Nak suburkan tanaman sayur dan pokok bunga di rumah pun ada rahsianya. Kali ini mak-mak boleh cuba menggunakan petua menarik daripada Puan Suhaili Baharudin, bukan guna baja yang dibeli siap tetapi kena buat sendiri dengan menggunakan dua bahan mudah.
Nah, godek kejap!
Cara Buat Tanaman Subur Dan Bunga Meriah
Mak nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya. Ini mak dapat hasil dari menelaah FB.
Kak Eli panggil resepi ini plant booster. Bukan otak aje perlu dibooster pokok pun sama okey. Nak dibelai-belai, ajak bersembang, senyum manis pada dia maka berbunga rianglah mereka.
Mengada sangat.
Kosnya murah, tak perlu guna tenaga beria, tak perlu baca jampi serapah. Cuma spray dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, daun bukan main hijau kemudian kalau berbunga tu bukan main meriah lagi.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Ads
Cara Suburkan Tanaman
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Ads
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah.
Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Kemudian kau keluar rumah kau pun spray lah sesuka hati sambil menyanyi riang pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu. Spray spray spray tanpa was-was.
Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ads
Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama.
Tadahhhh!
Terus tumbuh anak pucuk baru! Bayangkan kalau kita spray pada tanaman sayuran macam bayam, tomato, kailan dan sawi. Pastilah mereka membesar dan gemuk dengan cemerlang.
Dan kita akan makan makanan yang super sihat hasil tanaman sendiri. Mudah bukan?
Hasilnya Bunga Pun Makin Merimbun!
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
Please semua orang buat ya. Jauhkan dari mereka yang suka membawang dan hiduplah kita dengan tenang.
Hidup telur!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hiasan karangan bunga, kalau nak beli, rasanya harga pun boleh tahan juga. Walaupun begitu, memang cantik bila dijadikan hiasan di rumah. Nak gantung atau diletakkan frame pun boleh. Ikut pada idea masing-masing.
Tak perlu nak pening-pening, hiasan karangan bunga nie rupanya boleh dibuat sendiri. Bahan yang digunakan pun diambil daripada sekita rumah. Akar-akar kayu dan penyakut baju. Bunga pula bolehlah dibeli di kedai atau guna sahaja bunga yang memang tak nak pakai.
Kali ini, Norpadilah berkongsi idea dalam membuat hiasan karangan bunga. Bolehlah mak-mak buat kat rumah. Tepek di dinding pun cantik.
“DIY hiasan karangan bunga ni sesuai untuk dinding atau pintu. Kos pun sangat-sangat rendah sebab kita una bahan-bahan terpakai yang ada di sekitar rumah. Cuma, kena gigih dapatkan akar kat semak la…”
Bahan Yang Diperlukan:
1. Akar kering yang melilit pokok.
2. Hanger baju
3. Cable tie
4. Hot glue
5. Bunga/daun artificial
6. Spray paint putih atau clear
7. Kayu pallet & hook ( addition ) klu nak buat frame
Step by step ada di bawah.
Akar pokok, hanger baju dan cable tie.
Spray ikut suka warna apa.
Kalau nak buat frame.
Kering cat boleh letak bunga pulak guna hotglue gun.
MW: Kreatif. Nanti bolehlh buat kat rumah. Tampal kat dinding untuk hiasan. Mesti cantik.
Setiap tanaman ada teknik dan caranya yang tersendiri, barulah menjadi dan hidup subur. Jika nak semai pokok ketumbar, siram dan baja boleh gunakan teknik self watering. Memudahkan kerja, terutamanya bila kita tiada dekat rumah. Tak perlu nak siram-siram dan risau tanaman terabai. Malah tanah lembab dan pokok pun kekal segar.
“Mencabar juga tanam pokok ketumbar ni.2 kali tanam sebelum ni tak jadi, ni paling berjaya. Sebelum ni tanam bila dah cambah sekejap jer mati terkulai kulai.”
Kaedah Dan Cara:
1. Sebelum rendam air, gelek biji ketumbar dengan pencanai karipap yang kayu tu supaya biji ia terbelah dua. Agar lebih cepat bercambah. Pakai ketumbar yang timbang je. (Letak dalam kain masa gelek selembut salju supaya biji ketumbar tak jadi peluru lastik).
2.Rendam semalaman biji ketumbar yang telah terbelah dua tersebut.
3. Tanah saya pakai 30% tanah 6in1 ninso (tanah hitam), 40% cocopeat, 30% tanah biasa korek belakang rumah. Tu je.
Tip Bonus paling penting!
1. Masa semai tu biji benih kena banyak biar rapat-rapat.
Sebab pokok ni batang dia halus sangat kalau cambah rapat-rapat dia akan sokong satu sama lain.
2. Lepas sebarkan benih atas medium tu kambus biar dalam. Sedalam 5cm -7cm supaya tanah yang dalam tu dapat sokong batangnya yang halus agar tak cepat patah dan mati.
3. Cari tempat terang tapi jangan letak dekat tempat terbuka. Kena hujan nanti patah.
Siram Guna Teknik Self Watering
Saya baja dan siram pokok ketumbar ni guna teknik selfwatering. Tapi tak pakai mikro tiub bagai, pakai 3 bahan jer untuk sistem ni.
Bahan-Bahan Diperlukan;
Botol kosong (saya guna botol minyak yang 5 liter tu)
Tali yang boley serap air macam dalam gambar tu. Beli dekat Kedai Eco 3 gulung RM 2
Baja AB
Cara Membuat:
1.Buat lubang dan saya buat muat-muat tali supaya semut atau nyamuk tak masuk bertelur.
2.Masukkan tali dalam botol dan keluarkan sebahagian tali, letakkan atas tanah pada pasu.
3.Baja AB tu saya bancuh 5ml setiap baja A dan baja B dan dilarutkan dengan 5 liter air atas saranan penjual.Lepas tu balut dengan plastik legap tak tembus cahaya.
Tali tu memang akan sentiasa lembab basah, tanah pun sentiasa lembab je. So pokok kita kekal segar tak yah siram-siram dah.
Kenapa saya pakai teknik ni
1. Sebab dah mula kerja takut pokok tak tersiram dan terbaja nant takut pokok mati.
2. Daun ketumbar ni tak boleh siram secara terus, nanti batangnya patah sebab halus sangat.
3. Senang kalau nak balik kampung ke atau nak pergi travel.Bila tiada dekat rumah.
Cubala yang suka berkebun tapi takut tanaman terabai tu.Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok ketumbar di rumah cuba cara dan tip yang dikongsikan ini. Tak perlu risau pokok tak bersiram bila balik kampung atau tinggalkan rumah, guna teknik selfwatering je.Lebih mudah!
Ibu ini kongsi petua redakan selesema dan batuk anak kecilnya. Lama dah dia cuba petua ini sejak anak kecilnya itu belum masuk 6 bulan lagi. Masa itu, nak beri ubat pada anak pun, anak tak boleh makan ubat.
Lagipun, bukan senang nak sedut hingus budak kecil. Petua letak kentang dalam stoking inilah jadi alternatif ibu ini, Puteri Kasim untuk redakan batuk, selesema si kecilnya.
Tip Mudah Hilangkan Selesema, Batuk Bayi Yang Ramai Ibu Tak Tahu
“Ibu mana yang tak risau bila baby selesema batuk tak henti henti.”
“I feel u, sebab Kak Put juga seorang ibu. Risaunya bila dengar Harris punya batuk selesema tak nak sembuh sembuh. Tambahan pula bila badan tak sedap mulalah meragam sokmo.”
Cari punya cari cubalah satu petua yang dibuat oleh ibu dari California masa anak dia selesema batuk.
1) Potong sebiji kentang kepada 2 bahagian.
2) Iaitu memasukkan kentang yang dah dibelah dua/dipotong ke dalam stoking anak
3) Biarkan dalam masa satu jam atau lebih.
4) Mak-mak akan nampak kesan lebam pada kentang.
5) Jangan guna balik kentang yang sama.
Nak Tahu Kenapa Guna Kentang?
Kentang dipercayai mempunyai sifat anti-toksik yang boleh membunuh bakteria dan virus.
Dan untuk mak-mak semua, cara dan pengetahuan ini telah diguna pakai sejak zaman purba Cina dan Mesir.
So Kak Put pun cuba, tawakal jela.
“Sebab Harris masih baby tak banyak yang boleh kita buat. Lagipun kesian dia, sok sek sok sek je bunyi dia. Sedihnya tengok baby susah nafas.”
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...