Ada macam jenis kuih lepat. Kali ini apa kata kita cuba buat lepat tepung pulut berintikan kelapa parut. Lepat yang dibalut daun pisang ini, kita perlu kukus dulu sehingga masak.
Dah siap masak, bolehlah makan. Sedap kalau dimakan panas-panas.
Boleh cuba ikut resipi dan cara buat lepat oleh Siti Hadirah yang dikongsikannya melalui grup Kongsi Resepi Masakan di Facebook ini.
Resipi Lepat Tepung Pulut
Bahan-bahan
3 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula putih
garam sikit
daun pisang (layurkan dulu kemudian potong ikut saiz yang kita nak)
minyak (untuk sapu pada daun pisang)
Bahan Inti
kelapa parut – sebiji
garam
gula
(campur kelapa parut dengan garam dan gula. Gaul sebati)
1-Gaul semua sekali gula merah, gula putih, air masak sekali sehingga larut. Tapis dan sejukkan.Selepas itu, masukkan tepung pulut dan garam ke dalam satu bekas. Air gula tadi campur dengan santan dan kacau sebati. Tuang ke dalamnya tepung sikit-sikit tau sebab adunan tepung ni lebih kurang macam kita nak buat buah melaka. Tak lembik dan tak keras sangat.
2-Ok dah siap adun tepung ambil daun pisang yang dah siap layur tadi. Sapu minyak sikit kemudian ambik 1 sudu besar adunan tepung dan letak kat tengah daun pisang. Tekan-tekan sikit kemudian ambil kelapa parut dan letak di tengah tepung. Kemudian boleh la balut.
Ads
3-Susun dalam pengukus cantik-cantik. Kukus lebih kurang 20-25 minit. Balut kena kemas takut nanti masa kukus daun pisang ternganga pulak.
Rupanya hanya menggunakan tiga bahan iaitu kacang soya, air dan cuka makan mak-mak boleh buat tauhu sendiri di rumah. Bukan apa bila buat sendiri ia lebih bersih daripada beli yang ada di pasaran tak tahu status halalnya.
Bahan-bahannya tak banyak, malah nak buat pun senang sangat!Boleh cuba resipi perkongsian Puan Jumee Afuan ini sebagai rujukan.
“Mood akak baik malam ni, akak nak share resepi tauhu homemade simple je”
Bahan-Bahan:
1 kg Kacang soya (Rendam 1 malam)
Air (Sukatan air untuk kisar kacang 1 cawan kacang : 2 cawan air)
10 sudu besar Cuka makan
2 Bakul yang sama saiz
Kain kasa
Cara Membuat:
1.Lepas cuci kacang rendam 1 malam esoknya cuci lagi toskan/tapiskan.
2.Kisar kacang dengan sukatan air kat atas tu pastu tapis .
(Kisar sekali sahaja)
3.Tapis guna kain kasa.Guna cheese cloth tapi kalau nak guna napkin / kain tudung chiffon pun boleh.
4.Masak air kacang soya sehingga mendidiih dan hilang bau mentah.
5. Masukkan cuka .
6.Biar hingga berketul.
7.Letak dalam bakul alas kain kasa.
8.Tindih bakul dengan benda berat. Akak guna lesung batu.
9.Biar sejuk .
10.Buka kain .Potong-potong tauhu ikut saiz disukai.
MW: Mak-mak yang suka makan tauhu, boleh lah cuba buat sendiri di rumah. Lebih diyakini status halalnya, lebih jimat dan pasti lebih bersih cara pembuatannya bila buat sendiri berbanding beli yang sedia ada di pasaran.
Selain ketupat, lemang juga antara menu yang sering disajikan pada hari raya. Namun jika tinggal di bandar, memang payah nak cari buluh untuk dibuat lemang. Sebagai alternatif, mak-mak boleh cuba resipi lemang menggunakan cawan kertas ni. Cukup mudah hanya perlu kukus, tak perlu bakar guna kayu api. Rasanya pula sedap, lembut macam ketupat palas.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Masriini.
Buluh lemang tak ada, buat lemang cawan je. Rasa ok je lemang ni, macam ketupat palas pun ada sebab kukus, guna pulut susu memang lembut, sedap.
RESEPI LEMANG CAWAN KUKUS
Bahan-Bahan:
2 kg pulut susu rendam 4 jam
3 biji kelapa ambil santan dan campur dengan garam supaya lemak
Daun pisang
Cawan kertas
Cara Membuat:
1.Letak daun pisang keliling cawan kertas.
2. Sukatan ni dapat 20 cawan.
3. Isi 5 Sudu besar beras pulut dalam cawan tadi.
4. Selepas itu, isi santan lebih sikit dari paras beras pulut.
5. Kemudian susun dalam periuk kukus.
6. Kukus selama 1 jam setengah.
7. Siap, daun pisang yang lebih bahagian atas tu boleh lipat ke bawah tekan-tekan sikit bahagian atas pulut bagi rata.
MW: Menarik juga idea ni, memandangkan payah nak cari batang buluh untuk buat lemang, boleh guna alternatif cawan kertas ni. Rasanya pun lebih kurang malah lembut dan sedap. Boleh cuba buat untuk hidangan pagi raya nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Asam pedasikan kembung yang sedap ialah bila kuahnya pekat. Bila hirup kuah memang terasa cukup lengkap rasanya. Asam pedas yang kebiasaannya menggunakan ikan sebagai bahan utama adalah hidangan popular di selatan tanah air terutama di Melaka dan Johor.
Bagi masyarakat Johor, asam pedas juga dipanggil gulai dan ikan kadang kala diganti dengan ayam sebagai bahan utama untuk memasak hidangan gulai ayam asam pedas. Bagi anda yang nak cuba masak asam pedas ikan kembung, boleh cuba seperti yang dikongsi oleh Cik Puan Aini ini. Memang mudah dan yang paling penting, sangat sedap!
Asam Pedas Ikan Kembung, Kuah Pekat, Cukup Rasa
Nah Ini Resipinya
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
4-5 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
1 biji tomato
Cili kisar secukupnya
Air asam jawa / pes asam jawa
Garam secukupnya
Minyak masak
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 paket pes asam pedas (optional)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar secukupnya. Kacau hingga tumisan pecah minyak dan garing. Ia penting supaya cili masak dan tidak mentah.
3. Masukkan air asam jawa/ pes asam jawa ikut kepekatan yang disukai.
4. Bila kuah sudah mendidih, boleh masukkan ikan. Masak seketika.
5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan, bendi, tomato. Boleh juga masukkan apa sahaj sayur kegemaran.
6. Perasakan dengan garam secukupnya. Seimbangkan rasa ikut selera.
7. Bila semua sudah sempurna, padamkan api. Jika kuah terlalu pekat, masukkan sedikit air. Ubah suai kepekatan ikut cita rasa.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.