Tomyam antara menu kegemaran keluarga. Rasa masam, pekat, pedas secukup rasa. Jika selalu kita beli je pes tomyam, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Lebih puas hati, jimat, sedap, bersih dan terjamin status halalnya. Ikut sukatan ini, boleh dapat 3 botol kecil. Rahsia untuk dapatkan warna pes tomyam yang cantik ialah menggunakan gula kabung dan rasa pes ini akan lebih sedap apabila ditambah sedikit udang kering.
Buat siap nanti senang nak masak. Sesuai untuk;
Tomyam seafood dan ayam
Nasi goreng tomyam
Macaroni tomyam
Dan semua jenis masakkan yang menggunakan pes tomyam
4 senduk cili kering kisar
1 senduk minyak masak
1 keping gula kabung
4 sudu makan sos ikan
3 sudu makan asam jawa
1/2 cawan kecil air
3 biji bawang besar
12 ulas bawang putih
5 inci lengkuas
3 inci belacan
12 batang serai
15 helai daun limau purut – buang uratnya
1. Satukan semua bahan-bahan kisar dan kisar halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumis cili kisar terlebih dahulu.
3. Masukkan bahan kisar tadi. Tambahkan juga gula kabung, sos ikan, asam jawa dan air.
4. Gaul semua bahan hingga sebati dan masak menggunakan api perlahan selama 45 minit hingga 1 jam sehingga pes pecah minyak.
5. Bila sudah siap, sejukkan pes tomyam dan masukkan ke dalam botol.
6. Simpan pes tomyam di dalam peti sejuk dan bolehlah digunakan dalam masakan harian anda.
7. Nak masak tomyam guna pes ini mudah sahaja. Hanya perlu tambahkan isi ayam, makanan laut dan sayuran. Jangan lupa masukkan serai, lengkuas, daun ketumbar, perahan limau nipis dan daun limau purut untuk rasa lebih enak dan beraroma.
Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Masak TOMYAM Selalu Rasa Kurang, Letak KETUMBAR JAWA Bertambah Sedap!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Rahsia Kuah Tomyam Sedap! Pedas, Masam & Pekat Rasa Sama Macam Makan Dekat Restoran Thailand
Artikel Menarik:Pes TOMYAM Homemade Sedap, Halal Tanpa Ragu-Ragu Sesuai Juga Untuk Masakan Bergoreng!
Mingguan Wanita: Puas hati bila buat sendiri pes tomyam ni di rumah. Bila nak masak dah senang. Lebih jimat, terjamin halal dan bersih bila buat sendiri.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.