Selalunya, selepas beli barang dan buat bayaran di pasar raya atau mana-mana kedai, terus kita laju saja jalan, resit pembelian terus masuk dalam beg.
Masa dalam kereta atau di rumah, mulalah terfikir-fikir, kenapa banyak perbelanjaan yang kita bayar tadi. Barulah nak tengok resit yang ada tersimpan dalam bag.
Mungkin ini juga salah satu kecuaian atau mingkin juga silap kita sebab percaya jumlah yang kita bayar sama dengan barang yang kita ambil.
Tak mustahil, ada juga mak-mak yang akan tengok resit dulu sebelum keluar dari pasar raya itu. Nak tengok satu persatu barang yang kita beli.
Bukan kita kedekut atau berkira, tapi keadaan inilah yang boleh membuatkan kita rasa teraniaya. Bukan kerana kedai atau pasar raya itu menipu, tapi disebabkan kesalahan teknikal, kita terpaksa membayar lebih.
Inilah yang terjadi pada Faiz Ibrahim, pengalamannya semasa membeli barang keperluan di sebuah pasar raya. Kena hati-hati dan periksa resit sebelum keluar daripada kedai ye!
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Tunda Bayar Hutang, Jadi Asbab ‘Putus Saudara’ & Tersekat Urusan ‘Di Sana’
Orang Susah Nak Bayar HUTANG, Halalkan, Mungkin Ini Pembuka PINTU REZEKI Kita
Info Lebih Menarik DI SINI
Hati-hati ketika membeli barang di Hypermarket
Selalu aku tengok orang kena, sekarang ni aku pulak yang terkena. Aku pergi Mydin haritu, lepas dah beli barang semua untuk Mak aku, sekali tengok Total RM890 macamtu.
Mahu aku tergamam kejap sebab selalunya paling banyak belanja adalah RM400 lebih saja. Aku duduk dengan Mak aku dan kebiasaan beli barang makan yang boleh tahan sekitar 2-3 minggu. Senang beli sekali terus, tak payah keluar banyak kali, covid kan.
Jadi, aku pun bayar saja walaupun rasa tak sedap hati. Cashier tu cakap, sebab awak beli banyak, sebab itu harga macam tu. Tapi aku masih sangsi dan bayar je dulu. Selepas bayar aku memang selalunya akan check resit semula.
Lepas check punya check, rupanya biji sagu yang harga RM1.40 ni, lepas scan jadi RM400. GILA BAPAK. Ini biji sagu Ayah Pin ke? Dasar biji sagu alam sebalik mata. Hahaha.
Aku terus ke khidmat pelanggan dia dan alhamdulillah pihak Mydin terus refund balik duit aku RM400. Ni aku puji sebab aku rasa proses aku mintak refund tu, smooth je.
Kesimpulannya adalah, lepas membeli, sila check resit. Kdnag-kadang harga di barang lain, tapi lepas scan, jadi lain. Biarlah orang nak kata kita ni berkira ke, kedekut ke, yang penting kita jangan bayar untuk barang yang kita tak beli atau barang yang harganya lain dari yang kita sangka. Jangan ditipu dan ditindas sebab nak cari duit bukannya mudah.
Jadi, tak kisah lah di mana-mana hypermarket kita beli, sila semak resit dan jadi bijak sikit. Kadang-kadang ada error dalam sistem dan jangan sebab error tu, kita dianiaya.
MW: Moral of the story, sebelum keluar dari mana-mana kedai, periksa resit dulu. Bukan sebab kita nak berkira apa, takut tersalah scan. Sekurangnya, kita pun bagi ingatan pada kedai supaya tidak berlaku pada orang lain.
Sumber: The Faiz Ibrahim
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita