Lepas bersalin Ozlynn berpantang 100 Hari bersama suami, begitulah yang diluahkan oleh pelakon atau pemilik nama sebenar Rozlinawaty Ismail. Isteri kepada pelawak Johan ini mengakui dia sentiasa memastikan dirinya menjaga tubuh badan dengan rapi terutama selepas bersalin demi kesihatan diri sendiri.
Baru saja menimang cahaya mata keenam yang diberi nama Cherdiq, Ozlynn sebelum itu turut dikurniakan lima orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.
Ozlynn yang kini masih lagi berpantang anak keenam, berkongsi tip, petua dan nasihat untuk pengikutnya.
Menurut Ozlynn, dirinya sudah terbiasa dengan amalan penjagaan kesihatan tubuh badan sejak remaja dan tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan rutin tersebut apalagi baru sahaja bersalin.
Paling penting, Ozlynn juga menyatakan dirinya mengamalkan pantang bersama suami selepas 100 hari bersalin.
“Pantang dengan suami kalau boleh biar la lepas 100 hari. Pandai-pandaila nego. Paling tak pun selepas 44 hari kan. Suami yang baik akan sokong untuk jaga jaga kesihatan isteri.
“Kami cuti lama, buat kaum hawa jangan stress-stress jika ada perubahan pada bentuk tubuh kita,” nasihat Ozlynn.
Dalam pada itu, Ozlynn juga menyatakan masih lagi berpantang dalam bab permakanan walaupun sudah usai tempoh 44 hari.
“Tapi, jujur saya cakap, selalunya selepas habis pantang 44 hari, saya masih lagi berpantang. Tak ambil makanan bersifat sejuk, makanan sejuk beku, makanan segera, air kordial, air gas, air tin. Ada itu, saya pantang sampai dua tahun tak usik makanan-makanan begitu.
“Tapi bergantunglah pada apakah makanan dan minuman itu. Selalunya juga, selepas bersalin normal, tiga bulan kemudian saya akan perlahan-lahan buat senaman ringan.
“Kalau bersalin secara pembedahan pun aku ada pengalaman. Selepas enam hingga lapan bulan, baru boleh start senaman manja-manja dan hasilnya baby nak masuk 10 hingga 12 bulan perut aku dah tegang balik. Aku kadang bila tiba baby dah tiga bulan aku ambil balik pakej berpantang paling kurang seminggu atau dua,” tulis Ozlynn.
Ozlynn juga akui dia begitu menitik beratkan penjagaan dalaman bukan kerana suami tetapi untuk diri sendiri.
“Ada yang cakap bagus Ozlynn jaga dalaman untuk suami. Hello! Saya jaga badan untuk diri sendiri, bukan suami. Sebab, kalau sakit, bukan suami kita yang boleh ambil sakit itu pun. Tetapi, rezeki suami kita dapat kita yang jenis menjaga dalaman.
“Adakala saya buat sendiri saja. Bersauna, berbengkung sendiri. Ada rezeki lebih, dapatlah ambil tukang urut. Apa pun, kita semua kena sedar diri tahap kemampuan keluarga kita. Tak perlu ikut orang.
Baca Disini Juga:
“Mak-Mak Paling Penat, Sebab Kita Paling Awal Bangun & Terakhir Tidur” Ozlynn
“Beranak Ramai Ke Sikit, Kena Seiring Dengan Tanggungjawab,” Ozlynn
“Ada juga orang yang ada duit, tapi tak nak jaga diri. Jadi berhentilah cakap, ‘alahai, kau ada duit bolehlah…’. Bagi saya, kalau rajin, tak payah guna modal pun boleh jaga badan. Contohnya, buat kerja rumah pun kategori senaman juga tahu.
“Basuh bilik air, tukar cadar katil, berus baju putih guna tangan. Jadi, jawapannya, bersenam ini tak semestinya pergi gimnasium. Satu lagi, banyakkan minum air suam. Saya sentiasa ada botol besar sebelah dan akan sentiasa suam,” kongsi Ozlynn
Sumber: Instagram jozlynnhanania