Kecantikan

Lepas 6 Bulan Bersalin Amalkan Air Rebusan Daun Pandan, ‘Bedebus’ Angin Sesat Keluar

Share

Dekat dapur UK, US daun pandan bukan main glamour gara-gara chef selebriti Nigella Lawson. Sayang kalau orang Malaysia sendiri tak belajar seribu satu macam manfaat daun pandan yang mudah nak ditemui di sekitar kita ini.

Sebaik saja terbaca petua air rebusan daun pandan di facebook, Puan Azurah Ahmad pun mencubanya di rumah. Selepas mencuba dan rasa perubahan yang dialami, ibu ini berkongsi pula petua bagus ini dalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Fungsi air ini boleh bantu kempiskan perut, al maklum le dah 6 bulan bersalin. Nak hilangkan perut gendut).

Ikutkan elok buat 2 kali sehari. Tapi tak dan nak buat siang hari. Buat malam je, 2 jam sebelum tidur. Hasil dia, bedebus-debus angin sesat keluar dari badan.”

Air daun pandan yang siap diminum.

Bahan-bahan Untuk Air Rebusan Daun Pandan

Beberapa helai daun pandan (ikut citarasa tapi jangan le sampai 1 rimbun)
2 inci halia -diketuk
1 ketul gula batu
2 gelas air

Cara Buat Dan Minum

1. Rebus air dari 2 gelas tadi jadikan sampai dapat 1 gelas.

2. Minum suam-suam lebih sedap.

3. Minum 2 kali sehari pagi dan malam sebelum tidur.

4. Nanti dapur pun akan jadi wangi dengan haruman rebusan air daun pandan tadi. Haa.. khasiat dua dalam satu, untuk tubuh dan jadi potpourri pandan

.

Khasiat Rebusan Air Daun Pandan

√    Air ini bagus untuk buang angin dalam badan

√    Kurangkan lenguh badan

√    Hilangkan perut buncit.

Barang pun senang nak cari. Air rebusan daun pandan ni pun masih boleh telan. Cubalah.

Sumber/Foto : Azurah Ahmad

Published by
Netty Ah Hiyer