Bapa ini mencuba empat tip yang membuatkan anak kecilnya seusia 3 tahun bebas daripada memakai lampin pakai buang. Sebenarnya, cara ini jika dipraktikkan pada anak bawah usia 3 tahun pun berkesan sungguh.

Paling seronok, walaupun cuma mencuba untuk sehari, usaha bapa ini, Mohd Fadhli berjaya. Anaknya kini mampu membuat air di tandas tanpa bantuan lampin pakai buang.

Tips Anak Tidak Pakai Lampin Seawal 3 Tahun Hanya SEHARI Sahaja

Anak saya berumur 3 tahun. Ini hanya perkongsian. Mungkin, anak anak anda lebih awal dari anak saya yang mana mampu buang air di tandas tanpa memakai lampin pakai buang.

Pada awalnya saya dan isteri amat kurang yakin atas kemampuan anak sulung kami. Tetapi selepas dinasihati oleh seorang doktor Klinik Simpang Ampat, Melaka kami menyahutnya. Antara nasihatnya ialah latih anak tidak memakai pampers pada waktu cuti.

Baiklah, saya cuba kongsikan bagaimana cara saya dan isteri melatih anak tidak memakai pampers hanya sehari sahaja.

1. Niat Itu Penting

Tanamkan niat dan keyakinan dalam hati kita (ibu bapa) hanya Allah yang mampu latih dan didik anak anak kita. Kita hanya usaha

Keyakinan itu penting. Keyakinan yang tinggi akan memberi harapan yang menggunung. Bila kita yakin dan tanamkan segala pada Allah, maka segala kemungkinan seperti anak kita terkencing atau terberak kita akan hadapi dengan tenang tanpa marah marah.

2. Ulang-ulang Ingatkan Anak, Bila Anak Lupa.. Ingatkan Lagi

Sebelum kita latih anak tidak memakai pampers, ulang ulangkan peringatan kepada anak (ambil masa)

Peringatan ini bukan dilakukan sehari atau du hari. Tetapi peringatan ini mula dilaksanakan setelah anak kita mampu respon segala arahan ibu bapa yang mudah mudah.

Lazimkan semasa tukar pampers ditandas (sewaktu pakai pampers). Cakap padanya.

Ads

Ini tandas, tempat buang air

Kalo buang air, kene basuh bersih bersih

Selalu ulang ulang. Mengikut kreativiti anda.

3. Lepas Ingatkan, Fahamkan Anak Dengan Arahan

Pada hari pertama tidak memakai pampers, kene tegaskan pada anak. Peringatan hendaklah diberi dengan jelas.

Anak anak kita pada peringkat umur 3 tahun hingga 7 tahun mampu mengingat dan faham dengan pantas segala arahan dan apa yang di dengari. Contoh ;

Akak tak pakai pampers tau, nanti kalau nak kencing bagi tahu abi dan umi, ingat tu

Ads

Ulang banyak banyak kali sewaktu pakaikan baju dan seluarnya.

Oleh sebab itu, lazimkan anak anak dengan selawat, zikir dan alunan Quran ketika ini. Kerana mudah untuk mereka ingat.

4. Biar Mulut Mak Ayah Bising Bertanya..

Selalu bertanya ketika dia sedang main atau leka buat sesuatu.

Ketika anak sedang bermain, seringkan bertanya dan buat buat tanya . Contoh ;

Akak nak kencing tak…..”

Ads

Akak nak berak tak…….

Kalo nak kencing berak bagi tahu abi tau…

 

Lepas Cuba 4 Tip Ini, Dalam Masa SEHARI Anak Bawah 3 Tahun Dah Bebas Pakai Lampin

Syarat Ini Kena Jelas

Kesimpulannya di sini jika mahu anak anak kita seawal tiga tahun tidak memakai pampers dan mampu beritahu kita untuk buang air. Perlu ada beberapa syarat ;

1. Keyakinan
2. Komunikasi yang jelas
3. Sabar.

Sampai sini dahulu, perkongsian saya. Akan datang saya akan kongsikan bagaimana hendak didik anak bila sakit sahaja dia tahu angkat tangan dan doa se awal 3 tahun.

Perkongsian ini dari seorang abi yang MUDA.

Sumber/Foto : Mohd Fadhli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI