Lepas Sejam Lebih Makanan Yang Dipesan Tak Sampai, Anak Mula Merengek Lapar, Isteri Ustaz Ini ‘Singsing Lengan’ Masuk Dapur Kedai Tomyam

Jiwa mak-mak memang mudah koyak kalau tengok anak-anak mula kelaparan. Merengek, menangis.. lagi buat hati mak-mak rabak. Lagi-lagi bila dah duduk dalam kedai makan dan pesanan yang diorder tak sampai-sampai. Kalau pergi kedai makan lain mahu ambil masa juga.

Bila mana dekat sejam lebih menanti makanan yang dipesan di kedai tomyam, isteri ustaz ini, Norsyahira Binti Samin mula ‘singsing lengan’ masuk dapur kedai tomyam itu dan masakkan makanan untuk anak-anak dan suaminya. Lebih hebat lagi, dia siap masakkan untuk pelanggan-pelanggan kedai yang masih belum dapat pesanan mereka.

Kisah ini dikongsikan oleh suaminya, Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin pada awal Syawal yang lalu.

Berhenti makan di kedao tomyam di Manjung Perak. Dah sejam lebih tak dapat-dapat makan lagi. Ramai customer menunggu. Lagi-lagi time raya ni. Banyak kedai tak buka lagi. Rupanya tukang masak dia sorang.

Anak-anak dah nangis-nangis sebab lapar. Sekali isteri saya terus masuk dapur tolong masak.” Maklum suaminya yang turut sama membantu mengambil pesanan pelanggan.”

Ads

Apa Pun Tauke ‘Sporting’

Menurut pasangan ini lagi, sebelum mereka masuk ke dapur itu mereka dah minta izin dengan tuan punya kedai. Mujurlah tauke kedai ‘sporting’ dan benarkan isteri ustaz masuk ke dapur membantu.

Sebenarnya kami tak pernah singgah langsung kedai itu. Biasa kalau balik Bagan Serai, kami lalu highway. Konon nak elak jem ikut jalan dalam. Tapi sangkut jem kat Bota. Biasalah budak budak. Dah lapar, menangis, merengek. Kita yang tua ni pun tak keruan.

Nak angkat kaki takut tak jumpa kedai lain dah. Apa pun tokey sporting. Rupanya pekerja asal semua tak naik kerja lagi. Yang masuk kerja pun dia main tangkap muat. Jadi kelam kabut la.”

Ads

Ramai gak yang balik, sebab lambat, laki den tolong ambil order. Den tolong masak. Nasib mak dan ayah mentua serta adik ipar, Intan Farah ada.. tolong tengokkan anak-anak. So dapat lah makan.”

 

Ads

Isteri Ustaz Berpengalaman 14 Tahun Jadi Tukang Masak

Menurut Ustaz lagi, orang rumahnya dulu tukang masak di kedai makan. Berpengalaman membantu ayahnya memasak di kedai makan dekat 14 tahun lamanya. Masakan panas dan sebagainya semua dia mahir.

Kebaikan isteri ustaz ini dalam bab menghidangkan makanan untuk orang lain bukan saja ditunjukkan di kedai makan ini. Rupanya, ada pesakitnya berkongsi ketika mereka membuat rawatan di rumah ustaz ini pun, isteri ustaz menjamu mereka dengan mi goreng dan air sirap selasih.

Tauke belanja tapi kami tetap bayar juga. Kasihan diaorang nak berniaga.” Ujar Ustaz Mujahidin yang turut berkongsi video isterinya ‘bersilat’ di dapur kedai tomyam yang disinggahi mereka.

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin (Mujahidin Al-Banjari)

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI