Lepas 4 Bulan Barulah Pokok Rama-rama Boleh Jadi Penawar Sakit Gout, Kencing Manis

Share

Sesetengah pekebun, tanam pokok rama-rama buat hiasan kediaman. Ada juga yang sengaja tanam untuk jadikan penawar sakit gout, kencing manis dan sebagainya. Rupanya bukan semua pokok rama-rama itu boleh jadi penawar. Malah ada petua tepat untuk membolehkan pokok rama-rama ini sampai jadi penawar.

Pokok rama-rama ini ada yang warna merah dan ada yang warna hijau. Yang boleh dijadikan penawar penyakit tu hijau warnanya. Perkongsian dari Roseli Zin

memberi cara-cara memilih pokok rama-rama yang boleh dijadikan penawar penyakit…

Dua hari lepas saya ada terbaca tentang pokok Rerama hijau yang rakan post dalam grup ini (Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri).

Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya, yang mula tanam pokok ini hampir 2 tahun lalu semasa pokok ini mula-mula dikenali. (Harga sepokok anak pokok pada masa itu paling kurang RM100 baka dari Thai)

.”

Cara Betul Minum Teh Rama-rama

Melalui pengalaman saya ianya mampu merawat sakit gout,kencing manis, buasir dan lain-lain penyakit bila minum air rebusan daun pokok ini mengikut panduan berikut:

1. Pokok rama-rama mesti matang (selepas 4 bulan ditanam)

2. Rebus daun kering mengikut sukatan. 5 gm daun kering + 500 ml air.

3. Minum 2 kali sehari teh dari pokok rama-rama ini. (Pagi dan malam).

~ Walau bagaimana sekali pun kita hanya berusaha, ketentuan kesembuhan atas kehendak-NYA jua.

Sumber / Foto: Facebook Roseli Zin via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

Published by
Netty Ah Hiyer