Lesung pipit, tak semua orang memilikinya dan baik lelaki atau perempuan yang ada ini memang kelihatan kacak dan cantik.
Bila seseorang tersenyum, akan menampakkan lekukan pada pipi. Itulah tarikan pada pemilik si lesung pipit. Dikatakan ia adalah kecacatan genetik yang sangat disukai dan diterima orang ramai.
Tidak hairanlah, ada yang sanggup buat dan cipta lesung pipit itu demi untuk kelihatan cantik. Kena ingat, mengubah atau cipta itu adalah haram. Seperti ang dikongsikan oleh Mohammad Yaakub Yusra ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila CICAK Banyak Di Rumah, Ada Kaitan Dengan ‘Ruqyah’, Hati-Hati!
SUNNAH Tutup Bekas Minuman Walaupun Dengan Sebatang SUDU, Jangan Biarkan Terdedah
Info Lebih Menarik DI SINI
Haram Lesung Pipit
Lesung pipit adalah 1 kecacatan otot oleh variasi struktur otot muka yang dikenali sebagai zygomaticus major terbelah dua.
Ada manusia yang sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit hanya semata nak dapatkan lesung pipit. Fatwa PENGHARAMAN buat lesung pipit palsu telah dikeluarkan oleh majlis fatwa wilayah persekutuan pada 16 julai 2020.
Fatwa ini disebabkan mengubahsuai ciptaanNya serta terdapat unsur penipuan terhadap kecantikan wajah yang bukan asli.
Bahkan, pembedahan lesung pipit (dimpleplasty) melibatkan kos yang tinggi serta terdapat implikasi bahaya seperti merosakkan otot pipi.
Rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaanNya hanya boleh diterima pada situasi keperluan mendesak dan bukan semata-mata untuk kecantikan (tahsiniyyah).
Cacat ni benda yang pada kita manusia memang rasa benda yang tak seronok dan tak mahu. tetapi benarlah Allah jua sebaik baik perancang.
Untuk makluman, hanya 20% dari populasi manusia ada kecacatan ini.
Fakta Lesung Pipit
Lesung pipit terjadi disebabkan oleh faktor keturunan. Ia memerlukan gen dominan untuk diturunkan kepada generasi seterusnya.
Jika ibu bapa memiliki lesung pipit, maka potensi untuk anak-anak memilikinya juga tinggi iaitu antara 50 hingga 100 peratus.
Jika salah seorang daripada ibu bapa sahaja yang memilikinya, maka potensi untuk diwarisi hanya sebanyak 25 hingga 50 peratus sahaja.
Ada juga individu yang memiliki lesung pipit walaupun ibu bapa mereka tidak memilikinya. Ia terjadi disebabkan oleh faktor ‘Gen Skip‘ generasi. Ini kerana banyak gen yang tidak diwarisi dari sesuatu generasi ke generasi yang lain. Sebaliknya, ia berlaku secara berselang-seli. Jika keadaan ini terjadi, bermakna keturunan anda dulu ada memiliki lesung pipit.
Kelebihan Si Pipi Lekuk
Berikut adalah 5 fakta dan kelebihan lesung pipit yang menarik untuk anda tahu.
1. HANYA 20% MANUSIA YANG MEMILIKINYA
Seperti statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit. Ia sebenarnya adalah satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui ramai. Jadi, anda bukan saja salah satu daripada mereka yang amat bertuah, tetapi juga sangat unik!
2. RAMAI YANG TERTARIK DENGANNYA
Tak kiralah bagaimana rupa atau ‘mood’ anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa. Ini sudah cukup kelihatan asli dan berhasil ‘mengaburi’ mereka yang memandang anda. Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang.
3. ANDA KELIHATAN LEBIH MUDA
Orang yang memilikinya inu nampak ‘baby face’ sangat! Saintis sendiri mengakui bahawa kelebihan lesung pipit ini menjadikan seseorang kelihatan muda walaupun semakin berusia.
Secara tidak langsung, bahagian otak kita secara automatiknya akan menerima maklumat ini dan memainkan peranan untuk memberitahu kita maklumat ini setiap kali memandang lesung pipit seseorang.
4. ANDA MENYEBARKAN AURA KECERIAAN
Setiap kali anda tersenyum, orang sekeliling turut terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan oleh anda. Malah, ada orang yang melihat anda akan rasa seperti ‘ditusuk’ terus hingga ke jantung.
5. RAMAI SELEBRITI MENJADI LEBIH POPULAR KERANANYA
Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memilikinya. Walaupun kebanyakan daripada mereka memilikinya secara semulajadi, ada juga yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini. Bagi yang belum tahu, mesin untuk mencipta lesung pipit ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1936.
Hebat bukan penangan lesung pipit ini?
Mingguan Wanita : Lepas ni cuba tengok di cermin, ada tak lekukak pada pipi tu. Kalau ada, anda termasuk dalam golongan cacat yang cantik dan unik. Beruntunglah!
Sumber: Mohammad Yaakub Yusra & Sirap Limau
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alhamdulillah.. sudah semakin ramai di kalangan wanita bertudung yang terbuka hati untuk berpurdah. Sayangnya berapa ramai yang faham apabila keputusan berpurdah mahupun berniqab itu telah diambil, ada perkara yang perlu mereka lepaskan.
Maka itulah, berpurdah ini pun perlu dihayati dan difahami cara pemakaiannya. Jangan semata berpurdah, tetapi wajah masih memantis kening, mata masih bercelak tebal.
Ada garis panduan yang perlu wanita fahami. Agar pemakaian purdah bukan sekadar ikut trend. Sebaliknya, berpurdah agar tidak mendatangkan fitnah pada agama Islam itu sendiri.
Ustaz Farid Rashidi berkongsi pesanan pada wanita di luar sana yang mengenakan purdah.
Wanita Berpurdah.. Fahamilah..
Kalau nak berpurdah, pakailah betul-betul. Jangan datangkan fitnah pada agama.
Minta maaf cakap, ini tak dah elok berniqab tapi sakan bertabarruj. Dengan eyeliner terangnya, bulu mata palsu, eyeshadow gaya smokey eyes, contact lens bewarna, jubah fit ikut cutting badan. Lepas itu kuku pula calit pewarna berwarna-warni.
Aduhai.
Tak Segan Siku Bergedik Menari Di Media Sosial
Itu belum cerita pasal bergedik menari di media sosial. Bergelak tawa bagai nak rak. Semua itu boleh mengundang fitnah dan mata lelaki yang memandang.
Astaghfirullahal Azim.
Bukan nak kecam, cuma nasihatkan. Jangan kerana segelintir yang begitu, habis niqabis lain terpalit sama. Sedangkan mereka ikhlas berniqab dan menjaga aurat. Apapun, semoga anda yang berniqab sedang membaca tulisan ni tak begitu ya.
#UFR
Mingguan Wanita : Hadamkan apa ustaz tegur itu. Jangan kerana setitik nila, habis rosak susu sebelanga.
Sumber/Foto : Ustaz Farid Rashidi , Faruk Tokluoglu
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sesetengah rumah atau premis perniagaan atau tempat kerja, ada yang menggantung ayat Al Quran pada bahagian dinding. Bila terpandang, tergerak hati sama membaca apa yang tertulis tu.
Persoalannya boleh ke tidak gantung ayat Al Quran dekat bahagian dinding terutama rumah-rumah kita tu? Ustaz Azhar Idrus menjelaskan huraiannya dalam akaun instagramnya.
Gantung Ayat Quran Pada Dinding Rumah
SOALAN :
Adakah harus menggantung ayat-ayat atau surah-surah tertentu dari Al-Quran pada dinding rumah?
JAWAPAN :
Meletakkan ayat-ayat atau surah-surah dari Al-Quran pada dinding rumah seperti yang dapat dilihat dilakukan oleh masyarakat Islam sekarang ada perselisihan ulamak padanya.
Setengah ulamak mengharuskannya dengan syarat memeliharanya dan memuliakannya manakala setengah ulamak memakruhkannya.
Tersebut pada Kitab Al-Fatawa Al-Hindiyah : “ولو كتب القرآن على الحيطان والجدران بعضهم قالوا: يرجى أن يجوز، وبعضهم كرهوا ذلك مخافة السقوط تحت أقدام الناس”
Artinya : “Dan jikalau ditulis akan Al-Quran di atas dinding dan tembuk maka berkata setengah ulamak : Diharapkan bahawa hukumnya adalah harus manakala setengah mereka itu memakruhkan yang demikian itu kerana khuatir jatuh ia pada kaki-kaki manusia.” ( jilid 5 m.s. 323)
Dan tersebut pada himpunan Fatwa Negeri Oman :
تجوز كتابة الآيات القرآنية على الجدران أو نقشها عليها أو تعليقها على شكل مناظر، ولكن الواجب أن تُعظَّم وتُحترم، وتُصان عن العبث أو الامتهان، وعدم رميها مع القمامة بعد تلفها، لقوله عز وجل: (ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ) الحج/32.
Artinya : “Harus menulis ayat-ayat Quran atas dinding atau memahatnya atasnya atau gantungnya sebagai tatapan awam akan tetapi yang wajib bahawa memuliakannya dan menghurmatinya. Dan juga dipelihara dari disia-siakannya atau direndah-rendahkannya.
Dan wajib bahawa tiada diletakkan bersama benda yang kotor kemudian dari rosakya.” Ini adalah kerana firman Allah Taala :
ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
Artinya : “Yang demikian itu maka barang siapa yang memuliakan akan syiar-syiar Allah maka sungguhnya ia adalah tanda hati yang taqwa.” (Al-Haj : 32)
Wallahua’lam
MW : Faham kan mak ayah, jika kita berniat mahu memuliakan dan menghormati ayat Al Quran itu sendiri. Letakkan lah ia pada kedudukan yang tinggi dan kukuh. Janganlah letak pada dinding dekat-dekat bahagian tandas pulak.. itu pun dah kira tak menghormati.
Sumber/Foto : uaioriginal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ya Allah sebaknya tengok video perkongsian dalam Instagram Pencetus Ummah Amin. Video yang mengajak kita PANGGIL Allah. Beliau mengajak followernya mengambil masa sekejap bersamanya menghayati rintihan seorang pendakwah dalam video tersebut.
“Puas kita dengan dunia, segala nikmat kita dah rasa, kenyang dah kita tapi macam mana hubungan kita dengan Allah. Allah terima kita ke? Saya mohon sahabat ambil masa sekejap je tengok.
“Saya ulang banyak kali tetap mengalir air mata. Waktu tahajud PANGGIL Allah, sembang dengan Allah, merayu dengan Allah. Aku nak macam-macam Ya Allah tapi aku jauh ya Allah. Ya Allah, ampunkan dosa kami ya Allah,”kongsi beliau.
Baca sini
https://www.mingguanwanita.my/wanita-cuti-pun-boleh-kejar-lailatul-qadar-ini-perkongsian-mira-filzah/
https://www.instagram.com/pencetusummah_amin/?hl=en
Mudah-Mudahan Kita PANGGIL Allah, Kita Masuk Dalam Golongan Allah Sayang
Berikut adalah intipati video rintihan yang mengajak kita memanggil Allah.
Saya nasihatkan diri saya dan tuan-tuan…
Terbangun tengah malam, kita malas sembahyang sunat takpe. Kita cuma PANGGIL Allah…
Terbangun tengah malam, tuan-tuan malas nak ambil wuduk, tuan-tuan duduk sekejap. Tuan-tuan PANGGIL Allah.
Sambil tuan-tuan sebut nama Allah…tuan-tuan cakap dalam hati
Ya Allah dosa aku banyak, ampunkan lah
Ya Allah, salah aku banyak, Ya Allah maafkanlah
Ya Allah, dulu aku lalai Engkau bagi aku umur Engkau bagi rezeki aku tak pernah tolak pun
Engkau bagi harta aku ambil
Engkau bagi aku sihat aku ambil tapi aku tak dapat dekat dengan Engkau
Ya Allah, aku jauh dengan Engkau.
Ya Allah umur aku makin lama makin hampir kepada kematian tapi aku seolah-olah tidak mengingati akan kematian dan aku tidak merasakan akan mati itu.
Ya Allah, apa yang ada pada aku sekarang Engkau bagi. Terima kasihlah
Terima kasih Ya Allah, terima kasih ya Allah
Mudah-mudahan dengan kita selalu panggil Allah, kita masuk dalam golongan yang Allah Sayang
Pujuk Hati Yang Degil
Ilmu yang sangat menjentik hati saya, mesejnya begitu menusuk. Semoga video rintihan ini menyentuh hati kita untuk PANGGIL Allah. Betapa kita lupa diri kita siapa, kita leka dengan nikmat yang Allah bagi.
Pujuklah hati yang degil untuk dekat dengan Allah. Belum terlambat untuk kita berubah. Semoga kita semua mendapat husnul khotimah. Amin ya rabb.
Sumber: Instagram pencetusummah_amin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI