Lepas berpisah, sebaiknya ‘tutup buku lama’ dan move on. Jangan dikenang segala kepahitan dan kesedihan yang dialami hingga menyebabkan perceraian menjadi titik noktah perkahwinan. Ya, memang tak mudah. Bahkan, hanya yang mengalaminya saja yang tahu betapa peritnya derita akibat perpisahan.
Walau bagaimana pun, tiada gunanya lagi untuk terus berduka. Hidup tetap perlu diteruskan lebih-lebih lagi demi untuk anak-anak. Andai sedih, usah berlama-lama membiarkan diri larut dalam kesedihan itu. Kasihan anak-anak yang menjadi saksi. Sepatutnya kita kena buat demi anak-anak.
Ramai wanita yang tekad memilih perceraian kerana tidak sanggup lagi terus berada di dalam perkahwinan yang tidak lagi memberikan senyuman dan kebahagiaan pada mereka. Andai itu sebabnya, syabas kerana itu langkah bijak. Semua orang berhak bahagia. Kenapa hendak terus memendam derita? Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan.
Baca artikel lain di sini:
Bahagia Kita Sendiri Kena Cari, Bercerai Bukan Halangan Untuk Kekal Gembira
Isteri Minta Cerai, Sebab Suami Tak Pernah Tinggikan Suara, Terlalu Rajin Buat Kerja Rumah
Jarang perceraian dilakukan secara baik. Sering kali terjadi, pihak ini menyalahkan pihak yang di sana. Begitulah sebaiknya. Ya, antara punca perceraian bila tiada lagi persefahaman dapat dicapai. Oleh itu, apabila sepakat untuk berpisah, masing-masing kena berlapang dada demi anak-anak.
Jangan terus dicanang buruk dan aib pasangan kerana ia tidak mampu mengubah apa yang telah terjadi. Bahkan hanya memburukan lagi keadaan. Bayangkan bila dikongsikan di media sosial. Apa perasaan anak-anak bila membacanya Atau anak-anak terdengar? Tentu tak elok.
Memang susah apatah lagi bila kita rasa perceraian itu terjadi bukan sebab salah kita. Tapi, renungkan dalam-dalam. Tak ke mana pun kalau masih menyimpan dendam dan amarah dalam hati. Masing-masing pun dah bawa haluan hidup sendiri. Belajarlah untuk memaafkan kerana percayalah, ia akan buat kita akan rasa lebih tenang. Tutup rapat-rapat kisah duka yang telah pun berlalu dan tekad serta semangat untuk teruskan hidup dengan lebih bahagia dan positif. Itu lebih baik kan?
Walau seburuk mana pun pasangan kita dulu, ia tetap ayah kepada anak-anak kita. Itu tak dapat nak diubah. Jadi, demi anak-anak, cubalah jalin hubungan baik dengan bekas pasangan. Mungkin tak lah begitu baik, cukuplah jika tak menghalang hubungan antara anak-anak dan ayah mereka. Beri ruang untuk mereka tetap merasai kasih sayang seorang ayah walau pun mak ayah sudah bercerai.
Ada kalanya kita kena korbankan perasaan sendiri demi anak-anak. Demi nak lihat anak bahagia, kalau perlu berlakon dan berlagak semuanya okay, buatlah. Mungkin hati kita masih belum dapat sepenuhnya memaafkan tapi demi anak-anak, sentiasa tunjukkan bahawa kita dah ‘move on’.
Sentiasa katakan pada anak-anak, perpisahan itu antara mak dan ayah. Tapi mereka tetap akan disayangi oleh kedua pihak. Itulah yang terbaik untuk anak-anak.
Jangan sesekali bercerita soal keburukan ayah mereka pada anak-anak hingga menimbulkan kebencian di hati mereka kelak. Kalau ada orang lain yang bercakap keburukan pasangan kita pun, nasihatkan mereka supaya berhenti. Tak elok anak-anak dengar. Ia sesuatu yang tidak sihat untuk perkembangan anak-anak. Kenapa hendak diseret mereka di dalam konflik kita dengan pasangan?
Mungkin sukar untuk berbaik, namun sekurangnya jangan jadikan dia musuh. Sekurang-kurangnya dia pernah hadir dalam hidup kita dan tentu ada secebis kenangan indah yang pernah diberikan pada kita dulu. Terima takdir bahawa jodoh kita bersamanya tak panjang.
Apa pun, kita telah memiliki zuriat bersamanya yang perlu dijaga dan dilindungi. Jangan kita menjadi penyebab anak-anak tidak bahagia ye.
Jangan lupa follow kami di: