
Jadi wanita yang berstatus isteri orang tak akan sama dengan lelaki berstatus suami. Dunia isteri cuma ada suami dan anak-anak, malah sepenuh jiwa dan raganya memang mendahulukan keluarga.
Andai ada yang ajak keluar ke mana-mana pun, dia tetap memikikan tentang suami dan anak-anak. Itu yang jadi macam tak bergaul sangat dengan kawan-kawan yang pernah tidur sebantal waktu zaman bujang.
Berbeza dengan lelaki, walau dah kahwin kadang tetap dapat peluang lepak-lepak minum di kedai. Perempuan kalau nak buat juga, terpaksa seret anak-anak dan kadang siap ajak suami teman. Risau suami terbiar.
Bak kata saudara Firdaus Shakirin, dunia seorang isteri memang tak luas, ditakuk itulah kalau dia jenis suri rumah.
Dunia Seorang Isteri
Dunia seorang isteri itu tersangatlah kecil… kiri kanan, depan belakang, atas bawah hanya ada suami dan anak-anaknya sahaja.
Ini dunianya, inilah segala-galanya bagi seorang isteri.
Berbeza dengan kita yang dah jadi suami, kita masih ada kawan-kawan, masih dapat berjumpa kawan-kawan, lepak dengan mereka, buat aktiviti-aktiviti dengan kawan-kawan.
Tapi bagi seorang isteri, tak banyak kawan-kawan yang ada or masih available untuk mereka. Kebayakan daripada kawan-kawannya juga merupakan seorang isteri yang terikat dengan keizinan seorang suami untuk keluar, untuk berjumpa, untuk ada aktiviti bersama-sama.
Dan tuntutan tanggungjawab terhadap keluarga itu melebihi tuntutan-tuntutan lain dalam hidupnya. Jadi teramatlah sempit, kecil dan terhad dunia seorang isteri.

Sebab tu mana-mana isteri akan bagi segala-galanya untuk mengelakkan dunianya daripada hancur. Dia akan berjuang mempertahankan dunianya, ini dunianya dan dia tidak ingin berkongsi dunianya ini dengan orang lain. Dia tak rela.
Kalaulah si suami memahami akan perkara ini, nescaya si suami akan mewarnai dunia si isteri dengan kebahagiaan, kegembiraan dan keceriaan sebab dia tahu, hanya ini dunia yang si isteri ada dan dia layak untuk rasa perasaan-perasaan yang indah di dalam dunianya.
“She always busy in her own world, with her own people in her heart and her mind.”
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Ada Isteri Cukup Malas Nak Sidai Baju!

Isi Kandungan
ToggleBiasanya mak-mak cukup rajin basuh kain tetapi sampai bab sidai kain, terus tergendala. Lagi teruk kalau kain baju tak berlipat sampai nak pakai baju pun kena menggali!
Agaknya apa masalah kaum mak-mak ini ya? Mungkin ramai encik suami di luar sana tak tahu dan menuduh kaum perempuan malas.
Haaa… jangan terus kritik kerja kaum mak-mak ya, sepatutnya suami tahu apa punca yang menyebabkan perempuan jadi malas nak sidai kain. Nak tahu jawapannya, cuba renungkan kejap perkongsian daripada emak anak empat, Puan Khairunnisa Hamzah yang cukup padu dan tepat!
Kenapa isteri rasa malas nak sidai baju?
“Kenapa tidak bersidai lagi baju-baju ini? Sidai lah dulu”
Si suami mengeluh tatkala melalui lorong belakang rumah yang menempatkan mesin basuh pakaian. Banyak dah baju di basuh, berbakul-bakul. Tetapi sidainya tidak lagi.
Masa ini, si isteri akan menjawab dengan macam-macam alasan. Lagi pula dia sedang memasak di dapur. Habis dah berpeluh satu badan dek kerana bersilat menggoreng mee.
Lengan baju digulung sampai ke bahu. Baju pun sudah diikat ke pinggang. Penat memasak tak habis lagi.
“Hah, sudah siap menggoreng dah pun. Sidai lah baju kejap sementara budak-budak tengah bersiap tu” kata suami tidak habis-habis menggesa si isteri selesaikan menyidai pakaian di luar sana juga. Tolongnya tidak pula.
“Kejap lah bang. Saya penat ni. Berpeluh” si isteri mahu berehat.
“Alang-alang sudah berpeluh tu, pergi lah sidai baju. Biar semua peluh keluar. Exercise !” kata si suami melawak yang tidak pun kelakar. Bunyinya lebih kepada mengarah di telinga si isteri.
Inilah Punca Utama Perempuan Berkira Nak Sidai Baju
Kenapa isteri rasa malas hendak mengikut kata suami ketika itu? Pasti bersebab, kan?
Tak juga si isteri gerak.
Tak kuasa pula dia hendak menjawab.
Si isteri lagi sanggup dilabel malas saja.
Biarlah!
Apa tidaknya. Rupa-rupanya, punca sebenar hanyalah satu saja. Iaitu masalah penjagaan “AURAT”.
Agaknya si suami faham atau tidak yang bahawa setiap kali si isteri hendak keluar menjemur baju, dia perlu memakai :
Baju labuh
Seluar labuh
Menutup pergelangan tangan
Memakai stoking
Pakai anak tudung
Pakai tudung labuh menutup dada?
Atau ada hukum yang mengatakan di laman rumah ini semua dikecualikan?
Kalau lah boleh keluar begitu saja tanpa pakai semua itu, pasti sambil menggoreng tadi si isteri sudah boleh menyidai juga. Perempuan kan boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Tapi saat itu, si isterinya sudah berpeluh sakan. Kemudian, hendak di sarung segala kelengkapan. Bilik pula jauh di tingkat atas untuk ambil pakaian. Mana tidak malas jadinya si isteri bila mengenang kudrat yang diperlukan untuk completekan segala kelengkapan pakaian di seluruh tubuh badan.
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki pula itu perlu ditutupkan. Tiada yang terkecuali melainkan muka dan tapak tangan!
Belakang rumah, sudah sah-sah ada Pak Leman dengan 3 orang anak lelakinya. Rajin pula pagi-pagi berkebun di belakang rumah.
Kiri kanan rumah semuanya ada orang lelaki.
Lainlah kalau kita hidup jauh di tengah hutan. Bertahun-tahun, sekalipun tidak ada manusia yang masuk datang berjiran. Hah, itu mungkinlah boleh si isteri menyelinap keluar menyidai perlahan-lahan.
Boleh saja si isteri pakai ala kadar untuk menyidai pakaian.
Dan hakikatnya begitulah orang kita. Duduk di bandar atau di kampung, dibuatnya macam duduk tengah hutan atau tinggi di atas gunung Everest sana. Konon tiada yang nampak masa keluar menyidai.
Wahai suami
Wahai ayah
Anak bini kita keluar dengan hanya meletakkan tuala di atas kepala. Namun, rambut masih terjuntai jua. Tak tahu pula di mana usaha menutup auratnya. Masa ini dada gebu ternampak jua.
Astaghfirullah!
Perasan kah kita?
Ini semua akan jadi bebanan untuk ke syurga. Setiap aurat yang ternampak oleh yang bukan Mahram isteri dan anak dara kita, akan dihitung dosanya. Hatta seurat rambut yang ternampak itu juga akan membawa dosa. Apatah lagi yang lain-lainnya.Kain batik pendek terselak nampak betis tidak sengaja. Masa menyidai pula terangkat lengan di sini sana. Lalu terbongkok menonggeng pula tatkala mahu mengambil baju di baldi.
Apa yang orang luar nampak pada isteri atau anak dara kita?
Ya Allah!
Nauzubillah.
Astaghfirullah.
Kesian lah pada si isteri. Kesian juga pada anak dara kita kalau dia pun kena keluar menjemur pakaian juga.
Jangan tidak percaya pula jikalau dalam diam-diam, ada yang memeram rasa. Ada yang menyimpan rindu dendam sebab selalu skodeng isteri dan anak kita menyidai pakaian di luar sana.
Oh, Ngeri!
Ini bukan hal kecil lagi.
Ini isu besar yang selama ini di kecil-kecilkan.
Dekorlah!
Uruskanlah ruang pengurusan pakaian keluargamu.
Wujudkanlah penghadang dinding, tirai mahupun apa saja dekorasi yang boleh dilakukan, asal dapat menutup pandangan mata liar orang sekeliling.
Kali ni, dekor bukan kerana mahu cantikkan taman agar terhias di luar rumah. Tetapi ia wujud kerana mahu memelihara aurat ahli keluarga sendiri.

Bukan itu saja.
Ia juga mampu menutup pandangan orang luar dari rupa pakaian satu keluarga.
Kerana, jika menyidai secara terbuka, maka nampaklah setiap pakaian seisi keluarga. Orang mungkin dapat meneka itu baju tidur siapa. Itu pula pakaian dalam siapa.
Nauzubillah.
Elakkan fitnah.
Wujudkan tabir.
Patahkan pandangan.
Aurat keluarga kita, kita yang jaga.
Sama ada ruang menyidai pakaian diuruskan di dalam rumah saja, pakai mesin pengering atau kita boleh usaha membuat laman rahsia keluarga kita, itu adalah satu usaha yang sangat dimuliakan oleh Allah swt. Kerana buatnya bersebab. Demi menjaga aurat yang tersayang.
Hadanglah pandangan luar dengan tembok batu.
Boleh juga dengan tabir kayu.
Tak pun buatlah taman rahsia yang menutupi lamanmu dengan pokok besar disekelilingnya.
“Sayang, jom lah makan goreng pisang panas yang abang beli ni hah” ajak si suami yang sedang makan goreng pisang panas sambil melihat isterinya menyidai pakaian.
Sambil itu dapatlah menikmati angin luar yang bertiup lembut sehingga masuk ke ruang tertutup mereka.
“Saya suka lah sidai baju sekarang ni bang. Tak payah saya hendak kena pakai tutup seluruh badan masa hendak menyidai. Eh, bagi satu goreng pisang tu” si isteri minta disuap satu goreng pisang ke mulutnya.
“Lah, tinggi tembok dia naikkan dah tu, abah” kata anak sulung Pak Leman sambil memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah rumah belakangnya.
“Dah tu kenapa? Kecewa lah tu tak dapat skodeng lagi anak dara dia menyidai pakaian kan? Macam abah tak tahu!” kata Pak Leman. Jauh dalam sudut hati, dia juga agak kecewa. Semuanya sudah tidak lagi terhidang depan mata. Laman jiran belakang dah jadi laman rahsia.
Duhai suami,
peliharalah aurat ahli keluargamu.
Apabila kau mengambil berat akan hal ini, pasti kau akan berusaha melaksanakan satu cara. Yang pasti, dengan niat kau untuk memelihara, pasti Allah akan mudahkan cara.
Tatkala itu juga kedamaian terasa. Rumahmu tidak lagi membuatkan anak isterimu terseksa. Melangkah mereka dengan aman sentosa.
Kini tembok yang dibina menjadi dekor luar biasa! Lagi elok ia menjadi ikutan jiran tetangga. Kau juga dapat pahala kerana memulakannya.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Perkara Yang Wanita Selalu Rahsiakan Pada Suami, Lelaki Tolong Ambil Tahu Kalau Betul Sayang Bini!

Isi Kandungan
ToggleWanita sememangnya suka simpan rahsia apatah lagi dengan pasangan yang dicintainya. Sikap ini terbawa-bawa hingga golongan lelaki melabelkan kaum hawa sebagai wanita misteri.
Pada dasarnya, setiap wanita ingin pasangan mereka memahami mereka, namun mereka tidak pernah sekali pun cuba berterus-terang.
Mereka lebih selesa pasangan memahami mereka secara natural, tetapi kaum lelaki yang kerap bertindak mengikut logik jarang dapat meneka rahsia atau apa yang berada di fikiran seseorang wanita. Jadi mereka lebih rela terus-menerus memendam perasaan dan merahsiakan apa yang mereka rasa. Apakah rahsia yang sering kali wanita rahsiakan daripada pengetahuan anda?
1. Nak pasangan yang rajin uruskan hal rumah tangga
Wanita sememangnya dapat melakukan tugas tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Biar pun memiliki kerjaya yang hebat, di rumah mereka masih mampu menguruskan rumah tangga dengan baik iaitu memasak, mengemas serta menguruskan anak kecil. Biar pun ada yang menggelar isteri anda superwoman, namun dalam masa yang sama tahukah anda bahawa isteri sebenarnya sangat berharap anda dapat menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanannya di rumah. Belajar ringan tulang dan bantu mereka walau apa pun keadaan mereka.
2. Nak dipujuk setiap kali marah
Setiap kali marah, wanita akan cuba menyembunyikan kemarahannya dengan mendiamkan diri. Sebenarnya mereka sedang memberi tempoh untuk anda memujuknya. Ungkapan “minta maaf” merupakan perkataan keramat yang sedang dia nantikan kala ini. Sekiranya anda mengambil jalan tengah dengan memohon maaf atau membelikan sesuatu yang istimewa, pasti hati wanitanya akan cair.
3. Cukup takut kehilangan suami
Kebiasaannya wanita akan melakukan mogok atau mendiamkan diri apabila marah seterusnya berpura-pura seperti tiada masalah yang melanda. Walaupun hubungan anda dengannya baik-baik sahaja, namun wanita sering kali dilanda perasaan gusar jika suatu hari nanti dia bakal kehilangan anda. Sebagai pasangan, wajar anda belajar menghargai mereka. Biar mereka rasa selamat ketika berada di samping anda.
4. Lelaki pandai memuji dan jaga hati
Isteri anda cukup gemar memasak, tanpa disuruh dirinya akan menyiapkan juadah untuk anda sekeluarga setiap hari. biarpun telah menjadi rutin hariannya memasak. Namun sebagai pasangan yang prihatin, pujilah masakan isteri anda tanda anda mengambil hati. Malah, sikap anda yang sebegini bakal membuatkan sang isteri semakin bersemangat untuk menyajikan juadah terbaik untuk anda. Pujian yang ikhlas akan membuatkan hubungan kalian bertambah erat.

5. Bila suami tak pernah berahsia
Selain memahami keadaan dirinya, wanita juga bijak membaca tingkah laku dan gerak tubuh pasangannya. Jadi awas jika anda berniat untuk berbohong. Wanita mudah mencium perlakuan negatif anda, jadi hentikanlah hari ini. Sikap yang paling positif adalah dinasihatkan agar anda sentiasa berterus-terang dan bersifat terbuka dengan pasangan.
6. Kejutan, biarpun kecil tapi besar maknanya
Wanita sememangnya gemarkan kejutan, apatah lagi daripada pasangan yang disayangi. Tidak perlu keterlaluan, hanya sekadar memberi sesuatu yang istimewa sempena hari lahirnya atau ulang tahun perkahwinan kalian, pasti dia sangat terharu.
Tidak percaya, cubalah!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menghukum Dengan Kekerasan, Malukan Anak Kencing Malam! Boleh Buat Mereka Bertambah Stres

Isi Kandungan
ToggleMenghukum dengan kekerasan, malukan anak kencing malam! boleh buat mereka bertambah stress. Jelas sekali situasi ini tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya menambah beban pada anak.
Ternyata menghukum secara keras bukanlah satu tindakan yang tepat bagi anak-anak yang mengalami masalah kencing malam. Masalah kencing bukan dibuat-buat, sebaliknya mereka tak sengaja.
Ikuti perkongsian Puan Siti ‘Aisyah Rozalli ini dan hadam baik-baik mak ayah.
Menghukum Dengan Kekerasan
Tolong jangan hukum, rotan anak yang kencing malam!
Jangan!
.
Saya terbaca komen ini di satu page confession yang berkongsi tentang kisah seorang wanita yang pernah berkahwin dengan lelaki yang ada minat aneh: Adult Baby Diaper Lover (ABDL).
Ex-husband dia ada minat pakai diaper sampai sudah kahwin. Ini masalah mental yang perlukan rawatan dari pakar psikiatri. Ada banyak research mat salleh buat pasal ABDL ni. Boleh Google. Benda ini agak rare sebenarnya.
Tapi… dekat ruang komen…
Allahu akbar….
Baca Di Sini : Pulihkan Anak Kencing Malam Dengan Rawatan Hipnosis, Taklah Nanti Mak ‘Rengsek’ Basuh Cadar Tiap Pagi
Malukan Anak Kencing Malam!
Puan ni komen menyalahkan ibu ayah ex-husband tu yang tak hukum anak. Sebab lelaki tersebut ada history terkencing malam semasa kecil.
Saya tak nafikan ada benda yang tak sepatutnya parents lelaki tu buat, yang sebenarnya menyumbang kepada anaknya rasa ABDL tu normal.
Tapi!!!
Perbuatan menghukum, merotan bila anak kencing malam adalah salah!
Hukum-hukum ini lah sebenarnya yang boleh lead anak berahsia, tertekan dan boleh menyumbang jadi ABDL!
Baca Di Sini: Anak Umur 6 Tahun Terkencing Dalam Seluar, Rupa-rupanya Dah Jadi Mangsa ‘KOREK’!
Boleh Buat Mereka Bertambah Stres
Menghukum anak kencing malam dengan kekerasan, memalukan anak, boleh buat anak stres sehingga tak selesai pun masalah terkencing malamnya.
Menghukum anak kencing malam begitu boleh buat anak jadi penipu. Sorok masalah dari ibu bapa.
Anak boleh benci ibu ayah.
Lagi scary…
Anak boleh benci diri sendiri!!!
Akan berisiko untuk lead kepada masalah psikiatri yang lain pula
Kencing malam ini perlukan rawatan.
Nama saintifiknya Nocturnal Enuresis.
Involuntary urination that happens during sleeping.
Involuntary = luar kawalan.
Lakukan Rawatan Susulan
Ianya perlukan rawatan dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
Takde anak saja-saja kencing malam suka-suka dia…
Jumpa pakar kanak-kanak kalau anak masih kerap kencing malam selepas umur 6 tahun.
Biar doktor periksa kenapa.
Ada jangkitan kat salur kencing ke.
Anak jenis heavy sleeper ke.
Anak ada trauma yang kita tak tahu ke.
Setiap tu, ada rawatan yang berbeza.
Bukan menambah beban pada anak tu dengan hukuman dan memalukan.

Tolonglah jangan ada mentaliti macam ni.
Tolong sangat-sangat.
Kasihanilah anak tu.
Mingguan Wanita : Cuba ajar anak-anak jika mereka mengalami masalah, namun jika masalah tidak dapat diselesaikan cubalah dapatkan pandangan doktor atau pakar. Setiap masalah pasti ada jalannya.
Sumber : Puan Siti ‘Aisyah Rozalli
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI