Nak suburkan tanaman sayur dan pokok bunga di rumah pun ada rahsianya. Kali ini mak-mak boleh cuba menggunakan petua menarik daripada Puan Suhaili Baharudin, bukan guna baja yang dibeli siap tetapi kena buat sendiri dengan menggunakan dua bahan mudah.
Nah, godek kejap!
Cara Buat Tanaman Subur Dan Bunga Meriah
Mak nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya. Ini mak dapat hasil dari menelaah FB.
Kak Eli panggil resepi ini plant booster. Bukan otak aje perlu dibooster pokok pun sama okey. Nak dibelai-belai, ajak bersembang, senyum manis pada dia maka berbunga rianglah mereka.
Mengada sangat.
Kosnya murah, tak perlu guna tenaga beria, tak perlu baca jampi serapah. Cuma spray dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, daun bukan main hijau kemudian kalau berbunga tu bukan main meriah lagi.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Ads
Cara Suburkan Tanaman
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Ads
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah.
Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Kemudian kau keluar rumah kau pun spray lah sesuka hati sambil menyanyi riang pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu. Spray spray spray tanpa was-was.
Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ads
Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama.
Tadahhhh!
Terus tumbuh anak pucuk baru! Bayangkan kalau kita spray pada tanaman sayuran macam bayam, tomato, kailan dan sawi. Pastilah mereka membesar dan gemuk dengan cemerlang.
Dan kita akan makan makanan yang super sihat hasil tanaman sendiri. Mudah bukan?
Hasilnya Bunga Pun Makin Merimbun!
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
Please semua orang buat ya. Jauhkan dari mereka yang suka membawang dan hiduplah kita dengan tenang.
Hidup telur!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya nak cuci karpet mahupun toto pun ada caranya. Mak-mak kena pastikan ia dilipat dan digulung dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Bukan main ‘sumbat’ je. Barulah mesin basuh atau karpet tu tak rosak dan cuciannya pun bersih! Malah lebih jimat kos, sebab tak perlu lagi nak hantar ke dobi serta lebih memudahkan sebab tak penat bila kena cuci sendiri guna tangan.
Mak-mak boleh ikut tips yang dikongsikan oleh Puan Azlida Harun ini.
Tips Cuci Karpet/Toto tanpa perlu ke dobi
“Tak payah stress bila beli karpet putih gini bertukar jadi kelabu asap.Meh saya nak share cara cuci karpet atau toto tanpa perlu ke dobi dan cara ni tak rosakkan mesin basuh mahal dan tak rosakkan karpet mahal dan toto korang”.
“Step ada pada gambar ye.Selamat mengemas rumah. Boleh share dengan gembira”.
Cara-Caranya:
Karpet ni lipat 4 tau. Mula2 lipat 2 dulu. Lepas tu lipat sekali lagi. Jadi rupa gini.
2. Lepas tu gulung je jadi rupa gini.. Bila lipat 4 gini memang muat-muat je masuk dalam mesin basuh saya.Mesin saya 7.8kg je.
3. Letak macam ni supaya habuk-habuk senang jatuh dan tak bertakung dalam karpet mahal tu.Kalau toto saiz besar pun takpe.. Lagi padat lagi bagus sebenarnya.
Kalau guna sabun serbuk. Bancuh dulu dengan air suam bagi larut sikit.Letak la sabun dan pewangi ikut gaya mesin basuh anda ye.Basuh je macam biasa. Tinggalkan boleh la gi masak ke kemas rumah ke.
4.Lepas tu boleh la sidai dekat pagar berlatar belakang ladang sawit yang menghijau.Hari panas 2 jam je dah kering tau.
Info Ekstra!
Tips ini hanya sesuai untuk karpet jenis nipis dan bulu tak tebal.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak tak perlu dah stress nak cuci karpet atau toto. Boleh cuci guna mesin basuh je, lebih mudah! Ikut tips yang dikongsikan ini.
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Setiap kali bercuti ke Cameron Highland mesti terbayangkan buah strawberi yang sedap, masam-masam manis.Buah strawberi sangat baik untuk kesihatan, kaya dengan antioksidan dan bagus diamalkan selalu.kalau nak beli di pasaraya boleh tahan juga harganya berbelas ringgit sekotak.
Sebenarnya mak-mak boleh tanam buah strawberi sendiri di beranda rumah. Jika selalu tanam tapi payah nak hidup pokok ni, rupanya kena pastikan semai benih local barulah senang tumbuh.
Boleh ikut tip dan cuba caranya yang dikongsikan oleh Asri Meris ini sebagai panduan.
“Cara paling mudah untuk buat benih strawberi.Boleh cuba sendiri di rumah.Sangat mudah. Make sure benih local (lowland breed) supaya senang tumbuh.”
Cara-Caranya:
1. Kupas kulit strawberi dan letakkan di atas kertas tisu.
2. Biarkan selama beberapa hari sampai ia betul betul kering. Saya tak jemur bawah panas, hanya dalam rumah.
3. Asingkan benih dari kulit perlahan-lahan. Sekiranya betul-betul kering, biji benih akan tanggal sendiri.
4. Tadaaa siap kumpul.
5. Selepas minggu ke 3 ni dah siap bercambah gitu. Saya hanya guna tanah hitam biasa yang ada jual kat nursery. Tapi saya tambah sikit campuran hampas sabut kelapa.
6. Sebaiknya tanam di balkoni,tak nak ‘direct sunlight’ tau.Cahaya matahari sehingga jam 11 pagi aja tau, dan siram air seminggu sekali aje. Hanya gunakan benih ‘local’ ya.
Info Ekstra!
Benih local (lowland breed) bermaksud strawberi tempatan yang ditanam di dalam negara, contohnya dari Cameron Highland dan bukannya yang jenis import dari luar negara.
Bila menanti kelahiran cahayamata memang luarbiasa seronoknya. Terutamanya bakal menimang anak mahupun cucu pertama. Kalau boleh ada sesuatu, misalnya tilam lembik yang boleh dijadikan kenangan manis buat mereka.
Buat mak-mak yang pandai menjahit,boleh cuba buat tilam lembik untuk bayi seperti tutorial yang dikongsikan oleh tukang jahit Encik Anuar Chik ini. Lebih puas hati,istimewa dan ada nilai sentimentalnya yang tersendiri bila jahit sendiri berbanding beli.
Berikut perkongsian tersebut;
Tiba tiba anak menakan kami call siap ke dak lagi tilam baby dia….huhh. Dengan sepantas kilat tiba tiba laju jer jahit siap.
Bawah ni ada cara jahitnya.
Bahan Diperlukan:
Kain Cotton
Betting Fiber
Cara Membuat:
1. Sebalum jahit, potong fiber dan kain ikut ukuran. Ni macam tilam lembek ukuran 40 inci x 40 inci. Buat garisan lurus kotak kotak pada sebelah lapisan kain anggaran 5 inci tiap jarak.
2.Ni caranya letak fiber ni. Fiber ni 1 inci. Ikut kita nak letak berapa lapis pun. Fiber ni boleh dibeli secara meter di kedai alat jahitan. Cakap nak beli Betting Fiber yang jual meter, bidang 60. Beli ja berapa meter nak pakai.
3.Sebelum jahit kotak tu kena jelujur keliling dulu. Sebab tak bagi fiber tu bergerak masa nak jahit garis kotak tu. Jahit ikut garis yang dilukis sebalum ni sampai habis. Dah siap ketepikan dulu.
4.Ni untuk border keliling. Ukuran 4inci lebar, panjang sama jarak keliling tilam.
MW: Mak-mak yang pandai menjahit, boleh cuba buat sendiri tilam lembik untuk bayi ni. Pastinya lebih puas hati,istimewa dan ada nilai sentimentalnya yang tersendiri bila jahit sendiri berbanding beli di pasaran.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...