Lesung batu memang banyak kegunaannya terutamanya dalam menumbuk bahan-bahan untuk dibuat sambal. Meskipun dah ada kemudahan mesin pengisar ‘blender’ namun cara menumbuk tradisi menggunakan lesung batu, tetap menjadi pilihan dan membuatkan masakan menjadi lebih sedap.
Menerusi perkongsian oleh Zamy Purba pesan neneknya supaya lesung batu yang baru dibeli jangan terus digunakan.
Rendam Selama 24 Jam
Sebaliknya pastikan rendam dahulu dalam air selama 24 jam. Ini kerana lesung batu yang baru masih rapuh dan tujuan ia di rendam dahulu bagi mengelakkan lesung batu mudah pecah.Malah lesung batu juga tahan lama.
Selepas lesung batu direndam selama 24 jam.Letakkan pula hampas kelapa yang telah diparut tersebut ke dalam lesung batu tersebut.
Tumbuk hampas kelapa tersebut sehingga bertukar warna. Ia bagi tujuan memastikan tiada lagi habuk-habuk mahupun pasir halus melekat pada lesung batu tersebut.
Mingguan Wanita: Rupanya nak lesung batu tahan lama tak mudah pecah, lepas beli jangan terus guna. Sebaliknya kena rendam dulu selama 24 jam, barulah ia tahan lama.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan daging cepat lembut, empuk dan kekal berjus. Tip ini amat sesuai bagi mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging. Bukan apa, jika masak cara biasa, tekstur daging akan jadi liat, keras dan sangat memakan masa untuk benar-benar empuk.
Baca perkongsian tip lembutkan daging dan relevannya secara sains daripada ChM Dr Fatimah Salim ini sebagai rujukan;
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi tip untuk bagi daging cepat lembut, empuk dan juicy.
1. Potong daging ikut lawan arah urat, cuci dan toskan.
2. Tambahkan sedikit soda bikarbonat (untuk daging banyak ini, saya letak suku sudu teh saja) dan sedikit tepung jagung.
3. Kacau dan perap selama 15 minit. Masak sekejap sehingga daging berubah warna. Sebelah kanan itu hasilnya masak cuma 5 minit (saya tambahkan kicap manis).
4. Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.
Nota: Soda bikarbonat jangan terlebih ya. Nanti akan terasa sedikit pahit pula.
TIP 2 (AIR PERAHAN BETIK/NANAS)
1.Rendam daging liat ke dalam air perahan betik atau nanas atau daun betik dalam berapa minit
2.Lagi lama rendaman lagi lembut, kerana betik dan nanas mempunyai enzim proteolytic dimana enzim ini bertindak sebagai meat tendezering mengurai rangkaian struktur amino acid protein maka daging akan jadi lembut.
3.Enzim tersebut ialah papain mewakili betik dan bromelain mewakili nanas
TIP 3 (AIS BATU)
1.Masak daging seperti biasa. Biarkan masakan menggelegak, kecilkan api dan masukkan ais batu. Biarkan ais batu cair. Tunggu mendidih dan masak dengan api sederhana dalam 30 minit.
2.Pertukaran haba mendadak semasa memasak akan melembutkan daging dengan cepat.
Nota: Pastikan air dalam masakan kurang agar pertambah ais batu dapat menyejukkan keseluruhan isi daging.
a) Daging dipotong pelbagai sudut (cara potong melawan susunan isi akan cepat empuk dari yang selari).
b) Masukkan sekali bahagian urat daging.
Dapatan Ujikaji dan Perbincangan:
Semasa proses memasak, haba bertujuan melemahkan ikatan hidrogen dalam molekul protein daging. Kejayaan dalam melemahkan ikatan antara protein ini akan membuatkan tekstur daging menjadi lembut. Pertukaran suhu yang mendadak (panas ke sejuk) mungkin menyebabkan proses ini ‘tidak tentuan’. Dan perubahan seterusnya (sejuk ke panas) menyebabkan proses cepat empuk berlaku.
Konsep Entropy
Fenomena ini mungkin boleh dijelaskan dengan konsep entropy.
Entropy merupakan istilah kuantiti termodinamik yang digunakan untuk menjelaskan ketidakupayaan sesuatu tenaga haba ditukarkan kepada kerja. Atau juga dikenali dengan kecelaruan (disorder) atau kerawakan (randomness)di dalam sistem.
Dalam kes ujikaji ini tenaga haba tidak dapat dibebaskan daripada proses memasak daging disebabkan suhu diturunkan secara mendadak. Maka kecelaruan (ketidaktentuan) dalam sistem memasak daging berlaku. Ini menyebabkan suhu panas yang kemudiannya dikenakan memudahkan lagi proses melemahkan ikatan antara molekul protein daging, lalu daging menjadi empuk.
Saya biasa masak daging dalam periuk tekanan tinggi dan buat stok. Jadi pada saya, lebih praktikal untuk menggunakan periuk tekanan tinggi untuk mengempukkan daging berbanding cara ini kerana ianya agak rumit. Pun begitu, cara ini sesuai untuk mereka yang tidak ada periuk tekanan tinggi.
Jika dikira masa keseluruhan yang diambil, kaedah ini berkesan mengempukkan daging lebih kurang 40% daripada cara memasak biasa.
Semoga bermanfaat
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia yang suka masak.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging, bolehkan ikut mana-man tip yang dikongsikan ini. Barulah daging cepat empuk, lembut dan ‘juicy’.
Panas berbahang macam mana pun mak ayah, jangan sesekali on kipas dan ‘air cond’ tu serentak. Tindakan mak ayah, pasang kipas dan alat penghawa dingin (air conditioner) dalam rumah serentak, bukannya makin membuatkan hawa menjadi sejuk. Sebaliknya, ini yang akan berlaku.
Kata Muhammad Noramin Mat yang merupakan HVAC/R Service Technician (Heating, Ventilation, and Air Conditioning/Refrigeration Service Technician), tindakan mak ayah itu akan membuatkan filter alat penghawa dingin jadi tersumbat.
On Air Cond Dan On Kipas Biasa (Kipas Syiling) Serentak
Semalam aku ada bagitau pasal ON AIR COND + ON KIPAS BIASA.
Kalau korang nak tahu, bila korang on je dua dua benda ni dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul, lepastu nanti filter air cond korang pun cepat tersumbat.
Jadi benda macam ni, korang kene kerap cuci filter air cond korang. Kalau tak cuci macam mana laa nak rasa SENSASI dingin air cond tu kan? Korang banyak rasa angin dari korang rasa dingin.
Kalau macam tu rugi je pasang air cond kat rumah kalau rasa dingin tu tak BEST! kan?
Nah ni haah aku lukis gambar kat bawah bagi korang tengok (buka gambar, dalam tu ada citer sikit) macam mana kitaran angin tu. Aku nak buat video grafik aku tak reti geng. Aku lukis je la senang. (walaupun lukisan aku tak semolek lukisan Leonardo da Vinci. Korang paham dah kira ok la aku rasa).
Gambar A
Gambar A
Situasi normal bila ON AIR COND & off kipas biasa.
Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.
Gambar B
Gambar B
Situasi ni kedua-dua on yang menyebabkan air cond pening dengan suhu ruang bilik.
Kitaran hawa panas dan dingin bercampur.
(boleh jadi penyebab bil elektrik korang tinggi).
P/S: Kalau korang tahu guna ‘MOD DRY’, Tu dah kira lain.
Kalau rasa air cond tu dah tak sejuk. Boleh roger aku k..
MW : Lepas ni dah tau kan kenapa tak boleh on serentak kipas dan alat penghawa dingin tu..
Jagung rebus memang sedap, apatah lagi makan panas-panas. Ada cara untuk rebus jagung agar elok cantik tak kecut. Bukan apa, walaupun hanya rebus jagung, kalau salah caranya ia jadi keras, kecut dan tak sedap.
Ikut 6 Tip Rebus Jagung yang dikongsikan ini.
1. Waktu Letak Garam
Jangan tambah garam semasa merebus jagung. Ia akan keraskan isi jagung. Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
2. Tambah Sedikit Gula
Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
3. Simpan Jagung Dalam Peti Sejuk
Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Cara Merebus
Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
5. Sapu Mentega, Garam, Lada Sulah
Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
6. Petik Jagung Waktu Pagi
Kalau ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Mingguan Wanita:Jadi jika nak rebus jagung, isi cantik & kekal manis tak kecut ikut tip yang dikongsikan ini. Paling penting jangan letak garam semasa jagung sedang direbus.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...