Walau sudah lama menjadi suami, belum tentu suami faham apa sebenarnya keinginan isteri. Begitulah yang Dr Say Shazril ini alami bila mana akhirnya ada followernya yang menyedarkan apa yang orang rumahnya, Dr Azura Abas itu hajati.
Awal bulan lalu, isterinya pernah suarakan hajat mahu memakai emas perhiasan. Bila mana dia tahu isterinya itu tak pernah memakai emas sepanjang 12 tahun mengenali isterinya. Jadi, daripada membeli emas lebih baiklah dia membelikan keperluan pendidikan untuk isterinya.
Yang masa, ketika itu Dr Say menghadiahkan iPad untuk isterinya. Sekaligus, mudahlah untuk isteri menelaah ilmu baru. Sehinggalah Dr Say terbaca satu komen follower dan dia tersedar akan kesilapannya bergelar suami.
Coco Melon Untuk Bini Dan Mak Mentua
Aritu saya cerita lebih baik utamakan education dari emas, pastu ada yang reply “awat tak beli dua-dua tuk bini?.”
Bila pikiaq balik, “betui jugak cakap followers ku ni.”
Baru-baru ni saya ternampak bini saya pakai seutas gelang emas kuning. Menangis dalaman saya bila melihatnya peeps. Kiranya selama ni bini saya mengidamkan emas kuning tapi saya terlalu dungu untuk perasan kehendaknya.
Saya tanya dia “u beli mane ni?.”
Dia reply “owh! i kirim kat staf-staf klinik i diorg tolong belikan.”
Lagi menangis dalaman saya peeps. Kiranya saya gagal sebagai seorang suami dalam membaca isteri saya.
Walaupun Hanya Seulas Ratai Halus…
Saya ingat Lululemon cukup untuk membahagiakannya tapi barang perhiasan tetap mempunyai tempat istimewa dalam hatinya. Arini mak mertua saya ajak bini untuk tengok-tengok emas, maka saya gunakan peluang ini untuk memenuhi kehendak bini yang selama ini saya abaikan.
Walaupun hanya seutas rantai halus & bukan coco petai/ coco kendi/ biskut tawar/ pulut dakap, saya rasa cukup gembira hadiahkan sesuatu yang bukan sahaja bini saya idamkan, malah mak mertua saya idamkan.
Saya racun bini dah tuk try sek sek coco, dia cakap “tebal sangat, tak sesuai dengan i sekarang,” gulppp terduduk saya dengar perkataan “SEKARANG” tu kerana daku bakal ikat perut makan koko krunch pabila masa bini untuk ber-coco tiba haha.
Prinsip Dr Say, Tak Berkira Dengan Isteri
Prinsip yang saya selalu pegang, JANGANLAH SESEKALI KITA BERKIRA DENGAN ISTERI KITA. Merekalah lubuk rezeki kita.
Ingat kejayaan kita selama ni kejayaan kita seorang? Tidak peeps, kejayaan kita selama ni bertulang belakangkan isteri kita maka fahami kehendak mereka & sekali sekala limpahi mereka dengan apa yang mereka mahukan & bukannya apa yang kita fikir mereka mahukan.
MW : Bersyukur jika ramai suami ada kesedaran untuk fahami kehendak isteri. Alangkah beruntungnya isteri itu.
Sumber/Foto : Dr Say Shazril
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI