Letak Asam Keping Jer, Tauge Mampu Kekal Segar Sampai Tiga Hari

Share

Sayuran memang antara barang basah yang sukar disimpan lama, tak kiralah sayuran hijau waima tauge sekali pun. Ada segelintir wanita memang perangainya setiap kali masuk pasaraya atau pasar tani, memang ralit membeli aneka sayur.

Sudahnya pening bila mahu memasak sayur, nak disimpan risau pula hilang kesegarannya. Tauge kalau disimpan lama-lama mulalah hilang segar. Norhaniza Kamaruddin ada caranya untuk menyimpan tauge agar kekal segar walaupun sudah memasuki tiga hari.

Ikuti perkongsiannya, Norhaniza Kamaruddin :

Selalunya kalau kita membeli tauge, kemudian disimpan di dalam peti ais lebih daripada dua hari, mesti tauge akan bertukar warna sama ada menjadi warna perang atau kehitam-hitaman kan???

Jadi, saya share petua yang saya amalkan. Caranya cukup mudah iaitu dengan hanya meletakkan sekeping asam keping di dalam bekas tauge yang direndam.

Biarkan dan letak bekas tadi di dalam peti ais. Pastikan tauge dalam keadaan terendam. Insyallah tauge akan nampak segar, seolah-olah baru baru dibeli. Paling penting ia masih rangup.

Hasilnya Menjadi

Mula-mula dahulu memang tak percaya tetapi apabila sudah tengok sendiri hasilnya. Barulah saya berani share…


Jika anda semua sudah sedia maklum dengan petua ini, saya minta maaf ya. Bimbang dan mungkin saya ketinggalan.


.


.


MW: Semoga perkongsian ini dapat membantu serta memudahkan tugas mak-mak di dapur. Tauge antara sayuran yang mudah dimasak dan sedap dimakan. Tidak kiralah sama ada dimasak lemak atau digoreng begitu sahaja.

Sumber: Norhaniza Kamaruddin

Published by
Nur Syazwani Mehat