Isi Kandungan
ToggleLepas 7 hari bersalin Izreen kongsi nama anak ketiga. Pelakon yang berasal dari Perlis yang baru saja seminggu melahirkan anak ketiganya membuat pengumuman menerusi Instagramnya.
Lepas 7 Hari Bersalin Izreen Kongsi Nama Anak
Bayi yang baru dilahirkan itu diberi nama Ali Idrees dan merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Ude yang dinikahinya pada 8 Ogos 2017.
Menerusi perkahwinan mereka, Izreen dan Ude turut dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
“Hai Auntie Uncle semua nama saya “ALI IDREES BIN MUHAMMAD RADZI” panggil Baby ALI aje okay..
“Saya dilahirkan pada 21/9/21 jam 9.06am dan berat 2.87kg (selama ni yang besar tu mama. ALI kecik saja,” kongsi Izreen yang telah bersalin di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Izreen Azminda & Ude Timang Anak Kedua “Lahirlah Seorang Lagi Putera Dalam Keluarga Kecil Kami”
Izreen Azminda Luah Rasa Kesal & Terkilan, Ada Pihak Berniat Jahat Cuba Menutup Periuk Nasinya
Belum Sedia Kongsi Wajah Anak
Sebelum ini, Izreen pernah menyatakan dia masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anak ketiganya kepada umum.
Berkemungkinan besar pelakon tersebut akan berkongsi wajah ahli keluarga terbaharunya itu selepas habis tempoh berpantang.
Untuk pengetahuan, Izreen turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.
Sumber/Sumber Foto : Instagram Izreen Azminda
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Rumah Tangga Bahagia Cara Johan, “Yang Pertama, Kau Kena Tahu Perempuan Selalu Betul”
Tip rumah tangga bahagia cara Johan, “Yang pertama, kau kena tahu perempuan selalu betul. Rumah tangga bahagia adalah impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Tip Rumah Tangga Bahagia Cara Johan, “Yang Pertama, Kau Kena Tahu Perempuan Selalu Betul”
Walaupun tiada formula yang sempurna untuk mencapai kebahagiaan, terdapat beberapa rahsia dan amalan yang boleh membantu mewujudkan suasana harmoni dan bahagia dalam rumah tangga.
Menerusi perkongsian di TikTok, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz berkongsi petua untuk memastikan perkahwinan sentiasa bahagia.
Menurutnya, lelaki terutama para suami perlu tanam dalam fikiran bahawa perempuan selalu betul dalam apa jua keadaan.
Ada dua sahaja. Kalau kata ada sepuluh tu semua tipu! Lelaki semua dengar.
Yang pertama, kau kena tahu perempuan selalu betul.
Yang kedua, kalau kau rasa kau betul tapi kau bergaduh, kau sepak diri kau, tengok balik nombor satu. Perempuan selalu betul.
@johanrajalawaak 😂😂🤣 #johanozlyn #fyp #foryou #foryourpage #fypp ♬ original sound – johanrajalawaak
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya setuju dengan petua yang dikongsikan oleh Johan. Isteri yang gembira melambangkan perkahwinan yang bahagia.
Berikut antara komen-komen warga maya.
Sekadar info, Johan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata.
Sumber: TikTok Johan Raja Lawak
Kredit foto: Instagram Johan & Ozlynn
Baca artikel lain juga: Ozlynn Manis Berhijab, Penampilan Sopan Tarik Perhatian Warga Maya
3 Tip Kebahagiaan Rumahtangga Ustazah Asma’ Harun
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kawan Anak Selalu Minta DUIT, Pesan Cikgu Mak Ayah Kena Tenang Tak Cepat Melenting!
Isi Kandungan
ToggleApabila berlaku kes kawan minta duit belanja anak di sekolah, pesan cikgu ini mak ayah perlu kekal tenang dan tak cepat melenting. Ini penting bagi membentuk serta mendidik anak-anak yang terlibat sekaligus dapat menyelesaikan kes tersebut.
Hadamkan perkongsian daripada cikgu Mohd Fadli Salleh ini.
Settle kes minta duit kawan.Budak-budak ni mudah sangat-sangat nak bentuk. Yang penting, jangan abaikan aduan ibubapa.
Minta Siasat Aduan Anak
Kisahnya ada parent mengadu kat guru kelas kata kawan anak dia selalu minta duit. Dia minta siasat dahulu dan sahkan kes. Dia tak percaya anak dia bulat-bulat. Dia turut minta cikgu nasihatkan juga anak dia.
Bagus sikap parent ni. Tak ada buat kecoh dalam grup wasap, pm guru kelas elok-elok, dan tidak terus menuduh, bahkan minta siasat.
Guru kelas pass kes kat aku. Aku panggil semua yang terlibat termasuk mangsa. Tak ada gertakan, tak ada tinggi suara, aku tanya dengan lembut je,
“Cikgu panggil bukan nak marah atau nak denda. Cikgu nak tanya je. Cuma cikgu tak suka orang bercakap bohong. Jawab je betul-betul. Boleh?”
Semua pakat angguk kepala.
“Cikgu dapat aduan dari mak Ali (bukan nama sebenar) awak berdua minta duit Ali minggu lepas. Betul ke?”
Angguk kepala.
“Kenapa awak minta duit dia? Kan cikgu dah pesan tak boleh minta duit kawan”.
Diam. Tunduk je kepala.
“Kenapa? Cuba jawab cikgu nak tahu. Awak tak bawa duit ke?”
“Bawa cikgu. Cikgu, saya minta maaf. Saya tak buat lagi. Saya ganti duit Ali esok,” kata salah seorang yang minta duit.Kawan dia pun ikut minta maaf. Siap hulur tangan lagi.
“Minta maaf dengan kawan awak tu. Esok, bawa duit lebih, ganti duit dia, faham?”
“Faham, cikgu”.
“Awak pula, cikgu dah pesan kan, kalau orang minta duit jangan bagi. Kenapa pergi bagi? Bagitahu cikgu lain kali. Faham?”
“Faham cikgu”.
“Dah. Pergi masuk kelas. Kawan elok-elok. Cikgu tak nak dengar lagi awak berdua minta duit orang”.
“Baik cikgu”.
Budak-budak tu beredar sambil berpimpin tangan. Sebenarnya budak bertiga ni memang kawan baik pun. Tu dia rasa bersalah sangat bila aku tahu mereka minta duit kawan.
Kes Paling Banyak Saban Tahun
Kes minta duit kawan adalah kes paling banyak saban tahun aku terima. Nak settle paling senang.
1. Masa perhimpunan bagi penegasan bahawa murid yang suka minta duit kawan akan dihukum dan diberitahu pada mak ayah mereka.
2. Terima kes terus siasat dan bagi amaran awal.
3. Kes berulang baru denda dan hukuman.
4. Berulang lagi, maklumkan pada mak ayah murid yang suka minta wang ni.
Settle.
Ambil Perhatian 2 Perkara
Budak-budak cukup mudah dibentuk. Yang penting dua benda je.
1. Ibubapa kena tenang dan tak cepat melenting. Laporkan pada guru.
2. Guru kena ambil berat setiap aduan dan siasat. Jangan ambil remeh aduan dengan alasan, ‘biasa la budak-budak’.
Ada juga kes terpencil yang bila laporan dibuat tiada tindakan susulan. Anak terus jadi mangsa buli, kena ambil barang, kena minta duit.
Kalau kes terus berulang, laporkan pada PK Hem. PK Hem akan libatkan guru disiplin dan guru kaunseling sekali. InsyaAllah settle kes.
Jangan berhubung terus dengan pembuli, marah budak tu, ugut budak tu.
Jangan juga berhubung terus dengan mak ayah pembuli bagi warning dan marah-marah pula.
Kes tak selesai, bahkan akan jadi pergaduhan orang dewasa pula. Budak-budak dah berkawan elok, mak ayah sampai ke lokap bertumbuk.
Tak matang bang. Report kat pihak sekolah, InsyaAllah selesai. Cikgu-cikgu dok hadap kes gini berpuluh tahun lama dah. Ada la cara mereka nak selesaikan.
Okeh. Tu ja perkongsian panjang namatey petang ni. Entah ada orang baca sampai habis ke tidak, entahlah.
#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –
Mesti Baca:NORMAN HAKIM Terharu Anak Bagi DUIT BELANJA Walaupun Tak Pernah Minta
Baca Lagi Di Sini:‘Biar Sama-sama Rasa..’ Pelajar Asrama Susah, Bayar Seringgit Untuk 5 Kali Makan
Artikel Menarik:Rumah Sebaik-Baik ‘Sekolah’, Anak Bawah 12 Tahun Tak Sesuai Tinggal Asrama!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi pesanan buat mak ayah yang berhadapan dengan situasi kawan anak selalu mintak duit belanja sekolah, kena kekal tenang dan janganlah mudah melenting. Mohon cikgu siasat dan selesaikan dahulu adalah sebaiknya.
Sumber:Mohd Fadli Salleh
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Nak Jaga Hati Ibu Jangan Sampai Isteri Terabai
Suami nak jaga hati ibu jangan sampai isteri terabai. Dalam institusi kekeluargaan, hubungan antara suami, isteri, dan ibu mertua merupakan elemen penting yang memerlukan keseimbangan serta kebijaksanaan. Suami yang bijak akan memastikan dia dapat menjaga hati ibunya tanpa membiarkan isterinya terasa diabaikan.
Suami Nak Jaga Hati Ibu Jangan Sampai Isteri Terabai
Walaupun cinta kepada ibu adalah keutamaan yang tidak boleh dipertikaikan, tanggungjawab kepada isteri sebagai pasangan hidup juga memerlukan perhatian penuh.
Dikongsikan beberapa panduan untuk suami dalam menyeimbangkan kedua-dua hubungan antara ibu dan isteri dengan harmoni.
1. Fahami Peranan dan Tanggungjawab
Seorang lelaki menjadi anak kepada ibunya sepanjang hayat, tetapi apabila dia berkahwin, tanggungjawabnya bertambah sebagai ketua keluarga. Islam sendiri menekankan kepentingan berlaku adil dan melindungi isteri. Firman Allah dalam Al-Quran, surah An-Nisa’ ayat 19, menyebutkan bahawa suami harus bergaul dengan isteri secara baik. Oleh itu, adalah penting untuk suami memahami bahawa menghormati ibu tidak bermakna mengabaikan isteri.
2. Komunikasi yang Jelas
Sering kali, konflik antara isteri dan ibu mertua berpunca daripada salah faham. Suami memainkan peranan sebagai jambatan penghubung. Pastikan komunikasi antara kedua-dua pihak adalah jelas dan jujur. Jika terdapat masalah, suami harus mendengar dengan teliti dan bertindak sebagai pendamai, bukan menambahkan lagi ketegangan.
3. Tetapkan Sempadan yang Sihat
Menetapkan sempadan adalah langkah penting dalam menjaga hubungan yang harmoni. Contohnya, suami boleh menjelaskan kepada ibunya bahawa keputusan rumah tangga dibuat bersama isteri, tanpa bermaksud mengurangkan rasa hormat kepada ibu. Begitu juga, isteri perlu memahami bahawa peranan ibu dalam kehidupan suami tidak boleh diabaikan.
4. Luangkan Masa untuk Kedua-dua Pihak
Suami boleh merancang masa secara bijak agar kedua-dua ibu dan isteri merasa dihargai. Luangkan masa berkualiti bersama ibu, terutamanya jika ibu sudah lanjut usia, tetapi pada masa yang sama, pastikan isteri juga mendapat perhatian yang cukup. Aktiviti seperti makan malam bersama atau bercuti keluarga dapat mengeratkan hubungan antara ibu mertua dan isteri.
5. Tunjukkan Kasih Sayang Secara Adil
Tunjukkan kasih sayang kepada ibu dan isteri secara seimbang. Jangan berat sebelah atau membuat keputusan yang boleh menyebabkan salah satu pihak terasa hati. Sebagai contoh, jika terdapat keperluan untuk membantu ibu secara kewangan, bincangkan terlebih dahulu dengan isteri agar tidak timbul rasa tidak puas hati.
6. Jangan Membandingkan
Elakkan daripada membandingkan isteri dengan ibu, atau sebaliknya. Setiap individu mempunyai keunikan tersendiri. Ibu adalah insan yang melahirkan dan membesarkan suami, manakala isteri pula adalah pasangan hidup yang berkorban untuk kebahagiaan bersama. Membandingkan hanya akan mencetuskan konflik dan perasaan tidak puas hati.
7. Mohon Doa dan Petunjuk Allah
Sebagai seorang Muslim, jangan lupa untuk sentiasa memohon petunjuk dan rahmat daripada Allah SWT. Doa adalah senjata yang paling kuat dalam menghadapi apa-apa cabaran. Mohon agar hubungan antara ibu, isteri, dan suami sentiasa diberkati dan diberi kemudahan.
Menurut Ustaz Azhar, ada suami beranggapan semua perkara kena ikut telunjuknya namun perkara itu sebaliknya di dalam Islam apabila ada perkara kena sama adil dan ada pula perempuan dilebihkan daripada lelaki.
Katanya, sekiranya suami mahu melebihkan ibunya, ada dua syarat yang perlu dipatuhi iaitu dia tidak boleh abaikan nafkah isteri dan dia tidak boleh melakukannya di hadapan isteri.
Jika sayang ibu dan nak bagi wang kepadanya, jangan sampai isteri tahu dan jangan lakukannya di hadapan isteri, katanya.
Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, seorang wanita yang telah berkahwin wajib mentaati suaminya tanpa membelakangkan ibu dan bapanya.
“Namun jika dia terpaksa memilih antara ketaatan kepada suami atau ibu dan bapa maka dia wajib mendahulukan suaminya selagi mana arahan suami tidak mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bapa.”
“Jika arahan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bapa seperti isteri tidak dibenarkan untuk memberi bantuan kewangan kepada ibu dan bapanya yang miskin dalam keadaan dia mampu atau tidak dibenarkan untuk menjaga ibu dan bapa yang sakit kritikal sedangkan tiada orang lain yang boleh menggantikannya maka dalam keadaan ini isteri boleh untuk tidak mentaati suaminya,” katanya dalam artikel Irsyad Hukum Siri ke-808: Mana yang perlu didahulukan ibu dan bapa atau suami?
Kesimpulannya, menjaga hubungan dengan ibu tanpa mengabaikan isteri adalah tugas yang mencabar tetapi bukan mustahil. Kunci utamanya adalah komunikasi, keadilan, dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan.
Suami yang bijak adalah suami yang mampu mencipta keharmonian dalam rumah tangga dan membahagiakan kedua-dua insan penting dalam hidupnya. Dengan usaha yang ikhlas dan doa yang berterusan, hubungan keluarga akan kekal harmoni dan diberkati.
Baca artikel lain juga: Suami Lebihkan Adik Perempuan, Sedih Bila Keperluan Isteri & Anak-anak Terabai
Isteri Tunggang Langgang Uruskan Anak-anak, Suami Rasa Terabai, Mula Cari Yang Lain
Mak Mentua Suka Putar Belit Cerita: Ligat Canang Keburukan Menantu, Racun Dalam Perkahwinan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI