Lepas Kahwin, Isteri Jadilah ‘Menteri Kewangan’ Keluarga, Suami Kena Percayakan Isteri Urus Duit

Share

Isteri bukan saja uruskan hal rumahtangga, makan pakai suami dan anak-anak tapi juga sebagai menteri kewangan. Inilah yang aling penting bila urus duit diserahkan kepada isteri.

Sebagai ‘menteri kewangan’ dalam keluarga, bukan bermaksud isteri sesuka hati menggunakan duit yang diberikan oleh suami. Sebaliknya kena bijak dan pandai dalam berbelanja dan menyimpan.

Bayangkan kalau suami isteri boros dan masing-masing tidak urus kewangan keluarga dengan baik, mahunya tak sampai hujung bulan duit dah habis. Belum lagi kalau berlaku kecemasan, mana nak ‘korek’.

Jadi, sebab itulah isteri kena jadi menteri kewangan, terutamanya kalau suami jenis boros. Isteri bukan ‘ceti’ tapi rasanya kalau bab-bab duit, memang boleh dipercayai dan serahkan saja pada dia untuk uruskan.

Apa yang dikongsikan oleh Dr Azizul Azli Ahmad ini betul sangat. Tip yang boleh isteri gunakan bila dah jadi menteri kewangan untuk uruskan perbelanjaan keluarga.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Kerap Marah Sebab Dia Jarang Diajak Berbual, Suami Tolonglah Faham!

Kerja Bukanlah KEWAJIPAN Tapi Ada Sebab Isteri ‘Tak Berani’ Berhenti Kerja, Demi Keluarga

Menteri Kewangan, Serahkan Pada Isteri

1. Jadi isteri bukan hanya cantik bila ada bulu mata lentik sahaja, tetapi harus bijak urus kewangan keluarga tercinta.

2. Lepas kahwin suami harus percayakan isteri atau mohonlah jawatan ini dari suami. Jaga kewangan keluarga waktu suami mencari rezeki.

3. Tugas pertama isteri mesti tahu pendapatan bulanan pasangan kita. Jika dapat lihat slip gaji yang dia ada lebih mulia.

4. Catat semua perbelanjaan keluarga, dari yang kecil sampai yang besar. Ambil resit tiap kali berbelanja, simpan dan jaga.

5. Sediakan satu Perancang Kewangan Keluarga, tahun ini kita nak ada berapa simpanan?.
Jika nak ada RM4000/12 bulan . Sebulan kita kena simpan RM333, seminggu kena simpan RM 83.00 sahaja. Boleh begitu?

6. Usaha tambahkan pendapatan keluarga, banyak peluang berniaga sekarang ini. Dari jual mekup ada merkuri sampai tudung seksi warna warni! (Jangan jual perkara yang rosakkan agama dan kesihatan sesama manusia)

7. Usaha kurangkan perbelanjaan tak perlu, jangan bagi suami hisap rokok lagi. Suruhlah dia hisap sudu atau apa sahaja yang percuma sedia ada.

8. Buat garis panduan belanja, contoh tak perlu tudung mahal untuk tutup aurat. Tak pakai Duck pun tak mengapa, janji terjaga aurat kita semua.

9. Kenakan denda jika tak ikut panduan. Contohnya denda jika suami kahwin lagi, mintak sebuah rumah sebagai hadiah galang ganti hantaran.

Mingguan Wanita : Isteri ni lebih cakna sikit dalam urus kewangan keluarga. Semua dia buat untuk masa depan keluarga. Paling penting, suami keluar cari rezeki dan isteri yang ada pekerjaan, bolehlah bantu mana yang mampu untuk ringankan beban suami.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora