Satu keputusan yang agak susah nak dibuat selepas sah jadi suami isteri, elok duduk rumah mentua atau rumah sendiri?
Haaa… kalau duduk rumah mentua mesti ada sebab, bukan? Mungkin suami anak tunggal, mak ayahnya kurang sihat atau boleh jadi salah satu sebab yang dikongsi saudara Firdaus Shakirin ini.
Cuba semak dulu dan in shaa Allah ada akan dapat buat keputusan terbaik.
Rumah Mertua Atau Rumah Sendiri?
Perkara yang selalu bermain di fikiran bakal-bakal isteri, lepas berkahwin, duduk dengan mertua atau rumah sendiri (meskipun menyewa). Ada yang kata, duduk jauh-jauh bau wangi, duduk dekat-dekat bau busuk. Namun perkara ini terpulang pada situasi yang dialami setiap pasangan.
Jika di dalam rumah kita terdapat ramai adik beradik yang dah berkahwin, yang belum kahwin, atau ada adik / abang lelaki yang masih bujang, maka sebaiknya, carilah rumah sendiri. Sebab?
1) Nak jaga aurat isteri, kehormatan isteri dari pandangan lelaki ajnabi lain (ipar, biras, adik atau abang lelaki), nak mudahkan isteri untuk pergi mandi, berpakaian, dan breastfeeding ketika berada di dalam rumah.
Ads
2) Nak jaga perbelanjaan keluarga sendiri daripada menanggung keluarga-keluarga atau individu lain selain daripada ibu bapa sendiri.
3) Nak bina asas rumah tangga, kepercayaan dan peraturan di dalam keluarga kecil sendiri.
Jika di dalam rumah tiada sesiapa disebabkan adik beradik yang lain dah berpindah keluar, hanya kita yang tinggal dengan ibu bapa, dan kesihatan ibu bapa tidak mengizinkan kita untuk meninggalkannya, maka sebaiknya tinggal dgn ibu bapa tetapi :
Ads
1) Maklumkan kepada bakal isteri, yang dia akan tinggal sekali dengan mertua, dan beritahu tentang keadaan ibu bapa kita. Sekiranya dia tak boleh terima, maka belum terlambat lagi untuk kita memutuskan hubungan itu.
2) Sekiranya dah berkahwin, sediakan tempat tinggal, bilik yang selesa untuk isteri, dan kemudian, ajarkan isteri tentang perangai-perangai ibu bapa kita, apa yang boleh buat, apa yang tak bleh buat di dalam rumah itu. Apa yang mak kita suka dan apa yang mak kita tak suka dan sebagainya, supaya isteri bersedia untuk “berperang” menghadapi karenah orang tua kita.
3) Selalu tanya isteri, hari ke hari, masa ke masa, tentang apa perasaan dia, apa yang dia rasa? Kita sebagai anak bertanggung jawab menjaga ibubapa kita, bukan isteri.dan sekiranya isteri melakukan tugas itu semasa ketiadaan kita, maka itu EHSAN dirinya untuk kita. Hargai, dan balas ehsan isteri dengan berbuat baik kepadanya.
Ads
4) Sesekali, jika adik-beradik lain berpeluang untuk menjaga ibu bapa, maka gunakanlah masa ini untuk membawa isteri pergi bercuti, berjalan bagi merehatkan diri, menyegarkan semula dirinya. Isteri sangat-sangat memerlukan ini, iaitu masa bersama suami,”hanya dengan suami sahaja”.
Jika isteri boleh menjadi menantu yang baik untuk keluarga kita, maka kita sebagai suami, perlu lah menjadi menantu yang LEBIH BAIK untuk keluarga isteri.
Suami itu contoh kepada isteri… nak isteri rajin, maka kita rajin dahulu. Nak isteri baik, maka kita jadi baik dahulu.. Nak isteri solehah, maka kita jadi soleh dahulu.
Keperibadian suami akan membentuk perangai isteri.
Sebenarnya tinggal sendiri atau tinggal dgn mertua, itu terpulang… jika nak rumah tangga bahagia, maka buatlah sesuatu keputusan yang dapat menggembirakan kita, suami dan isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Makin meriah raya kalau ingat peragai anak-anak tetapi beraya bersama anak boleh jadi mencabar kalau kita tidak melakukan persediaan yang cukup.
Jadi mak ayah kena beri perhatian lebih semasa pergi beraya bersama anak-anak dan kalau nak selamat ikutlah tip yang dikongsikan Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim…
1. Bincang dengan suami
Duduk lah sama-sama dengan suami rancang perjalanan hari raya kita. Nak raya mana dulu. Nak tidur mana. Berapa lama nak raya. Ingatlah bahawa kita beraya dengan mahkhluk kecil. banyak ragam, banyak cerita. Rancang perjalanan dan raya kita inshaAllah kita lebih mudah handle anak.
2. Anak-anak 4 tahun ke atas
Anak-anak umur begini senang je sebenarnya nak handle jika kena gayanya. Masa merancang raya tu, ajak diaorg sekali. Cakap, berbual, komunikasi dengan diaorang. InshaAllah diaorang akan faham. Ingat – kunci perhubungan anak-ibubapa adalah komunikasi yang baik.
3. List do’s & donts’
List kan do’s & donts’ kepada anak-anak 4 tahun ke atas ni. Terangkan kepada mereka. Cakap dengan nada tegas tapi still mesra. Cakap yang kamu semua kena bersikap baik supaya raya kita enjoy dan happy-happy sahaja. Kalau ada benda yang korang nak marah, cakap dengan Ummi dulu. Faham dak? hihihi
Contoh: 1. Cakap elok-elok 2. Duduk elok-elok 3. Minta izin kalau nak sesuatu
Kalau Ikutkan Pengalaman
Pengalaman saya handle anak-anak sebegini, bila kita beritahu awal, faham kan mereka, bagi penerangan, mereka akan lebih mudah di handle daripada sikap kita yang tak mahu bercakap, tak nak komunikasi dengan anak, sebab kita rasa anak tak akan faham. Itu sangat silap!
4. Anak-anak yang bawah 4 tahun
Ini sedikit mencabar sebab mereka masih kecil. Kurang faham. Tak boleh tolerate. Ego sentricnya tinggi. Nak berebut saja. Tak boleh orang ambil barang dia. Jadi kita sebagai mak ayah kena extra peka, extra observant, extra careful. Ayah jangan buat-buat tak nampak, buat-buat tak dengar. Tak yah nak jadi YB sangat, bual-bual lama sangat sampai mak seorang saja yang layan anak yang mengamuk. Mak pula, tak yah nak gosip lebih sangat, anak tu dah ada bunga-bunga mengamuk, kita kena bertindak pantas.
5. Bila anak mengamuk, apa nak buat?
1st kalau dari mula kita dah nampak bunga-bunga kemengamukan tu lagi senang kita nak handle. Tapi kalau lambat agak sukar. So, macam saya cakap tadi, kita jangan sikit pun lepas pandang. kita extra sensitif dengan pergerakan anak. Bila nampak anak start nak mengamuk, terus cuba pujuk dia. Bawa dia ke tempat yang lebih selesa dan lapang.Bawalah keluar rumah sekejap. Ajak tengok burung terbang ke, lori lalu lalang ke….janganlah pujuk dari jauh. Atau harap orang lain nak pujuk anak kita. Kita lah kena proaktif.
6. Bawa mainan atau barang yang anak suka
Bagi mengelakkan anak mengamuk dengan mudah, bawalah mainan kesukaannya atau buku kesukaannya. Bawa snack dan air. Pastikan anak makan. Dia kenyang. Baju yang dia pakai sesuai dengan dia. Tak panas. Semua ni sangat penting walaupun nampak remeh.
7. Raya Ikut kemampuan
Beraya mengikut kemampuan anak kita. Ya kita ni orang dewasa, kita kuat. Kita tahan sabar. Kita ni tahan penat. Tapi anak kita kecil lagi. Sebab tu perancangan raya tu tadi sangat penting.
Kalau konvoi macamana?
Pandai-pandailah kita. Minta izin tenangkan anak dulu ke. Bincang elok-elok dengan peserta konvoi ke. Kita pun tengok-tengok lah anak orang lain. Kalau anak orang lain dah mengamuk, offerlah untuk bantu atau rehatlah sekejap ke macamana kan.
8. Nak jaga anak ke nak tolong kat dapur?
1st sekali, bagi anak tu kat suami. Kita nak tolong kat dapur ni. Suami mesti faham punya kan? Kalau suami tak dapat jaga, bawalah anak tu sekali kat dapur. Selagi anak ok, selagi tu lah kita tolong kat dapur. But by the time dia dah mula mengamuk ke nak menyusu ke, saya rasa mak/mak mertua, ipar duai pasti akan faham betul tak? Sebab dari mula kita cuba membantu. Bukan terus menyorok dalam bilik. Apa yang penting???? Ya….Kerjasama 🙂
Ok..Jom kita plan sebaiknya.
Raya jangan stress-stress.
Kita nak happy-happy je.
Haaa… mak yah dah boleh get ready ya. Semoga mood mak ayah nak beraya tak bertukar emosi marah sewaktu berkunjung ke rumah orang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang isteri, adalah sangat penting menunjukkan rasa hormat pada suami. Setinggi mana pun pangkat dan darjat seorang isteri, perlu ingat syurganya tetap pada sang suami.
Perempuan perlukan kasih sayang. Lelaki perlukan hormat. Nampak mudah, tapi sebenarnya agak rumit. Lelaki ada keperluan untuk dihormati yang sangat kuat hingga bila mereka dihormati, hati mereka akan jadi seakan-akan pokok yang sudah cukup disiram.
Sebaliknya bila mereka rasa tak dihormati, mereka akan rasa sedih dan seperti dibenci. Ramai perempuan hari ini yang menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memastikan rumah mereka bersih, anak-anak mereka sihat dan penuhi pelbagai lagi tugas lain. Tapi bila mereka lupa untuk menunjukkan rasa hormat pada suami, si suami akan nampak seperti tak menghargai segala pengorbanan si isteri.
Walaupun lelaki selalu nampak tidak emosional atau ekspresif, tetapi sebagai pasangan hidup mereka, perempuan tetap perlu peka terhadap perasaan mereka. Hati mereka tetap boleh terluka dan lebih susah untuk dipujuk.
Ini Cara Yang Isteri Boleh Lakukan Untuk Tunjuk Rasa Hormat Pada Suami
1. Cakap Lemah Lembut
sebagai isteri, sila jaga tutur kata.Sentiasa bercakap dengan lemah lembut, tak kira berapa lama anda berdua dah berkahwin. Kalau anda boleh bercakap lembut dengan kawan-kawan anda, anda mesti boleh lebih lembut lagi dengan suami sendiri.
2.Gunakan Panggilan Mesra
Jangan sekali-kali menjerit, memanggilnya dengan kasar atau gunakan kata-kata kesat.Gunakan panggilan yang mesra dan selayaknya untuk seorang suami seperti abang, sayang, hubby dan sebagainya.
3. Jangan Menyindir
Jangan sindir suami tentang isu-isu sensitif. Kalau suami ada kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia bahan ketawa. Walaupun dia tak marah, boleh jadi dia pendamkan rasa kecil hatinya.
4. Hormati Permintaan
Dengar pendapatnya dan hormati permintaannya. InshaAllah anda akan diberi ganjaran di dunia dalam bentuk rumahtangga yang bahagia dan pahala untuk di Akhirat kelak.
5. Hormati Tugasnya
Jangan berlawan dengannya untuk tunjuk siapa yang lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu banyak mengarah dan agresif, lelaki akan jadi lebih keras dan berkira. Bila anda tunjukkan yang anda hormati tugasnya sebagai ketua keluarga, dia akan lebih mudah untuk tunaikan permintaan anda.
6.Sayang Keluarganya
Tunjukkan kasih sayang dan rasa hormat pada keluarganya. Sekali sekala ajak mereka datang ke rumah atau keluar bersama-sama.
7.Beri Suami Ruang Diri Sendiri
Jangan jadi isteri Queen Control.Sesekali, berikan suami ruang untuk diri sendiri. Suami juga perlukan masa untuk diri sendiri atau hilangkan stress dengan kawan-kawan mahupun melakukan aktiviti dan hobi yang digemari.Jangan halang, berikan ruang pada dirinya
8. Berbincang Dengan Suami Dahulu
Tanya pendapat dan berbincang suami dahulu bila isteri perlu membuat sesuatu keputusan yang penting serta hargai pandangan yang suami berikan.Ia membuatkan suami rasa dihargai, dianggap penting dan merupakan suatu penghormatan buat suami.
9.Jangan Buka Aib
Jika berhadapan dengan konflik mahupun masalah didalam rumahtangga, jangan sesekali membuka aib suami hatta dengan orang yang terdekat dengan kita.Hormati suami, jadilah isteri yang matang dan bijak,selesaikan segalanya dengan cara terbaik.
10.Utamakan Suami Dalam Segala Perkara
Taat dan patuhi perintah suami selagi tidak bertentangan dengan agama.Contohnya meminta izin sebelum pergi kemana-mana, menutup aurat dan menjaga maruah sebagai seorang isteri.
Sumber: Baituljannah.com
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri cerminan suami. Bagaiamana suami melayannya, begitulah yang akan dilakukan oleh isteri. Begantung kepada sikap suami itu sendiri.
Sebab itu, kalau suami mahukan isteri itu seorang yang lemah lembut, tidak garang dan sebagainya, suami kena lakukan terlebih dahulu. Semua ini kerana isteri cerminan suami.
Apa yang dikatakan isteri cermianan suami juga adalah sikpa suami itu. Usah perlakukan isteri seperti pembantu tempat untuk melepaskan marah dan geram.
Kelak, itulah yang akan isteri lakukan. Bukan setakat pada suami tapi mungkin akan dilepaskan pada anak-anak juga.
Ingat, wanita diciptakan daripada ulang rusuk lelaki. Seorang suami dijodohkan dengan isteri, bimbinglah dengan cara betul, bukan untuk dikasari. Itulah jodoh sebaiknya.
Apa yang dikongsikan ini boleh memberi panduan buat suami isteri. Ada betulnya sebab suami adalah pemimpin keluarga. Goyah rumahtangga bila pemimpin sendiri tidak bertanggungjawab dan berikan kasih sayang sepatutnya untuk isteri.
Jika suami inginkan isteri bersikap seperti yang dia mahukan, maka kenalah perlakukan isteri seperti yang suami ingikan.
Ingat, bila suami memperlakukan kasar dan kerap marah, maka isteri akan jadi kasar dan pemarah.
Jika suami memperlakukan isterinya endah tak endah, maka isteri akan jadi cuak dan tueut sama acuh tak acuh.
Bila suami perlakukan isteri seperti ‘orang gaji’, maka isteri tidak akan menghargai suaminya.
Sabar & Berikan Kasih Sayang
Namun, sebaliknya jika suaminya memperlakukan dengan sabar dan kasih sayang maka isterinya juga akan menjadi penyabar dan penuh kasih sayang.
Jika suaminya memperlakukan isterinya penuh pengertian maka isterinya akan menjadi pengertian.
Bila suami memperlakukan isterinya seperti ratu maka isterimu akan menjadi ratu sekecil apa pun rumahmu maka akan menjadi istana.
Untuk para suami ‘bersamalah’ dengan isteri seperti yang di ajarkan Rasulullah karana isterimu adalah ibu dari anak-anakmu, maka apa yang suami ajarkan pada isterimu akan di ajarkan isterimu kepada anak-anak mu.
Bukankah sebelumnya kau tahu bahwa isterimu adalah tulang rusukmu.
Tulang rusuk itu bengkok, jika kamu paksakan lurus maka akan patah, namun jika kamu biarkan maka ia akan semakin bengkok.
Maka perlakukanlah isetrimu dengan lembut.
Kerana istri adalah cerminan suami.
MW: Moga ia bermanfaat dan dijadikan panduan buat suami isteri.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.