Biasanya selepas menggunakan blender untuk kisar cili, bawang, kunyit dan sebagainya biasanya bau dan warnanya akan melekat pada bekas tersebut. Jadi masalah bila ada satu blender je dan nak digunakan untuk kegunaan lain pula, seperti kisar adunan kek atau air buah. Jangan risau, boleh atasi bau yang melekat ni dengan tip yang dikongsikan daripada Dapur Ibu ni.
Berikut perkongsian tersebut.
“Saya ada 1 je jag blender. inilah jag untuk blend bawang / cili / blend air buah / blend adunan kek jugak.Dan setiap kali lepas guna, saya akan cuci dengan soda bikarbonat + garam + sabun pencuci pinggan. Blendkan semua bahan ni. Cuci bersih.”
“Segala bau semua hilang ye. Dan garam tu jugak befungsi untuk menajamkan lagi pisau blender tu.”
Ada yang buat macam saya jugak tak ?
Ads
Info Ekstra!
Garam tu garam kasar ye.
Soda bikarbonat, soda yang kita guna buat masak tu.
Sukatan :
Ads
2 sudu soda bikarbonat + 2 sudu garam kasar + pencuci pinggan (ni agak-agak je ) + air 2 cawan
Air blend tu nanti saya akan guna untuk cuci pinggan mangkuk. Dan hasilnye pinggan mangkuk akan lebih bersih.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi setiap kali lepas guna blender, bolehlah bersihkan ikut tip yang dikongsikan ini. Barulah bau yang melekat semua hilang.
Memang ada benarnya jangan buang almari lama yang dah rosak, boleh DIY jadikan buat rumah kucing seperti ini. Memang idea kreatif dan boleh dijadikan inspirasi malah menjimatkan kos tak perlu beli sangkar lain.
Idea menarik ini dikongsikan oleh Puan Izyan Suraya yang berkongsi video transformasi almari lama rumahnya di akaun TikTok beliau @izyanwasabee.
Rumah kucing tersebut dibuat khas untuk anak kucing kesayangan yang dipeliharanya. Menariknya almari yang telah diubahsuai ini menjadi rumah kucing yang dilengkapi dengan ruang tidur, kawasan bermain, laci simpan barangan, aksesori,pasir dan makanan kucing.
Malah ia turut dilengkapi dengan jejaring besi untuk pengudaraan dan pencahayaan. Wanita ini juga mengalas ‘lantai’ rumah kucing tersebut dengan underpad yang ‘waterproof’supaya tidak basah mahupun kembang sekiranya terkena air.
Anggaran Kos Kurang RM150
Berkongsi maklumat lanjut, katanya anggaran kos keseluruhan untuk menghasilkan sendiri ‘rumah kucing’ ini kurang dari RM150. Malah kebanyakan barangan dibeli secara online di shopee sahaja dengan harga berpatutan. Sebagai contoh;
Ramai yang berkongsi keterujaan dan memuji idea kreatif yang Izyan lakukan. Tidak kurang ingin menjadikan inspirasi, mengubah almari lama kepada rumah kucing.
Siapa sangka dengan menggunakan rumput liar dan air hujan juga boleh dijadikan baja untuk menyuburkan tanaman. Sangat semula jadi, lebih jimat malah tak perlu keluarkan kos pun. Resipi baja ini idea daripada Jadam Liquid Fertilizer dari Korea yang dicuba sendiri oleh Encik Syafiq Baharin.
RESEPI BAJA SUBUR BUAT SENDIRI (KOS HAMPIR PERCUMA!)
Resepi buat baja cecair ni saya belajar dari kaedah JADAM from Korea. So far ni baja utama yang saya pakai kerap disamping sekali sekala letak baja tinja kambing.
Hasil dia Alhamdulillah sangat subur. Dengan izin Allah swt. Kos dia hampir RM0. Hanya kos beli tong tu je, kalau pakai tong sedia ada, kira zero cost la ni.
Nak buat dia perlukan 3 bahan je.
1. Air hujan (Kalau takda, air paip boleh tapi biarkan dalam 3 4 hari dulu sebelum buat baja ni.)
2. Leaf mold.
– Pergi cari memana pokok besar yang bawah pokok tu banyak daun kering gugur, lagi tebal daun kering terkumpul situ, lagi bagus.
– Cari satu spot, tolak daun-daun kering tu ke tepi. Akan nampak ada 1st layer tanah yang warna gelap kehitaman.
– Ambil lah dalam dua genggam tanah gelap tu, itulah namanya Leaf Mold.
3. Rumput liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana, kalau mesin, rumput tu jangan buang. (Apa jenis rumput liar pun takpa.)
INI CARA NAK BUAT :
1. Ambil satu tong, tong ni terpulang lah janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh. Tapi kalau kita nak pakai lama, pergi kedai hardware dan tanya ada tak tong terpakai warna biru ni. Saya beli dalam RM45 rasanya hari tu.
2. Penuhkan 2/3 dari tong tu dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong tu.
3. Penuhkan tong tu dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar tu.
4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah tu tenggelam dalam air tu.
5. Tutup dan biarkan at least 2 minggu dalam tong tu.
6. Lepas 2 minggu, boleh start pakai. Lagi lama peram, baja ni akan lagi kaw. Nak peram setahun pun takda masalah.
Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.
CARA NAK PAKAI BAJA NI.
1. Ratio penggunaan dia adalah 1:100.
Maksudnya, setiap 1000 ml air, letak 10 ml je air baja ni. Kacau sebati.
– Boleh siram je kat apa-apa pokok seminggu sekali.
– Nak spray secara foliar kat daun pun boleh, tapi tapis lah dulu air baja tu sebab supaya spray tak tersumbat.
Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja).
Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru up kalau perlu.
Kalau baja ni nak habis dan nak tambah, just tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong sama tu, penuhkan semula rumput liar dan air hujan tu. Tu je.
Kos nak buat baja ni rasanya kat tong tu je, lain-lain semua barang dari sekeliling je.
Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar tu, pakai pula berapa ML je setiap kali pakai dan pokok memang subur insyaAllah, berapa lama dapat jimat kos baja?
Semoga bermanfaat. Semua kredit resepi baja ni (Jadam Liquid Fertilizer) ditujukan kepada pengasas JADAM dari Korea.
Wife saya panggil ni baja longkang sebab rupa dan bau dia. Haha. Kadang2 bila ada sayur kat rumah tak habis dan kecut, saya sumbat je dalam tong ni. Lagi kaw jadinya. InsyaAllah.
Ni Alhamdulillah kangkung hasil baja ni.
Ni pun sama, saya sumbat kangkung, bayam merah, bayam hijau, kailan dan sawi dalam satu batas. Alhamdulillah subur walaupun rapat-rapat. Duk siram dengan air baja ni la.
Mingguan Wanita: Wah menarik sungguh guna air hujan, mold leaf dan rumput liar sebagai baja untuk suburkan tanaman. Boleh cuba nanti, sangat jimat kos dan tak perlu beli baja lain lagi.
Kulit putih semulajadi. Ramai wanita mengimpikan kulit putih. Beruntunglah siapa yang memang dilahirkan berkulit cerah. Tak perlu nak fikirkan pengambilan suplemen atau ubatan.
Namun, bagi wanita yang nak kulit putih semulajadi, jangan terlalu mendambakan kepada ubatan atau suplemen, bimbang ia memudaratkan kesihatan dalaman. Ada cara yang boleh kita lakukan dengna cara jimat dan mudah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...