Taugeh memang sedap dicampur dalam mee goreng, buat masak lemak putih atau ditumis begitu sahaja. Jika nak tuai taugeh segar dan buat aktiviti dengan anak-anak, boleh cuba tip ini. Guna besen biasa je tak perlu berlubang, biarkan bergelap bawah sinki, elok taugehnya bercambah. Namun penting letak kacang hijau satu lapisan sahaja tak perlu banyak-banyak.
Cara ini memang mudah, tiga hari semai dah boleh tuai hasilnya. Malah taugehnya juga rangup,segar, manis, serta tahan lebih lama. Jimat lah sikit bahan dapur. Paling penting bebas bahan pengawet serta baja kimia.
Boleh cuba semai sendiri taugeh di rumah ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Maz Abdullah ini. Katanya dah bertahun-tahun buat taugeh untuk kegunaan sendiri.
Hasil bergelap bawah sinki 2 malam, dahh biasa sangat duk buat togeh ni. Guna 1 besen biasa je, tak perlu yang ada lubang. Alhamdulillah cambah elok.
Bahan Diperlukan:
Besen
Kacang hijau
Air secukupnya
Tisu dapur
Cara Membuat:
1. Rendam kacang hijau dulu semlman (masa rendam yang ni guna air banyak sebab nak bagi kacang hijau kembang), esok pagi dh bleh start peram.
3. Kemudian letak kacang dan air biar tenggelam biji kacang.
4. Jangan letak banyak kacang, nanti tak cukup ruang untuk bercambah. Letak kacang tu 1 lapis je.
5. Selepas itu tutup besen tadi dengan tudung periuk atau apa-apa yang tak dapat masuk cahaya dan letak tempat gelap. Ni saya letak dalam kabinet dapur.
Ads
Info Ekstra!
Taugeh ni saya tuai lewat petang hari ke-3 setelah 2 malam bergelap.
1 kali sehari je check ya dan tambah air cukup sekadar akar basah/paras biji kacang. Jangan tambah banyak air dan jangan buka selalu nanti taugeh tak nak cambah.
Rasa taugeh ni sama macam yang kedai punya, rangup, tahan lama dalam peti dan saya takde letak apa-apa ubat ya. Kawan-kawan FB yang kenal saya tahu la sebab dah bertahun-tahun saya buat taugeh ni untuk guna sendri.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tanam taugeh sendiri di rumah ikut cara yang diajar ini.Dalam banyak-banyak cara yang tanam taugeh yang pernah dikongsikan, ini antara yang paling mudah! 3 hari dah boleh tuai hasilnya, tak perlu guna penapis pun. Jimatlah sikit duit belanja dapur nanti.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Buat mak-mak yang selalu memasak di dapur, memang lebih memudahkan kerja bila sediakan siap-siap cili dan bawang kisar. Waktu memasak pun jadi lebih cepat bila ramuan penting ni dah tersedia dalam peti sejuk.Namun nak buat cili, bawang merah dan bawang putih kisar ni pun ada caranya yang betul. Barulah tahan lama, tak mudah rosak, masam atau berkulat.
Jika ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini cili kisar boleh tahan hingga sebulan manakala bawang merah dan bawah putih pula satu hingga dua minggu.
Berikut perkongsian tersebut sebagai rujukan;
“Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar dan bawang kisar agar tahan lebih lama. Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee, goreng bihun dan goreng kue tiau tinggal cedok jer. Stok untuk seminggu. Dah masuk bulan puasa ni, senang buat stok macam ni.”
Bahan-Bahan Diperlukan (Cili Kisar):
100 gm cili kering
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih ( 8 atau 9 ulas)
1 sudu besar garam
Cara Membuat:
1. Gunting cili kering lebih kurang 1 inci dan masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
3. Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar.Bila telah mendidih, tutup api.
4. Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
4. Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender bersama dengan bawang besar dan bawang putih.Blender menggunakan air tapis.
5. Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.
*Boleh tahan hingga SEBULAN cili kisar tersebut.
Bahan-Bahan Diperlukan (Bawang Merah Kisar):
6 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
Minyak masak
Sesudu garam
Cara Membuat:
1. Kupas bawang , cuci , keringkan dan hiris kecil.
2. Blender bawang bersama minyak masak.Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
3. Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
4. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
5. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
*Boleh tahan SEMINGGU atau 2 MINGGU Bawang Merah kisar tersebut.
Bahan-Bahan Diperlukan (Bawang Putih Kisar):
5 labu bawang putih
Minyak masak
Sesudu garam
Cara Membuat:
1. Kupas bawang, cuci,keringkan dan hiris kecil.
2. Blender bawang bersama minyak masak.Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
3.Jika bilangan bawang penuh satu blender , gunakan minyak anggaran setengah blender.
4. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
5. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
*Boleh tahan SEMINGGU atau 2 MINGGU Bawang Putih kisar tersebut.
Info Ekstra!
Pastikan guna sudu yang bersih dan kering ketika mencedok cili atau bawang kisar tersebut.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cili, bawang putih atau bawang merah kisar yang dibuat tu tahan lama, tak mudah rosak atau berkulat boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Beberapa hari saja lagi, Aidilfitri bakal menjelang tiba. Bagi mak ayah, cuti sekolah yang sudah pun bermula memudahkan mereka mengatur cuti untuk pulang beraya. Bahkan ada yang sudah pun berada di kampung dengan mengambil cuti seminggu lebih awal, selaras dengan cuti persekolahan anak-anak.
Ada sebab tu. Apa lagi kalau tak sebab nak menggelakkan kesesakan lalu lintas bila semua orang berpusu-pusu balik kampung nanti. Saya turut merasai pengalaman pulang beraya dalam kesesakan bila tiba giliran beraya di sebelah keluarga saya di Terengganu.
Sebaik memasuki lebuh raya, sudah terasa bahang beraya. Silap percaturan, memang berdepan dengan kesesakan yang teruk. Pernah terpaksa berbuka berlapikkan tikar di tepi jalan di hentian rehat. Mana taknya, hentian rehat penuh sesak dan tempat duduk untuk makan pun dah penuh.
Nasib baik ‘stand by’ tikar, bolehlah piknik di tepi jalan. Seronok tau! Sebab itu, sangat penting untuk mengatur perjalanan.
Memandangkan saya tidak ada anak kecil, lagi mudah untuk saya, suami dan anak bujang untuk bertolak pada bila-bila masa yang kami mahu. Suami lebih suka bertolak sebelum subuh dan akan berhenti solat serta sahur di mana-mana perhentian atau stesen minyak.
Ketika itu biasanya jalan raya tidak begitu sesak. Tapi ikut nasib juga lah. Cuma tahun ini saya tak ‘merasa’ menempuh jem yang teruk kerana akan beraya di Selangor di sebelah suami.
Pelbagai Jenis Juadah
Hari raya seolah-olah tiada seri tanpa hidangan hari raya. Selain itu, sudah tentu kehadiran aneka jenis kuih raya mencuri tumpuan. Ada orang yang lebih suka biskut tradisi dan ada pula yang mengikut trend.
Tahun ini biskut bertemakan haiwan viral seperti biskut ulat bulu. Untuk saya? Tetap kuih tradisi seperti semperit dan biskut Arab. Terus terang, saya memang penggemar biskut raya. Kalau ke rumah saudara mara dan rakan taulan, meja kuih raya dahulu saya akan terjah, bukan meja hidangan utama.
Tapi saya tak suka yang berinti. Jadi tart takkan termasuk dalam senarai untuk saya cuba. Di rumah, saya tidaklah beli terlalu banyak kuih raya sebaliknya lebih gemar membeli aneka kerepek. Tapi biskut raya yang saya beli itu adalah yang saya suka. Jadi, saya yang akan habiskan di penghujung Syawal nanti jika masih berbaki. Suami dan anak?
Hmm..mereka tak pandang pun! Apa pun, dalam menyambut Ramadan nanti, berbelanjalah dengan bijak. Sampai selepas raya nanti ada yang tak cukup belanja. Duit raya pun beri sekadar mampu. Yang penting ikhlas dan kita ingin meraikan kanak-kanak yang datang beraya nanti. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin. Jangan lupa puasa sunat Syawal ye!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak boleh tanam sayur bayam sendiri di rumah, tak perlu ada kawasan tanah pun. Iaitu dengan dengan teknik tanam bayam hidroponik menggunakan tapis. Hasilnya sangat puas hati dan memuaskan. Tak perlu lagi beli sayur-sayuran di pasar. Tanam di rumah boleh makan banyak-banyak, bebas racun seragga, jimat dan berkhasiat. Malah sayur bayam pun nutrisinya kaya dengan zat besi untuk menambah darah.
Cara tanam sangat mudah. Boleh ikut dalam gambar dibawah.Selamat bercucuk tanam.
2.Pastikan penapis aquarium ni memanjang turun untuk menyerap air dari baldi.
3.Gunakan penapis aquarium (ada jual kat kedai barang memancing dan kedai jual ikan) jumlah yang nak dipakai tengok besar mana size tapis.
4.Potong lebihan penapis aquarium mengikut bentuk bekas tapis.
5.Masukkan cocopeat atau serbuk sabut kelapa6.Siram cocopeat cukup-cukup lembab tak payah basah sangat.
7.Tabur benih bayam.
8.Benih bayam mula bercambah.
9.Hasilnya.
Info Ekstra!
Selain daun bayam, kangkung juga boleh boleh ditanam menggunakan teknik ini.
MW: Wah seronoknya tanam sayur-sayuran sendiri di rumah. Tak rugi berbudi pada tanah, hasilnya nanti lebih puas hati, jimat dan lebih organik tanpa ada campuran racun mahupun baja kimia.Selamat Mencuba!
Sumber: Ku Niezam Shutter Tharde
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.