
Isi Kandungan
ToggleMak-mak yang dekat rumah tu selalu susah hati bila bahan masak macam serai, lengkuas, halia yang nak diguna tiba-tiba dah kecut.
Ini semua sebab rajin sangat masuk dapur atau sibuk sangat bekerja tapi hujung minggu tetap nak kena masakkan anak-anak dan suami.
Cuba kaedah ini. Sebab wartawan Mingguan Wanita, Netty Ah Hiyer dah cuba teknik ini dekat dua minggu. Barulah boleh rekomen dekat mak-mak yang tengah susah hati tu.
UPDATE: Lengkuas yang disimpan dengan cara ini dalam peti ais, boleh tahan berbulan-bulan
Bahan Diperlukan
Lengkuas yang mak-mak nak simpan
Botol kaca atau plastik
Air
Caranya
1. Buang bahagian gelap lengkuas.
2. Masukkan dalam botol kaca atau plastik.

3. Masukkan air sampai tenggelam lengkuas tu.
4. Simpan dalam peti ais. Boleh tahan berbulan-bulan. Tapi janganlah sampai tahun ya. Teruk beno tahap kerajinan memasak mak-mak ni.
5. Kalau letak di luar dinasihatkan tukar airnya selang 3 hari. Kalau simpan dalam peti ais, selepas seminggu atau bila nak guna, tukarlah airnya. Sebab bila dibiarkan lama airnya akan keruh dan lengkuas jadi kurang sedar.
via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penangan Isnin Tak Dapat Cuti Pilihanraya, Kebas Kaki Pesta Brek Di Karak Highway Malam Tadi

Penangan isnin tak dapat cuti pilihanraya, kebas kaki pesta brek di Karak highway malam tadi. Semalam pasti ramai yang berkira-kira nak balik semula ke KL atau masih teruskan cuti di kampung.
Ini kerana janji cuti tambahan pada hari Isnin antara manifesto yang dibuat oleh Perikatan Nasional jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU 15). Disebabkan PN memenangi 73 kerusi dan persetujuan gabungan melibatkan parti-parti lain memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke -10, ramai yang tertunggu-tunggu akan berita baik ini.
Disebabkan itu ramai mak-mak yang tertanya-tanya nak hantar anak ke tidak ke asrama kerana takut nanti terpaksa berpatah balik kalau sekolah masih cuti. Bahkan bagi yang bekerja, ramai menantikan hal ini.
Namun sehingga semalam, siapa Perdana Menteri masih tiada kata putus sehinggalah pihak Istana Negara mengeluarkan satu peristiharan bahawa calon Perdana Menteri harus dibuat sebelum jam 2 petang hari ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– 8 Anak 5 Menantu ‘Tong Tong’ Belikan Kereta Baru Untuk Ayah, Hadiah Pilihanraya Ikhlas Dari Jiwa
Memandangkan tiada kata putus lagi, maka mereka yang balik mengundi di sebelah Pantai Timur sudah memulakan perjalanan pulang ke ibu kota. Dan disebabkan ini, Lebuhraya Karak mengalami kesesakan luar biasa kerana kebanyakannya bergerak secara serentak selepas tiada kata putus cuti atau tidak hari ini.
Dalam satu catatan, seorang pengguna mengakui mengambil masa 11 jam bermula dari Gua Musang di mana ianya sudah meriah dengan pesta lampu brek. Bahkan katanya di Lebuhraya Karak jem melekat memaksa mereka mengambil jalan kampung yang gelap untuk pulang ke Rawang di mana waktu yang ada betul-betul sampai kurang sejam untuk kembali mengajar ke sekolah pagi ini.
Bahkan ramai pengguna mengakui sampai ke rumah sekitar jam 3 pagi selepas menempuh perjalanan yang panjang.
Hal yang sama dikongsikan oleh pendakwah, Ustazah Asma Harun yang balik mengundi di Terengganu juga melalui pengalaman ini.
Dalam catatannya, Ustazah Asma memaklumkan, mereka memilih jalan melalui Muadzam selepas lebuhraya Karak sesak.
Sungguh terharu dan kagum dengan pengorbanan rakyat, tak kira penyokong mana semua hebat.

Perjalanan kami merentas LPT dan sekarang memilih laluan Muazzam Shah menuju ke Negeri Sembilan, kami pulang dengan 7 anak. Kenderaan atas jalan padat, banyak kali jem yang amat, lebih 4 kemalangan, ramai kepenatan, kebanyakan perantau musafir selang sehari, perjalanan pergi dan pulang lebih 20 jam. Katanya tol Karak trafik sangat perlahan, bergilir dengan tak bergerak langsung. Bahkan perjalanan mereka juga hampir mencecah 10 jam untuk sampai ke rumah di mana dirinya sampai pada jam 1.30 pagi.
Semoga semua usaha kita keluar mengundi berbaloi untuk negara.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peniaga Kongsi Resipi Cucur Kucai Udang Laku Keras Yang Dibuat Jual

Isi Kandungan
ToggleBukan mudah bagi peniaga untuk berkongsi resipi jualannya yang dibuat niaga.Namun Puan Norhaniza Kamaruddin ini, bermurah hati sudi berkongsi resipi Cucur Kucai Udang yang cukup laku jualannya.Kata peniaga ini, resipi ini cukup mudah untuk dibuat malah wanita ini menjualnya dengan harga RM1 untuk 4 ketul. Istimewanya, cucur ini menggunakan udang kertas yang mempunyai rasa lebih ‘manis’.
Berikut perkongsian resipi cucur kucai udang peniaga Norhaniza Kamaruddin sebagai panduan buat mak-mak yang nak mencuba sendiri buat di rumah.
“Cucur kucai udang laku keras.Saya jual RM1 4 ketoi.Resepi yang simple..Semua orang boleh buat.Saya halalkan resepi ini untuk kita semua.”
Bahan-Bahan:
1kg Tepung
1/2peket Ibu roti (Yis)
Garam secukup rasa
1 sudu Lada sulah
2 sudu Cili kisar
1 ikat Kucai
Taugeh RM1 cukup
Udang (Saya pakai udang kertas je, buang kepala dan ekor)
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan kecuali kucai dengan udang.
2.Agak-agak dah tak berketul.. jangan lembik sangat, jangan padat sangat.. nanti keras kejung pulok bila goreng. Selepas tu baru letak kucai dengan udang.
3.Gaul sebati, biarkan dalam setengah jam baru goreng.
4.Pasti kan minyak betul-betul panas.Biar garing-garing sikit..Baru sedap makan.

Tips Ektra!
- Bancuhan jangan cair sangat.Biar sedang-sedang..bila pegang hujung jari, jatuh cantik je dalam kuali jadi bulat-bulat bentuknya.
Selamat Mencuba! Inshaallah jadi
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Terima kasih berkongsi resipi yang dibuat jualan niaga.Semoga bertambah murah rezeki. Buat mak-mak yang nak buat cucur kucai udang kertas tu, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini. Makan panas-panas cicah dengan sos cili atau mayonis memang sedap!.
Sumber: Norhaniza Kamaruddin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘KEBUN SAYUR’ Hidup Subur Atas Bumbung & Bonet Ratusan Teksi Terbiar

Isi Kandungan
ToggleSiapa sangka, ‘kebun sayur’ boleh tumbuh subur di atas bumbung dan bonet ratusan teksi terbiar. Sesungguhnya, pandemik COVID-19 memang memberi kesan pada banyak pihak. Golongan pemandu teksi dan bas terutamanya. Lebih-lebih lagi apabila, ramai yang memilih untuk duduk di rumah. Ini menjadikan pendapatan mereka merosot dan banyak teksi serta bas yang akhirnya terbiar.
Kebun Sayur Tumbur Subur
Kewujudan kebun sayur yang unik kini menjadi perhatian di sebuah tapak letak kenderaan di Bangkok, Thailand. Daun bawang, selasih, terung dan cili yang subur kelihatan tumbuh di batas tanah yang diperbuat daripada buluh.
Batang padi diselerakkan di atas tanah itu untuk memastikan ia terus lembap di bawah terik matahari.Nampak seperti perkara biasa, kecuali semua sayuran itu tumbuh di atas bumbung dan bonet ratusan teksi.
Tapak Letak Kereta
Sekurang-kurangnya 200 teksi diletakkan di sebuah tapak letak kereta di kawasan Koperasi Teksi Ratchapruek di Bang Waek Road sejak setahun lalu. Semua kenderaan itu ditinggalkan oleh pemandunya yang tidak lagi mampu mengendalikannya akibat pandemik Covid19.
“Semua pekerja saya tertekan. Kami semua tertekan di pejabat. Maka, kami membuat keputusan untuk menanam apa saja jenis sayuran yang boleh dimakan bersama sambal cili,” ujar Thapakorn Asawalertkul, 54, kepada agensi berita Channel NewsAsia.
Thapakorn merupakan penasihat kepada Koperasi Teksi Ratchapruek dan Baworn, yang memiliki kira-kira 8,000 teksi.
Pendapatan Pemandu Teksi Merosot
Namun, sejak pandemik melanda Thailand tahun lalu, pemandu teksi menderita dari aspek kewangan. Pendapatan mereka merosot teruk akibat ketiadaan penumpang sementara hutang pula bertambah.
Apabila tidak mampu membayar sewa guna, ramai yang meninggalkan kenderaan masing-masing kepada koperasi itu dan pulang ke kampung halaman.
“Mereka meninggalkan beban juga kepada kami kerana wang pendahuluan yang dibayar sebelum ini tidak banyak,” ujar Thapakorn yang kelihatan letih dan kurang bermaya kerana tidak cukup tidur memikirkan masalah itu.
Tanggung Beban Hutang
Dia memberitahu, dua koperasi teksi kini menanggung beban berjumlah 3 bilion Baht (RM376 juta) daripada lebih 2,900 kontrak yang tidak dipenuhi.
“Hal ini sangat kritikal dan bunganya sangat mahal. Saya tidak melihat jalan keluar,” keluhnya.
Beberapa pekerja syarikat itu kini menguruskan kebun sayur berkenaan, dengan menyiram tanaman, menggembur tanah dan menuai hasil.
“Terlalu banyak kenderaan di sini dan kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Maka, kami menanam sayur untuk dijual dan dimakan. Apa yang tersisa akan dikongsi bersama ahli dan pemandu kami,” kata Kanlaya Kongnimit, yang telah berkhidmat dengan koperasi itu selama 15 tahun.
Baca Lagi Di Sini :
“Ambil, Tak Perlu Bayar”, Jejaka Ini Tanam Sayur, Kongsi Rezeki Sedekah Pada Jiran
CARA PILIH Sayur Betul-Betul SEGAR, Barulah Bila Simpan Tahan Lama!
Penduduk Kampung Kongsi REZEKI Beri Sayur, Buah PERCUMA Sepanjang Tempoh PKP
Mingguan Wanita : Tak sangka ‘kebun sayur’ boleh hidup subur atas bumbung dan bonet teksi.Semoga pandemik covid-19 ini segera berakhir, dan mengembalikan kehidupan kita seperti biasa.
Sumber: Sinar Harian
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI