak tempat gelap. Ni saya letak dalam kabinet dapur.

 

Info Ekstra!

  • Taugeh ni saya tuai lewat petang hari ke-3 setelah 2 malam bergelap.
  • 1 kali sehari je check ya dan tambah air cukup sekadar akar basah/paras biji kacang. Jangan tambah banyak air dan jangan buka selalu nanti taugeh tak nak cambah.

Rasa taugeh ni sama macam yang kedai punya, rangup, tahan lama dalam peti dan saya takde letak apa-apa ubat ya. Kawan-kawan FB yang kenal saya tahu la sebab dah bertahun-tahun saya buat taugeh ni untuk guna sendri.

Semoga bermanfaat bersama. Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Antara Khasiat Makan Taugeh Selalu, Boleh Bantu Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri!

Tanam Taugeh ‘Gemuk’ Kaedah Penapis Dan Hempap, Hari Ke 4 Boleh Makan Hasil

Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tanam taugeh sendiri di rumah ikut cara yang diajar ini.Dalam banyak-banyak cara yang tanam taugeh yang pernah dikongsikan, ini antara yang paling mudah! 3 hari dah boleh tuai hasilnya, tak perlu guna penapis pun. Jimatlah sikit duit belanja dapur nanti.

Sumber: Maz Abdullah

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab