Akui anak ini, Pe Chey suatu ketika dulu ibunya pernah alami sakit meroyan. Sampai ibunya hilang diri sendiri. Bila mak tak macam mak yang mereka kenal, maka bukanlah sesuatu yang mudah untuknya uruskan mak sakit yang ketika itu dia sendiri sedang hadapi peperiksaan besar SPM.
Apa pun, itulah pengalaman hidupnya yang paling mahal. Dan itulah juga yang mematangkan dirinya menjadi anak malah suami yang bertanggungjawab pada keluarganya.
Mak Sakit, Lupa Siapa Dirinya..
Mak sakit. Sakit meroyan.
Sakit yang buatkan mak bukan macam mak.
Mak lupa siapa dia, mak meracau-racau
Tahun 1991, mak lahirkan adik aku yang bongsu setahun sebelumnya. Adik Ani. Aku masa tu di tingkatan 5. Along ( abang ) dengan akak-akak dah tak ada kat rumah.
Diaorang semua ada yang dah kahwin, yang dah kerja kat Kuala Lumpur. Diaorang dah tak duduk kat rumah dah. Sedih aku.
Akulah anak paling tua masa tu. Akulah abang, akulah kakak. Adik bawah aku, Aja sekolah pondok kat Baling.
Tingallah Apit, Kila, Yati, Aya , Amin dan Ani, si kecik sekali. Kamilah yang kena kemas rumah. Aku yang kena arahkan.
Bukan senang aku nak menggalas tanggungjawab tu. Selama ni, ada akak. Pada kakaklah aku dan adik lain bergantung harap. Pada kakaklah kami semua bermanja.
Akak Chom dan akak Wani.
Diaorang berdualah yang banyak berkorban untuk aku dan adik yang lain. Baik bab buat susu, nak.makan, mandi, basuh berak segala.
Sebenarnya masa mak beranakkan Amin, tahun 1986 dulu, mak dah pernah kena meroyan ni. Kau yang baca ni, kalau tak faham apa tu meroyan boleh google bagi faham.
Jadi kali ini mak kena balik. Kali ini pulaklah paling teruk. Mak dah tak rupa mak yang selama ni kami kenal. Dia berubah terus.
Bayangkanlah lepas pantang, mak dah tak terurus. Bab masak, nasib baik ada aku dengan Apit. Kami berdua masak ikut apa yang kami reti. Telur goreng tu standard.
Pernah satu hari tu, Apit yang masa tu baru darjah 6, masak kari ikan. Aku terkejut. Aku tanya dia,
” Mana kau reti masak kari ikan ni Pit? Gilalah. Sedap pulak tu kau masak ni.”
” Aku tengok mak masak. Aku tiru jelah.”
Aku ketawa, Apit gelak. Kami sama-sama menyudu kuah. Kami hidang. Ajak adik lain makan. Ada yang aku kena suapkan.
Mak perlu dimandikan. Berak kencingnya juga kena dibasuh. Aku dengan Apit kena sama-sama bawa mak ke bilik air, bersihkan mak. Mak dah hilang ingatan. Datang murungnya, dia menjerit. Datang amuk, dia mengamuk.
Bukan Senang Nak Jaga Mak..
Bukan senang nak jaga mak. Mak kena dijaga sepenuhnya. Kalau tak, dia lari dari rumah. Banyak kali dia ugut dia nak lari. Abahkan polis. Kerja polis faham-faham jelah. Tak tentu masa.
Ads
Akulah kena tunggu mak. Itu pun aku curi-curi keluar pergi sekolah waktu petang untuk berlatih hoki. Aku pesan Apit untuk jaga mak.
Pagi, waktu aku pergi sekolah. Aku pesan kat Acu ( Maksu, adik mak ) yang duduk depan rumah tengokkan mak. Banyak benda aku kena pikul waktu tu. SPM adalah puncak apa yang aku perlu kecapi.
Kau ingat aku senang nak belajar masa tu?
Tuhan je tahu siksanya aku nak ambil SPM.
Aku, masa tu rasa nak menangis, nak menjerit, nak lari, nak apa tah aku pun dah lupa. Mana taknya, tengah-tengah malam mak mengamuk. Dia punya mengamuk, memang aku terbang.
Berjaga Depan Pintu, Sebab Tak Bagi Mak Keluar Rumah
Pernah satu malam tu, abah kerja malam. Mak mengamuk. Dia nak abah balik. Entah apalah dia fikir masa tu. Aku pegang mak. Peluk. Mak tolak pakai siku, aku terpelanting ke dinding.
Sepanjang malam tu aku tidur duduk depan pintu rumah. Mak banyak kali tolak aku. Aku tolak mak balik. Aku pujuk mak suruh pergi tidur. Aku dah penat masa tu, letih ya amat.
Ads
Dia tengok je aku. Muka garang macam harimau. Aku tunjuk tempat tidur dia. Dicarutnya aku macam-macam. Aku sabar. Mak tengah sakit. Mak meroyan.
Aku tertidur kat pintu rumah sampi ke Subuh. Bila abah balik kerja, abah tanya aku, kau tidur tak. Aku jawab, tidur bah. Tidur-tidur ayam. Ayam apa, aku tak pasti.
Jenuh juga bawa mak berubat. Kadang-kadang nampak dah sembuh, lepas tu datang balik. Begitulah mak masa sakit dulu. Betapa aku dapat pengalaman yang tak terperi menjaga mak sakit masa tu.
Air mata aku kering masa tu hinggakan seolah terlupa untuk menangisi nasib aku yang diuji oleh tuhan dengan sedemikian rupa.
Mak sakit meroyan, aku ikut sakit juga. Sakit jiwa raga nak SPM masa tu. #NfI #ceritamak
Kenangan- kenangan ini aku simpan kemas dalam sanubari. Tak pernah aku lupa akan setiap apa yang pernah aku lalui dulu. Perit dan deritanya mematangkan aku. Aku anak, aku abang dan kakak pada adik-adik aku dulu.
Sharekan kalau kisah ni best.
MW : Hebatnya pengorbanan anak ini. Syukur, sisi positif yang anak ini kutip dan akhirnya, anak membesar menjadi ayah yang hebat di mata anak-anaknya pula.
Selepas beberapa hari, akhirnya isteri kepada vokalis Seventeen, Dylan Sahara, 25, ditemui mati selepas badai tsunami malam Sabtu lalu.
Orang ramai turut bersimpati apabila melihat video yang tular di media sosial memaparkan detik bagaimana ombak besar tsunami akibat dari letusan gunung anak krakatau di Selat Sunda menghancurkan pentas utama konsert yang sedang rancak berlangsung pada hari kejadian.
Kematian Dylan Disahkan Ifan Seventeen (Suami)
Berita kematian Dylan disahkan suaminya, Riefan Fajarsyah atau Ifan melalui Instagram dan meminta orang ramai mengirimkan al-Fatihah buat isterinya.
Dylan yang juga seorang pelakon dan pengacara hilang sejak Sabtu lalu selepas pentas persembahan kumpulan Seventeen di Tanjung Lesung Beach Resort dipukul gelombang tsunami.
Menurut sumber berita dari Indonesia, jenazah Dylan ditemui di Hospital Pandeglang selepas dikenal pasti kira-kira jam 7 malam (waktu tempatan).
Pengurusan Seventeen, Aconk berkata, ketika ini, jenazah sudah dibawa menuju Hospital Serang untuk dimandikan.
“Iya ditemui di Hospital Pandeglang, jamnya tidak tahu tetapi identiti sudah dikenal pasti.
“Perancangannya, sebaik dimandikan di Hospital Serang, jenazah Dylan akan diterbangkan ke kampung halamannya di Ponorogo, Jawa Timur,” katanya.
Ifan juga sudah melihat jenazah isterinya dan sama-sama menaiki ambulans menuju ke Hospital Serang.
Isteri Di Belakang Pentas Masa Kejadian
Ketika kejadian, Dylan yang berada di belakang pentas tempat Seventeen mengadakan persembahan untuk satu undangan acara himpunan sebuah syarikat elektrik Indonesia yang dihadiri 260 orang.
Ifan, satu-satunya anggota kumpulan itu yang terselamat selepas dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang dan Muhammad Awal Purbani serta pemain dram, Andi disahkan terkorban.
Sementara itu, Juliana Moechtar, isteri kepada gitaris Seventeen masih dalam keadaan berduka.
Jumlah mangsa yang maut dalam kejadian tsunami yang melanda Banten di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 222 orang. Manakala 843 cedera dan 28 mangsa masih lagi hilang dalam tragedi berkenaan.
Semoga saudara-saudara kita disana dalam keadaan baik baik sahaja. Salam takziah buat mereka yang kehilangan insan tercinta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Petua viral pisahkan anak dengan puting guna kunyit ini dikongsikan oleh bapa ini, Muhammad Zaini Jasni. Anaknya yang usia setahun 6 bulan itu penghisap puting tegar.
Prosesnya memang tak mudah. Ambil masa 6 hari juga nak memujuk anak lupakan emosi rentan ingat puting. Lagi-lagi waktu nak tidur.
“Anak saya seorang penghisap puting yang tegar. Dia mula menghisap seawal usia 2 bulan. Kadar ketegaran dia sehingga hendak mandi pun kena hisap puting.”
“Apatah lagi waktu dia hendak tidur. Puting ibarat candu yang tidak boleh berenggang dari mulut.”
Kata bapa ini lagi, untuk puting anaknya saja dia simpan siap-siap 5 ketul. “Sebab selalu hilang. Simpan dalam handbag, kereta, rumah malah rumah atuk dia.”
“Kalau tak ada memang masalah.”
Ramai yang menasihatinya. Minta dia pisahkan puting dari anak kecilnya itu. “Kalau tidak dari sekarang pisahkan dia dengan puting, akan datang bila umur meningkat lagi susah.”
Cuba 2 Petua Dulu, Tapi Petua Viral Guna Kunyit Paling Berkesan
“Jadi ada beberapa petua yang saya dan isteri gunakan.”
Pertama : Hilangkan Puting Dari Pandangan
Kaedah ni bertahan selama beberapa jam. Ketika mula bosan, dia mula mencari punting semula. Kami beritahu puting hilang, dia akan menangis dengan kuat. Gagal kali ini.
Kedua : Lumur Puting Dengan Halia
Isteri saya tumbuk halia halus halus. Kemudian puting tersebut dilumurkan dengan halia tersebut. Selepas digaul dengan sempurna, kami beri kan pada anak. Apa yang terjadi selepas itu, anak saya suka pula hisap dengan halia. Gagal lagi kali ini.
Ketiga : Petua Viral Guna Kunyit
Kami gaulkan punting dengan kunyit. Kali ini perapan lebih lama. Malam ketika hendak tidur kami berikan punting. Kali ini, anak tolak punting tersebut. Siap buat mimik loya dengan muka. Mungkin dia geli lihat puting tersebut dengan warna kekuningan.
Untuk Petua Viral Guna Kunyit, Prosesnya Ambil Masa 6 Hari
Anak akan merengek, panggil nama puting dia ‘KEKE’. So dia akan merengek ‘KEKE’ sampai terlelap.
1 – 3 Hari Pertama : Nampak dia macam tak selesa. Masa dia merengek ini, saya bagi puting lumur kunyit tu.
4 – 6 Hari Seterusnya : Dia dah start lupa. Cuma time nak tidur je baru minta. Kali ini selang seli dengan putting ada kunyit dengan putting bersih. Surprisingly bila dua-dua dia tolak.
“Video saya ambil tu lepas 2 minggu, dia totally tolak puting dan tak minta lagi.”
Seronok tau tengok instagram pelakon terkenal Rita Rudaini sekarang ini. Penuh dengan gelagat anak bulus Dahlia yang montel dan gebu. Macam-macam gelagat Dahlia akan Rita rakamkan.
Rita Rudaini pernah maklumkan tak lama dulu yang Dahlia ini boleh jadi penemannya. Memang betullah tu. Sekitar 14 Ogos lalu, Rita ada muat naik satu perkongsian tentang ‘anak baru’nya Dahlia.
Dahlia sekarang… gebu sungguh!
“Ini anak baru kami, Ryan dan Arjuna bagi nama sisthur diaorang ‘Dahlia’ ? Walaupun kami bukan pencinta kucing tapi anak-anak teruna kami ni pencinta haiwan.
“Dah lama dah mintak mommy bela cat. Bak kata Ryan ‘500 years Ryan tunggu mommy beli cat’ ?
“Hari tu tengok cerita King Kong minta nak bela King Kong, ? Katak masuk dalam kasut, minta nak bela katak tu ?? Ok mood mommy elok hari tu terus mommy pon beli atas cucukan maut aunty @hazelhisham n uncle badong @wathiqjewelry ??
“Kucing ni dia bole tau ek siapa tak suka dia? ? Kat mommy juga dia nak tidur, dia nak main-main ? ?? arrghhhhh!! helpppppp!! ???”
Lucu je baca tulisan Rita ini. Tapi rupanya dalam pada minta tolong tu, Rita dah berjaya membela Dahlia ini dengan baik sekali.
Dahlia Kucing Ada Ada
Bukan saja dibelikan rumah kucing bak istana, makanan untuk Dahlia pun bukan calang-calang tau. Makanan dalam tin yang khas untuk Si Dahlia. Sehari sekali Rita akan beri wet foof royale fancy feast.
Bak kata Rita Rudaini dalam hashtag itulah ‘DahliaCatHaveHave’.. kalau kita terjemah lebih kurang bunyinya ‘Dahlia Kucing Ada Ada’
Memang ada-ada sungguh si Dahlia ini. Dari bulan Ogos sampailah sekarang Dahlia dah membesar bagaikan Johan. Bulunya pun dah cantik dan gebu. Tak macam masa mula-mula Rita pelihara dulu.
Satu lagi, Dahlia ni bijak tau. Ada sekali tu, Rita tegur Dahlia. Suruh dia duduk diam-diam. Yang hairannya, Dahlia tu dengar cakap dan duduk diam-diam. Macam kata Ritalah, untung si Dahlia ni sebab dapat mommy garang.. hihi.
Sebenarnya ramai selebriti yang membela kucing ini. Tapi gelagat Dahlia dengan dua orang anak lelakinya dan Rita Rudaini ini benar-benar mencuit hati. Dahlia ini dah macam anak perempuan, siap mommy dia suruh behave jangan tidur terlentang.
Buat anda yang rindukan lakonan mantap Rita Rudaini, bolehlah lepaskan rindu layan drama terbaru Misi Laksa Dan Laksam petang-petang di kaca TV tu. Lakonannya bersama Aqasha. Kalau nak tengok aksi comel-comel Dahlia pula, Rita memang banyak kongsikan dalam instagramnya.
Jangan tak tahu, Dahlia ini pun ramai peminatnya tau. Follower Dahlia pun dah ada yang minta Rita Rudaini buatkan akaun instagram khas untuknya. Wah! untung betul anak bulus nama Dahlia ini.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...